05 August 2010

A lil bit about - Cuci The Musical 2

Assalamua'laikum dan selamat menjalani hari yang indah dalam hidup...

Semalam, saya berkesempatan untuk menyaksikan teater Cuci The Musical 2 di Istana Budaya. Itupun secara tidak sengaja, diajak oleh sahabat saya memandangkan ada 1 lagi tiket kosong...TRIMAS! Lepas nie, kalau ada tiket free jangan lupa ajak...okeh! hehehehe....
Sebenarnya, sahabat saya tu memang dah tahu saya tak pernah berminat nak tengok teater...tapi entah kenapa, petang semalam terasa digaru-garu untuk melihat sendiri kehebatan Cuci the Musical sehingga dimainkan sekali lagi di IB untuk kali kedua. Mulanya merancang ke tempat lain, akhirnya bersetuju jugak ke Istana Budaya melihat sendiri teater ini dan kehebatan penggerak-penggeraknya seperti yang digembar-gemburkan.

Setibanya di IB, nasib agak baik kerana mendapat tempat meletak kereta agak strategik...dan nasib juga agak baik terserempak dengan Tun Abdullah Badawi dan isterinya memasuki perkarangan Istana Budaya...:-)

Persembahan dimulakan agak lewat...mungkin disebabkan kedatangan VVIPs dan VIPs pada malam tersebut...

Persembahan dimulakan dengan flash-back zaman kanak-kanak ke-empat bersaudara tersebut...FAIRIL (Afdlin Shauki), KHAI (Hans Isaac), JOJO (Awie) dan C' Tan (Nabil), bertemu dan menjadi seperti adik beradik sehinggalah dewasa dan mengusahakan perniagaan perkhidmatan Cuci-cuci...
Watak keempat-empat penggerak utama teater tersebut, saya berpandangan berjaya dibawa oleh setiap daripada mereka. Fairil yang selamba dan bercita-cita tinggi untuk mencuci KLCC, Khai yang kacak tetapi terlalu jujur dan lurus dalam berkata-kata, Jojo yang lembut tetapi 'straight' dan C'Tan yang nakal dan kurang matang tetapi penyeri kepada keempat-empatnya dengan lawak selamba dan kelakarnya.
Salah satu adegan di dalam teater Cuci ini, secara halusnya menyindir masyarakat kita di dalam pengurusan masa -  "kalau mesyuarat kat Malaysia nie, biasala lambat..." lebih kurang begitulah maksudnya dan juga sifat berlumba-lumba untuk menguasai perniagaan secara  monopoly...dialog yang penuh kelakar tetapi penuh makna dan maksud yang halus...membicarakan mengenai orang kita - orang Malaysia yang tak kira apa bangsa dan agama sekali pun.

kalau diteliti secara halus...banyak yang boleh kita pelajari dari Cuci The Musical 2 ini...selain dari terhibur dan ketawa hampir tidak berhenti-henti melihat keletah dan telatah Afdlin, Han, Awie dan Nabil sepanjang teater tersebut...banyak mesej yang telah disampaikan dan banyak juga 'terms' yang kebanyakan kita sekarang menggunakan di dalam bahasa-bahasa seharian...
  • keterpaksaan dan "desperation" di dalam mencapai cita-cita yang tinggi menggunung kadang-kadang membuatkan seseorang sanggup mengenepikan nilai-nilai baik dan murni yang ada dalam diri, sehinggakan ada yang sanggup menggadaikan maruah diri untuk mencapai cita-cita tersebut - "fairil";
  • konsep "Brotherhood" yang ditonjolkan oleh keempat-empat bersaudara berlainan ibu dan ayah ini, seharusnyalah dipupuk dan ditanam sebati di dalam diri di dalam kehidupan bermasyarakat terutamanya masyarakat majmuk seperti di Malaysia ini - "fairil, khai, jojo, c'tan";
  • kadang-kadang kebenaran tidak dapat dilihat dengan mata kasar - pandangi dengan mata hati apabila keliru di dalam menentukan sesuatu yang memberi impak di dalam kehidupan - "cj";
  • kalau dah suka, luahkan sahaja....jangan simpan di dalam hati :-)) - "khai dan cj"
  • berkata jujur itu selalunya pahit, tetapi seharusnyalah kita perlu berlaku jujur terutamanya terhadap diri kita sendiri dan juga orang lain...dan kita haruslah menerima dengan hati yang terbuka sekiranya seseorang itu terlalu jujur dengan kita - "khai, cj dan tan sri"
  • kejayaan seseorang bermula dari beratus-ratus atau beribu-ribu siri kesusahan - "dato' seri"
  • when u find the right man or right gurlz, proceed with the next step, and never think too much on "what if i have another better choice to choose" - "jojo dan jessie" :-)
  • kejayaan harus dimiliki dengan bermaruah dan bukan mendapatkannya dengan menipu, memberi rasuah, mengampu dan menjatuhkan orang lain - "pertandingan WWO - antara wira maju dan cuci-cuci services"...
Apa yang boleh saya katakan adalah "TWO THUMBS UP" dan TAHNIAH!
Kadang-kadang gelak tu bukanlah disebabkan adegan yang kelakar, tetapi melihatkan mereka menahan gelak di atas pentas sudah bisa membuatkan penonton ketawa dan terhibur dengan keletah dan aksi mereka...
Afdlin yang selamba, hans yang kacak, awie yang menghiburkan dengan keletah lembutnya, nabil yang kelakar walaupun lawaknya agak kasar, vanida yang amat cantik dan manis, jac yang menghiburkan dan bersahaja dan juga watak-watak yang lain - "TWO THUMBS UP" untuk kamu semua :-)
Wassalam!

No comments: