27 October 2021

Anekdot seorang pekerja #4

Profesionalism...
agak sukar untuk mengekalkan profesionalisma semasa kerja bila mana persekitaran kerja anda tidak sihat. Seboleh-bolehnya anda ingin mengekalkan tahap professional tersebut. 

Anda datang awal ke pejabat, sedangkan ada antara pasukan anda yang datang lambat, atau MIA atau EL terutamanya hari Isnin.

Anda mahu berkomunikasi dengan semua orang di dalam pasukan anda. Komunikasi yang sihat. Walaubagaimanapun, ada dikalangan pasukan anda yang suka bercakap di belakang, suka mengkritik kerja anda - bila anda banyak kerja, tiada yang menawarkan diri untuk menolong. Tetapi bila kerja anda telah siap dilaksanakan dan yang lain pula gilirannya banyak kerja yang tidak seberapa, mulalah mereka bising dan mula mengadu di dalam grup bahawa kerja mereka banyak. Mereka mahu yang lain menolong tetapi tidak mengatakan secara jelas dan berharap kita menjadi nujum pak belalang untuk membaca hati mereka.

Jika anda pernah mengalami perkara yang sama seperti di atas, komenlah diruangan komen dan kongsi pengalaman anda. :D

No comments: