Hari ini genap setahun fida mencuba-cuba laman sosial MukaBuku dan telah ramai kawan-kawan yang fida ketemu. Ada yang beberapa tahun tidak berhubung, bertanya khabar berita dan ada juga yang telah berbelas tahun tidak berjumpa.Kalau dulunya ada yang berhubung menerusi emel bertanya khabar berita dan sebagainya. Tapi, sekarang nie dah jarak yang jauh terasa semakin dekat walaupun masing-masing di lokasi yang berbeza.
Masing-masing boleh mengemaskini status terkini di ruangan dinding dan rakan-rakan yang lain boleh mengetahui keadaan semasa kawan-kawan yang lain. Fida boleh mengetahui kawan dia yang sedih, yang gembira, yang bahagia, yang stress, yang teruja, yang bercinta, yang berkahwin, yang ada krisis di pejabat, yang ada krisis keluarga, yang sedang melancong, yang sedang ponteng kerja, yang sedang berkursus, yang sedang buat promosi perniagaan dan macam-macam lagi dengan membaca dinding mereka. Semuanya sudah menjadi tidak rahsia lagi di antara mereka, dan fida juga melakukan perkara yang sama.
"Argghh, kenapa la hari ni aku stress" status fida di MukaBuku
"Kenapa fida???" tanya 'Ain
"Entahlah...macam ade yang tak kene jer" jawab fida di MukaBuku
"Masalah perempuan kot....opssss"
"Hmmm...ye kot" jawab fida
"Alamak! habis lah semua kawan-kawan aku tau aku tengah ada masalah perempuan. Dahlah ada kawan-kawan lelaki dalam MukaBuku nie. Ishkkk, bahaya jugak paparkan status macam tu. Lain kali kene berhati-hati" fida berkata-kata di dalam hati.
No comments:
Post a Comment