12 December 2007

Indahnya Surah Al-Fatihah

Dengan Nama Allah Yang Maha Penyayang Lagi Maha Pengasih
Indahnya Surah Al-Fatihah – dipetik dari wawancara Majalah I dengan Pak Ari Ginanjar

Di dalam surah Al-Fatihah yang kita baca setiap kali solat. Dalam sehari kita baca 17 kali Al-Fatihah, belum termasuk solat sunat yang dilakukan.

Saat membaca Dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih, hati kita dipenuhi kasih sayang, maka Rahman, Rahim Allah turun di muka bumi.

Dengan membaca Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam, kita menyedari bahawa kita tidak mencari pujian dan tidak mencari apa pun kerana kita hanyalah selonggok daging yang diberi kehidupan oleh Al-Hayyu. Kita semua akan mati. Dan kebanyakan manusia menunggu mati dengan ketakutan. Tapi sebelum kematian itu datang, kita pergunakan segala sesuatu untuk Allah. Semua yang dimiliki hanya untuk Allah. Tidak perlu pujian untuk diri. Kerana sehebat apa pun, anda bergerak tak mampu berbuat apa-apa melainkan dengan izin-Nya kerana bumi ini milik Allah SWT.

Kita hanya hamba Allah yang sentiasa memiliki visi ke depan iaitu akan bertemu Allah Sang Maha Raja Penguasa dan Panglima di hari kemudian. Ketika mengucapkan Lagi Menguasai ari pembalasan, kita membangun visi jauh ke depan iaitu pada Raja Hari Kemudian. Kita akan bertemu dengan raja yang memiliki hari pembalasan. Untuk menjalankan itu kita membaca Hanya Engkau yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami meminta tolong. Pada Allah SWT kita berserah dan pada Allah SWT jua kita meminta pertolongan. Bertawakal hanya pada Allah.

Itulah 4 pokok landasan mental Al-Fatihah:

  • Berfikir besar
  • Berfikir mendalam
  • Visi jauh ke depan – visi 2020 dan 2057, visi untuk ke syurga Allah SWT
  • Azam pada Allah SWT.

Semua yang diatas harus diaplikasikan dalam gerak langkah nyata dan ucapkan:

Tunjukkan kami jalan yang lurus. Masih banyak yang perlu dan harus dikerjakan dan masih banyak yang harus ditingkatkan untuk membangun peradaban manusia mencintai Allah SWT.

Wallahua’lam.


No comments: