Thursday, September 25, 2008

Marhaban Ya 'Eidulfitri...Ramadhan Al-Mubarak, kuharapkan akan bertemu kembali...InsyaAllah



Salam Ramadhan,

saya nak ucapkan Selamat Menyambut 'Eidulfitri yang akan menjelang tiba kepada semua kawan-kawan. ..
Mohon Maaf Zahir Batin dipinta kalau ada salah silap sepanjang-panjang tahun nie...tahun-tahun sebelumnya dan tahun-tahun yang akan datang sekiranya diizinkan umur masih panjang....
Bagi yang balik kampung, berhati-hati di jalanraya...
Bagi yang naik belon...berhati- hati di awang-awangan. ..
Bagi yang naik bas..berhati- hati dengan pemandu bas yang mengantuk semasa memandu...
dan bagi yang tidak balik beraya di kampung masing-masing. ...Selamat Berhari Raya juga walau di mana anda berada

Disebalik kesibukan persiapan Hari Raya...dan kekalutan membuat biskut raya, membeli barang-barang raya, jangan pulak kita lupa...di akhir Ramadhan inilah peluang kita untuk meningkatkan amalan dan ibadah kita....peluang yang diberi setahun sekali untuk memperbanyakkan amalan kita...

Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

Mudah-mudahan selama sebulan kita menunaikan ibadah puasa ini, kita berada di dalam limpahan KeberkatanNya, mendapat naungan RahmatNya, diAmpuni Dosa-dosa kita, diMakbulkan doa-doa kita dan kita sentiasa berada di atas landasan Iman dan Islam....InsyaAllah

Di akhir-akhir Ramadhan ini, sama-samalah kita merebut peluang untuk mendapatkan Malam Seribu Malam..Malam yang lebih baik dari malam-malam yang lain...Mudah- mudahan kita akan digolongkan dikalangan orang-orang yang bertaqwa...Aaamin

Mudah-mudahan juga kita bukan berada di kalangan orang yang bernasib malang yang dinafikan daripada RahmatNya, yang tersimpang jauh dari landasan Iman dan Islam dan tersasar jauh dari Pintu Rahmat dan KeampunanNya. ...Na'uzubillahi minzaalik

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."

Wallahua'lam

Post a Comment

Most Popular