Kali pertama melawat Medan menggunakan pakej kerana khuatir akan bermasalah dengan transport, penginapan dan kes-kes penipuan yang lain. Harga pakej = IDR1,100,000.00 seorang untuk 3H2M bagi 2 orang tanpa makan tengahari dan malam. Sekiranya ramai, kadar tersebut akan lebih murah lagi. Semalam di Prapat, melawat Danau Toba, Samosir Island dan semalam lagi di Bandar Medan.
Perjalanan dari Bandar Medan ke Danau Toba melalui Brastagi dan Prapat mengambil masa lebih kurang 8 jam dengan beberapa perhentian. Antaranya, berhenti sebentar untuk makan durian, Pasar Buah, makan tengahari, Air Terjun Si Piso-piso, Perkuburan Batak dan akhirnya sampai di Prapat untuk tidur semalam di sana.
Keesokan paginya, sarapan dan meneruskan perjalanan ke Pulau Samosir dan menikmati pemandangan keindahan tasik toba.
Di tengaharinya, meneruskan perjalanan semula ke Bandar Medan melalui Tebing Tinggi dan bermalam di bandar. Tak sempat nak ke Pasar Ikan, Istana Maimun dan Masjid Raya memandangkan hari telah mula gelap apabila kami sampai di Bandar Medan.
Hotel di Prapat OK, tapi hotel di Medan memang tidak memuaskan. Syarikat tersebut tidak prihatin dengan keperluan pelancong Muslim dan memberikan penginapan di sekitar kawasan China Town.
Minggu lepas, sambil melayari internet mencari-cari juga penginapan di Bandar Medan, mungkin suatu hari nanti berkesempatan untuk melawat Bandar Medan sahaja dan terjumpa 1 hotel yang berdekatan dengan Pasar Ikan, Masjid Raya dan Istana Maimun
Hotel Kesawan - belum pernah lagi menginap di hotel ini. Saya hantar emel kepada hotel untuk bertanyakan kadar penginapan dan jawapannya amatlah cepat sekali.
Reply dari Hotel Kesawan:
Dear guest,
We still have room on xx to xx xxxxx 2012, here are our rates:
Standard IDR 199.000,-/night
Superior IDR 239.000,-/night
Deluxe IDR 279.000,-/night
Additional IDR 20.000 for a breakfast for 2 persons.
We have pick up & drop off service from/to airport, additional charges IDR 30.000 for 1 pick up/drop off.
( please note us in advance for this service, for it only available by request ).
We located in the center of the city, Pasar Ikan are just at the back of our hotel. Maimon Palace and Mesjid Raya are about 10-15 minutes from our place.
Feel free to drop us email for other inquiries.
Thanks
Best regards
Kalau ingin ke Bandar Medan dan ingin melancong secara bajet, bolehlah menghubungi hotel ini. Walaupun hotelnya mungkin agak tua, bagi pelancong bajet,mungkin boleh mengambil kira kadar hotel tersebut yang lebih ekonomikal dari hotel-hotel lain di sekitarnya. Hotel di sekitarnya pun saya percaya banyak juga yang menawarkan kadar yang menarik. Kalau nak lebih adventurous, datang ke Bandar Medan dan sampai di sana bolehlah mencari hotel untuk penginapan. :-)
Ini lokasi Hotel Kesawan:
Address:
Jl.A.Yani / Kesawan No.97 / 99
Medan, Sumatera Utara, Indonesia
Email: hotelkesawan@yahoo.co.id
Telephone: +62 61 451 6382 - +62 61453 6655
No comments:
Post a Comment