02 January 2009

Tentang Cinta...

"Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kebahagian yang abadi untuk seseorang insan, kerana ia tidak kekal. Cintakan manusia seringkali membuatkan seorang itu gagal, kecewa, menderita dan terseksa. Oleh itu tidak ada suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagiaan dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada Pencipta manusia sendiri."
~ Rabia`tul Adawiyah~

Salam...
Cinta Rabi'atul Adawiyah kepada Haknya memang hebat...cinta kepada Penciptanya, kepada Yang Maha Memiliki, kepada yang Maha Agung sehinggakan beliau melihat cinta manusia sebagai tidak punya apa-apa baginya...

Cinta manusia tidak mewujudkan kebahagian yang abadi...bila cinta manusia kepada kekasih manusianya pudar, cinta manusia itu akan beralih arah kepada yang lain...

bila cinta kerana harta...bagaimana jadinya sekiranya harta itu habis??? Adakah tidak ada cinta selepas itu?
bila cinta kerana rupa...bagaimana kalau kecantikan seseorang itu pudar??? Pudar jugakah cinta itu?
bila cinta kerana suka...perwatakannya, ketawanya, gelaknya, senyumnya, tutur katanya...bagaimana kalau segalanya berubah??? perwatakannya kasar, ketawanya sudah tiada, tutur katanya tidak semanis semasa bercinta...Adakah sudah tidak cinta?

Cinta manusia seringkali membuatkan seseorang itu gagal dalam hidup, hancur kehidupannya, kecewa sehingga menzalimi diri sendiri dan terseksa di dunia ciptaannya sendiri...

Cinta....
manusia sanggup berbelanja berhabis-habisan kerana cinta...
manusia sanggup menggadaikan jiwa kerana cinta
manusia sanggup tergadai maruah kerana cinta
manusia sanggup memalukan diri sendiri kerana cinta
manusia sanggup merendahkan martabat diri kerana cinta
kepada manusia yang lain...
kerana cinta juga agama menjadi pertaruhan
kerana cinta jiwa menjadi murahan...
Cinta...
biarlah yang agung...cinta hakiki kepada Yang Haq
biarlah yang hebat...seperti cinta Rabi'atul Adawiyah kepada Tuhannya
biarlah suci...cinta berlandaskan cinta Ilahi...

bukan saya menolak cinta dunia...
dan saya juga tidak menidakkan ramai juga yang bercinta di dunia ini bahagia...
tidak mampu juga bagi saya mencapai cinta hebat sehebat cinta Rabi'atul Adawiyah kepada Tuhannya...

Ada satu respon yang saya hantarkan kepada sahabat saya mengenai cinta disebabkan kemabukan cintanya kepada seseorang:
- Manusia dijadikan berpasangan..lihat saja pada Adam yang memerlukan Hawa...Cinta Adam kepada Hawa sehingga membawa padah...diturunkan ke bumi kerana melanggar perintah Allah s.w.t gara-gara pujukan Sang Hawa...
Cinta sememangnya datang dari Allah s.w.t...cuma kita sebagai manusia selalu terpana dan terpaku dengan cinta itu sendiri....tidak dapat membezakan cinta hawa nafsu (cinta terpana pada kecantikan luaran yang tidakkan kekal lama, kesexian yang akan pudar jua bila sudah senja, kemerduan suara bak buluh perindu, dan macam-macam lagi) dan cinta kerana Allah s.w.t....dan tak ramai yang bercinta kerana Allah s.w.t

Cinta kerana Allah s.w.t...InsyaAllah berkat dunia dan akhirat...
Perasaannya pun berlainan, keindahannya pun tidak akan sama, kemanisannya akan lebih manis lagi kerana Cinta Allah lebih mengatasi cinta-cinta yang lain...

Saya bukanlah orang yang arif mengenai cinta...yang di atas hanyalah persepsi saya dan pandangan saya mengenai cinta...pandangi lah dengan mata hati, risik-risiklah suara hati anda yang paling dalam...apakah anda benar-benar cinta? atau kerana kawan-kawan anda yang lain sedang berbahagia dengan cinta mereka? atau anda melihat bahawa sudah sampai masanya anda bercinta disebabkan usia yang semakin berkurangan? atau anda bercinta kerana telah dibukakan pintu hati, percaya bahawa jodoh anda telah tiba dengan izinNya? atau sekadar suka-suka, ingin merasai perasaan mencinta dan dicintai?...jawapannya ada pada anda sendiri...dan jawablah dengan jujur dari hati sanubari...
Sungguh...Allah Mengetahui apa yang kita tidak ketahui...SubhanAllah!

Ada apa dengan cinta????.....saya rasa anda sendiri boleh melihat dan merungkaikan persepsi cinta itu yang bagaimana mengikut citarasa anda...

Wallahua'lam...

No comments: