27 December 2008

Travellingbie : Uniquenya Singapura....Day 1

Salam...

The visit to Singapore last saturday was superb...
3 hari 2 malam dirasakan tidak mencukupi untuk melawat seluruh singapura...
lupakan dulu mengenai keadaan politiknya, lawatan ke s'pore memang ditungu-tunggu...
dah lama sebenarnya nak datang ke s'pore...kawan-kawan ramai yang tanya kenapa singapura...takkan takde negara lain yang nak dilawati selain dari singapura?....hmmm...saya memang takde jawapan untuk soalan tersebut...

penerbangan airasia dengan tiket yang sememangnya murah - tiket free, cuma perlu membayar tax sahaja sebanyak RM120 bagi penerbangan 2 hala...membolehkan saya untuk terbang ke sana.

penerbangan yang tidak sampai sejam dari LCCT ke Airport Changi tidak terasa sama sekali...ketika kaki mencecah airport changi...mata terpaku melihat suasana dan persekitaran yang agak berbeza sedikit dari KLIA dan jauh amat berbeza dari LCCT...
ketika hendak ke tandas, mata terpaku kepada seorang hamba Allah yang solat di ruangan koridor...kenapa ya? rupa-rupanya airport yang sebesar ini tidak mempunyai tempat solat...MashaAllah...rupa-rupanya umat Islam di sana berjuang, struggling untuk menunaikan kewajipan kepada Yang Maha Pencipta...bagi yang kuat, Alhamdulillah...2 thumbs up diatas keupayaan untuk menunaikan yang tanggungjawab kepada yang Haq.

pemeriksaan di kaunter imigresen Alhamdulillah berjalan lancar walaupun pegawainya seolah-olah tidak mengalukan kedatangan kami...Perjalanan menuju MRT pula agak jauh tetapi selesa kerana petunjuk jalan untuk ke MRT sentiasa ada di mana-mana...sebelum tu, kami mengambil beberapa buku panduan bagi memudahkan pelawat mengeksplorasi singapura. Dari MRT Changi, kami menuju ke MRT Eunos untuk check in di Hotel Fragrance Joo Chiat Road. Dari Eunos, anggaran kami mengenai jarak jauhnya hotel tersilap sama sekali...setelah berjalan agak jauh dari MRT Eunos, kami mengambil keputusan untuk menaiki teksi. Pemandu teksi pun agak kehairanan, mengetahu jarak hotel tersebut agak dekat dengan tempat kami mendapatkan teksi tersebut....tak sampai 5 minit kami sampai di hadapan hotel...sepanjang perjalanan, rupa-rupanya ada 3-4 hotel yang lebih dekat dengan jalan utama...hmmm...lain kali datang dah tahu dah nak duduk hotel yang mana satu.

setelah check in, rehat sekejap...dan kemas2 mana yang patut...then my new s'porean friend datang ambik kek lapis, lepas dia balik...we went out sightseeing...

Kali ini kami berjalan menuju ke MRT Paya Lebar pulak....sepanjang perjalanan ke MRT Paya Lebar, sempat jugak kami singgah di kedai-kedai sepanjang jalan Joo Chiat dan Geylang Serai...hari pertama dah sakan berbelanja...hmmm...camner lak pulak hari ke-2 dan ke-3 nanti

Dari MRT Paya Lebar - MRT City Hall (Interchange) - Orchard Road untuk melihat suasana malam di sana. Kebetulan pulak perayaan krismas yang akan menjelang tiba masa itu, suasana di Orchard Road dan jalan sepanjang-panjangnya meriah dengan pintu gerbang yang berwarna warni, pondok-pondok bertemakan perayaan dan setiap pondok tersebut dimeriahkan lagi dengan aktiviti-aktiviti yang diadakan untuk pengunjung-pengunjung yang datang....

dari Orchard Road, kami berjalan dicelah-celah kesesakan orang ramai sehinggalah ke MRT Sommerset....jauh jugak jaraknya...namun tidak begitu dirasakan disebabkan kemeriahan kawasan tersebut dengan pengunjung yang datang bertandang.

Dari MRT Sommerset - kami menuju kembali ke MRT Eunos untuk berehat sebelum memulakan perjalanan yang agak panjang keesokan harinya...balik ke hotel, baru terasa penatnye menapak dari hotel ke MRT, berjalan sepanjang Orchard Road sehinggalah balik ke hotel semula...

Satu perkara yang menariknya mengenai pengangkutan awan di singapura...kemudahannya memang amat memudahkan pengguna....interchange MRT diantara satu sama lain memang amat mudah sehinggakan anda tidak perlu keluar dari kawasan MRT tersebut untuk melakukan penukaran MRT...sekiranya anda ragu-ragu mengenai tempat yang hendak dituju, tanya sahaja kepada pengawal yang bertugas, atau gadis manis di kaunter yang bertugas...yang pastinya akan menunjukkan jalan kepada anda dengan penuh mesra dan dengan senyuman...kadang-kadang disertakan sekali dengan nota kecil penunjuk jalan untuk sampai ke tempat kebiasaan pelancong berkunjung...

No comments: