26 July 2010

BERSIH itu separuh dari Iman!

Bercerita mengenai kebersihan, Islam memang menggalakkan umatnya sentiasa bersih dan membersihkan diri dan persekitaran.
bersih!
Umat Islam dituntut untuk menjaga kebersihan. Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadith Rasulullah SAW daripada Ibn Mas’ud: Mafhumnya: “Sesungguhnya Allah itu cantik (indah) dan bersih. Dia amat mencintai kepada perkara yang cantik (indah) dan bersih.”
Hadis ini nyata menerangkan maksud bahawa Allah SWT sukakan kecantikan dan kebersihan. Allah SWT tidak menyukai kekotoran.
sungai pun bersih!
Tapi, malang sekali…lihat sahaja keadaan di sekelilling kita. Sampah di buang merata-rata, di tepi belukar, di luar kawasan rumah sampah, di tepi jalan raya, di dalam longkang, di dalam sungai, di laut dan sebagainya. Ada juga yang membiarkan anak-anak membuang sampah keluar dari kereta ketika di jalan raya.
Subway station with shop...tak jumpe sampah!
The Subway...
Sekiranya anak-anak yang kecil lagi tidak dididik untuk menjadi pembersih dan sukakan kebersihan, bagaimana pula nanti generasi akan datang….tidak mustahil perkataan BERSIH itu mungkin sahaja tidak akan wujud lagi di kalangan masyarakat kita.
Factory outlet area...can u see the trash???
Ada juga yang buat acuh tak acuh mengenai kebersihan…”sampah itu bukan aku yang buang atau punya, buat apa aku nak kutip sampah tu..” biasa ker dengar statement berbunyi macam tu? Kadang-kadang kita sendiri pun akan mengatakan sedemikian rupa.
University area...very clean!
Melihat keadaan di Negara matahari terbit yang amat bersih dan jarang kelihatan adanya sampah yang bersepah-sepah di jalanan atau di mana-mana membuatkan saya agak malu. Negara yang tidak punya agama, lebih bersih dari Negara yang agama rasminya adalah agama Islam. Padahal Islam mengajar umatnya supaya sentiasa menjaga kebersihan diri jasmani dan rohani, bersih dari luar dan juga dalaman, bersih jasad dan hati.
The river...so clean!
Malu kan, bila melihat rumah mereka lebih kemas dan bersih dari rumah kita yang kadang-kadang seperti tongkang pecah rupernya, sungai mereka lebih bersih dan boleh bermandi-manda dan dijadikan tempat rekreasi berbanding dengan sungai kita yang seperti teh tarik warnanya, tempat kediaman mereka walaupun mendiami flat kecil lebih terurus dari flat-flat yang kita lihat disini sana yang dhaif diconteng-conteng dan kotor serta using warnanya…dan malu juga kita bila ada warga-warga flat atau pangsapuri yang membuang sampah dari corridor sedangkan tong sampah telah sedia ada di dalam rumah. Pernah juga terserempak orang meludah di merata-rata, membuang punting rokok selamba mereka tanpa rasa bersalah sedikitpun, ibu bapa yang membiarkan anak-anak mereka membuang sampah merata-rata dan seribu macam tingkahlaku yang tak patut dilihat dan dipraktikkan oleh orang yang beragama.
The shopping street...can we compare it to Petaling street???
Saya berpandangan bahawa budaya bersih belum sebati lagi di dalam jiwa kita. Jika sekiranya Kebersihan itu adalah separuh dari Iman, kita mungkin juga belum sempurna separuh Iman kita sekiranya kita tidak pembersih dan tidak mengamalkan kebersihan pada diri, keluarga, masyarakat, persekitaran dan alam semulajadi kita.


***tak lama dulu membawa kawan-kawan dari semenanjung ke kuching, 1st impression-bersihnya kuching!...kalau nak tengok jelmaan negara matahari terbit, bolehla berkunjung ke kuching-yang terkenal dengan bandar yang bersih :-) Minggu ini jangan lupa berkunjung ke Kuching - Sarawak Regatta akan berlangsung nanti :-)***
Wallahua'lamuma fil qalbi...

No comments: