29 May 2011

Say 'Tak Nak' to Smoking Campaign


Kempen 'Say Tak Nak to Smoking' telah diadakan di Sunway Hotel Resort n Spa. Dihadiri kebanyakannya kaum hawa...hmmmm,di mana perginya kaum adam???


Bagi Member Watson, penyertaan adalah PERCUMA, bagi bukan ahli hanya perlu membeli voucher RM10 di outlet Watson yang terpilih. Bayaran RM10 tu nampaknyer berbaloi-baloi dengan refreshment yang diberi, goodies bag, hand massage, health check dan sebagainya...dan yang penting sekali isi kandungannya yang berguna - yang disampaikan oleh Assoc Prof dari UIA, Kuantan.

Points to ponder:
  1. Perokok adalah seorang pesakit, sepertimana pesakit cancer, pesakit jantung dan pesakit-pesakit yang lain yang perlu diubati;
  2. Walaupun risiko kematian bagi perokok mungkin disebabkan oleh penyakit cancer, jantung, respiratori - punca asalnya adalah disebabkan tabiat merokok;
  3. Rokok perlu dijual di Pharmacy seperti mana ubat-ubat lain;
  4. Kesan buruk akibat merokok bukanlah dapat diketahui dengan semerta...perokok mungkin akan merasai kesannya setelah 20-30 tahun merokok- Kanser paru-paru, masalah respiratori, masalah jantung, stroke dan lain lain lagi;
  5. Kesan lebih buruk dirasai oleh yang menghidu asap rokok tersebut;
  6. Perokok paling muda = berumur 7 tahun, malah lebih muda lagi yang tidak kita ketahui;
  7. dan satu lagi...perokok nie biasanyer mulutnya dan badannya berbau nikotin...kita akan kenal orang itu perokok atau tidak menerusi bau badan dan bau mulut;
  8.  dan lain-lain lagi.....yang tu fikirkan lah sendiri

Kenapa kami sibuk-sibuk nak hadir event nie walaupun diri sendiri tak merokok? Hmmm…soalan yang mungkin bernas – kenal dengan perokok yang meninggal dunia akibat merokok barangkali, nak ajak perokok untuk hadir event macam nie rasanyer memang mustahil diorang nak datang, dan isteri-isteri yang suaminya merokok mungkin akan mendapat tips bagaimana untuk menasihati suami mereka agar mengurangkan aktiviti merokok atau tinggalkan langsung tanpa suami mereka beranggapan bahawa nasihat untuk meninggalkan merokok itu satu bebelan yang menyakitkan telinga…

    No comments: