Friday, February 17, 2012

Sambungan Bab 1: Ilmu dan Kelebihannya serta yang berkaitan dengannya.

Adab seorang penuntut dan guru 

Yang pertamanya kita perlu ketahui mengenai ~ Adab seorang penuntut: 
Ilmu adalah ibadah hati. 
  1. Seorang penuntut perlu mengutamakan penyucian jiwa daripada akhlak yang buruk dan sifat-sifat tercela; 
  2. Dia juga hendaklah memutuskan hubungan dari setiap perkara yang mengganggu. Contohnya: HP perlu di matikan atau diamkan; 
  3. Hendaklah menyerahkan dirinya kepada guru sebagaimana pesakit menyerah dirinya untuk diubati kepada doctor;
  4. Dia juga hendaklah merendah diri kepada gurunya dan bersungguh-sungguh berkhidmat kepadanya. Apabila penuntut ilmu sombong dan tidak mahu mengambil faedah dari sesuatu yang dianggap bukan satu kemajuan, dia sebenarnya adalah JAHIL. 
  5. Hendaklah dia meninggalkan pendapatnya kerana mendengar pendapat gurunya. Sekalipun gurunya silap, dia seharusnya menegur atau menjelaskan kesilapan gurunya dengan cara penuh hikmah dan baik. 

Ali r.a berkata: Antara hak orang alim yang mesti kamu tunaikan ialah (tugas dan tanggungjawab seorang penuntut) 
  1. Kamu hendaklah memberi salam kepada orang ramai secara am tetapi memberi salam kepadanya (guru) secara khusus; 
  2. Kamu hendaklah duduk di hadapannya dan jangan membelakangkannya;
  3. Jangan menggerak-gerakkan isyarat tangan ketika berada di sisinya;
  4. Jangan sesekali kamu mengenyitkan mata di hadapannya;
  5. Jangan terlalu banyak bertanya kepadanya; 
  6. Jangan cuba membantunya dalam memberikan sesuatu jawapan; 
  7. Jangan kamu mendesaknya ketika dia rasa malas; 
  8. Jangan berulang-ulang kali mengajaknya jika dia enggan; 
  9. Jangan memegang bajunya ketika dia bangkit berdiri; 
  10. Jangan mendedahkan sesuatu rahsia kepadanya; 
  11. Jangan mengumpat seseorang di hadapannya; 
  12. Sekiranya dia tersalah, hendaklah kamu menerima alasannya; 
  13. Jangan kamu bercerita mengenai seorang ulamak lain ketika bersamanya; 
  14. Jangan berpaling meninggalkannya kerana terlalu lama bersamanya; 
  15. Jangan menolak untuk berkhidmat kepadanya;
  16. Apabila dia berhajat kepada sesuatu, sepatutnya kamu hendaklah mendahului orang lain untuk menunaikannya
“Orang yang baru sahaja mempelajari ilmu perlu berwaspada daripada mendengar perkara-perkara yg boleh menjadi perselisihan pendapat dikalangan ulamak kerana ianya boleh mengelirukan akalnya dan melemahkan pemikirannya.”

Allahu Ta'ala A'lam
Post a Comment