Sebelum ini saya pernah menyatakan bahawa kita lebih mudah menyimpan sekiranya kita mengamalkan ::
Pendapatan - Simpanan = Belanja
Sesetengah orang akan menilai kita melalui tabiat perbelanjaan kita. Apa yang kita belanja dan bagaimana tabiat kita terhadap cara menguruskan kewangan kita. Bagaimana orang boleh mengatakan kita boros dan kadang-kadang kita marah bila orang mengatakan kita boros - ini mungkin terjadi apabila mereka melihat cara kita berbelanja, apa yang kita belanjakan dan bagaimana persepsi kita terhadap $$$. Kita juga boleh dikatakan kedekut, bijak, bodoh dan sebagainya dengan cara yang sama.
Pertama sekali yang perlu kita ambil tahu dan ambil peduli adalah = kemampuan kita untuk berbelanja.
Contoh:
Gaji kita hanya RM5,000.00 sebulan
Setelah ditolak dengan simpanan dan komitment bulanan, kita hanya mampu berbelanja sebanyak RM1000.00 sebulan. Ini bermakna, kita hanya mampu berbelanja sebanyak RM250.00 seminggu atau RM200 seminggu sekiranya bulan tersebut mempunyai 5 minggu.
Dalam masa yang sama, kita berkeinginan untuk memiliki sebuah beg berjenama contohnya Coach. Beg Coach memang terkenal dikalangan rakyat kita. Ada yang sanggup berhabisan beribu-ribu untuk membeli beg tersebut. Ada yang sanggup menambahkan hutang (bad debt) untuk memiliki sebuah beg Coach. Dan ada yang mengatakan kepada saya "Alahh...kalah membeli menang memakai. Bukannya selalu pun beli beg branded macam nie". :-) Ya, terpulang kepada kepentingan dan tujuan masing-masing...saya tidak menghalang apatah lagi menahan dari memakai jenama terkenal. Tetapi, dalam masa yang sama juga, saya mendengar keluhan-keluhan kecil seperti, "Lepas nie kene ikat perut la. Aduh...nak kene bayar hutang kredit kad pulak. Baru je habis, dah bertambah lagi hutang kredit kad. Dan sebagainya."
Sekarang ini, saya sentiasa berpesan kepada diri saya sendiri sebelum membeli sesuatu barang. "Adakah disebabkan keperluan atau sesaja untuk menyedapkan mata atau hati, orang lain mampu untuk membeli barangan berjenama tersebut, kenapa tidak aku?" - Ohhh...sebab kedua di dalam membeli sesuatu barang itu adalah sangat bahaya. Kita membeli bukan disebabkan keperluan, tetapi kerana orang lain membeli dan memakainya cantik di badan, kita pun ingin juga cantik dan berjenama seperti mereka...Ahaaaa, pernyataan saya ini seperti agak tragik dan mungkin juga keterlaluan.
Saya sentiasa mengingatkan diri saya sendiri untuk membeli mengikut keperluan. Contoh: kenapa saya perlu membeli beg? Adakah beg kerja saya sudah usang dan sudah sampai tempoh tamat penggunaan ataupun kerana terdapat design baru di pasaran? Sekiranya disebabkan sebab yang pertama, maka saya masih lagi ditahap selamat. Beg baru perlu dibeli kerana beg sedia ada sekarang sudah usang dan buruk serta tamat tempoh penggunaan. Buktinya :- beg tersebut sudah koyak, sudah lusuh, sudah berbau hapak walaupun setiap hari digunakan dan sebagainya.
Terdapat beberapa keperluan yang kita gunakan mengambil masa yang lama untuk kita membeli yang baru atau menggantikan yang baru. Contoh:
- Beg Tangan
- Beg Kerja
- Kasut
- Jam
Ini antara contoh-contoh keperluan semasa kita yang digunakan di dalam tempoh yang lama.
Saya pernah membeli jam yang baru sedangkan jam yang sedia ada di tangan masih boleh digunakan. Disebabkan designnya yang cantik dan keinginan untuk memakai jam berjenama, saya membeli jam ke-2. Tetapi sehingga sekarang ini, saya masih memakai jam yang sedia ada kerana masih elok digunakan dan tidak rosak. Kesian kan jam yang ke-2 tersebut hanya tersimpan di dalam kotak dan hanya sekali sekala sahaja digunakan. Sekarang ini, walaupun terdapat banyak jam yang menarik perhatian saya samada secara online ataupun di kedai jam, walau sebesar manapun keinginan saya itu, saya akan tanya diri saya sendiri adakah saya benar-benar memerlukan jam tersebut. Dan pada ketika itu, saya akan memandang jam tangan yang saya pakai..."Ohhh, masih elok dan berkilat lagi. Buat apa nak beli yang baru?"
"Perubahan tabiat sedia ada kepada tabiat yang lebih baik memang sukar. Tetapi usaha tersebut sekiranya dilakukan secara berterusan akan menguntungkan diri sendiri"~uark
Banyak lagi contoh di dalam kehidupan seharian kita yang boleh dijadikan pedoman. Walaupun kita tidak boleh menjadi Millionaire atau Billionaire segera dengan beringat-ingat di dalam berbelanja, tetapi sekurang-kurangnya kita akan ada simpanan dari lebihan perbelanjaan tersebut yang mana akan membuka ruang untuk kita menyimpan atau melabur dengan lebih bijak. Itu juga sudah membuka jalan untuk kita menjadi Millionaire atau Billionaire satu masa nanti...InsyaAllah :-)
Allahu Ta'ala A'lam.
No comments:
Post a Comment