Cuti 'Eidulfitri telah tamat. Masuk ke pejabat kecoh dengan serangan kulat/fungus. Sana sini ramai yang bercakap mengenai serangan kulat dan kegatalan/allergi.
Hmmm...bila warga bercuti raya, fungus dan kulat-kulat berhari raya di pejabat dan bila warga telah kembali semula berkerja, kulat dan fungus masih lagi berhari raya di pejabat.
Adakah kerana ketidak cekapan pihak penyenggara bangunan atau memang bangunan ini yang mempunyai masalah pengudaraan??? kami yang di dalam bangunan pun tak pasti. Yang pasti, masing-masing mengadu gatal-gatal dan ada yang telah mempunyai tanda-tanda allergi dan tidak sihat.
Masing-masing sudah mula memakai topeng - dah jadi macam kesatria baja hitam / ninja dah bagi hampir kesemua warga.
Hari ini, telah diisyhtiharkan bahawa semua warga untuk mengosongkan bangunan selama 2 minggu bagi membolehkan pihak pengurusan bangunan menyahkan kulat dan fungus...nampaknya, kami semua akan merempat di merata tempat di Putrajaya dan ada yang bekerja dari rumah serta on-call.
Bahagian yang lain di aras lain telah awal-awal lagi diarahkan untuk keluar bangunan dan bekerja dari rumah. Bekerja dari rumah??? Menarik jugak tu, tapi ada pro dan kons nya. Dan bekerja dari rumah bukan bermaksud boleh merewang ke sana ke mari, bila bila masa sahaja semasa waktu berkerja boleh diarahkan bertugas di premis kerja...:-)
Bahagian yang lain di aras lain telah awal-awal lagi diarahkan untuk keluar bangunan dan bekerja dari rumah. Bekerja dari rumah??? Menarik jugak tu, tapi ada pro dan kons nya. Dan bekerja dari rumah bukan bermaksud boleh merewang ke sana ke mari, bila bila masa sahaja semasa waktu berkerja boleh diarahkan bertugas di premis kerja...:-)
Ada baiknya juga bila fungus/kulat ini menyerang, tapi lebih banyak yang kurang baiknya - dari segi logistik dan kami terpaksa mengemaskan ruangan bekerja masing-masing serta membawa semua barang-barang keperluan bekerja di tempat bekerja sementara nanti. Letih dari segi fizikal bila melibatkan pindah randah ini terutamanya yang melibatkan peralatan ICT. Pun begitu, mungkin ada hikmahnya...banyak pihak telah membuka mata nampaknya mengenai permasalahan kulat di pejabat. Juga boleh dilihat siapa yang ringan tulang, tolong menolong, bantu membantu dan siapa yang buat hal sendiri-sendiri.
1 comment:
Gua banyak juga tolong tengok tadi..
Post a Comment