22 October 2021

Ankedot seorang pekerja #2

"ahhhh...leganya boss kecik tak ada...." sambil senyum sampai ke telinga. Senang hati nak buat dan selesaikan kerja.

Ada pekerja yang masuk ke pejabat, akan mengintai bilik boss atau immediate boss dia.
Boss yang sentiasa memberikan masalah, yang sentiasa mencari masalah subordinate, yang double standard dan ada sikap favorable akan menakutkan pekerja yang tidak berada dalam list favourite.

Masuk pejabat pun senyap-senyap je, terus ke meja kerja dan buat kerja.
Bila superior tak ada / bilik gelap / atau pegi meeting dan sebagainya, barulah dia menarik nafas lega.

Punya boss seperti ini, akan meningkatkan tahap anxiety dan memberi tekanan stresskepada pekerja dan sekaligus menimbulkan pelbagai penyakit.

 


No comments: