Cuti panjang Tahun Baru Cina merupakan perayaan panjang yang pertama pada tahun ini. Sama seperti Aidilfitri tahun lepas, bangsa Cina merayakannya mengikut norma baharu disebabkan pandemik Covid-19.
Cuti 3 hari yang panjang itu, apa yang anda lakukan? Apa aktiviti-aktiviti yang anda lakukan bersama keluarga untuk mengisi masa terluang tersebut?
3 hari cuti panjang tersebut, saya berada di dalam Red Zone. Zon merah yang menyebabkan saya lemas dan tenggelam. 3 hari yang tanpa mampu berbuat apa apa. Nak jawab call, nak jumpa orang, nak keluar rumah dan nak berbuat apa-apa pun tidak mampu.
Zon Merah ini sebenarnya bahaya untuk kesihatan, kerana anda berada di dalam situasi di mana anda hendak melakukan sesuatu perkara tetapi anda tidak mampu membuatnya. Sama ada anda akan berterusan tidur, atau tidak dapat tidur langsung, anda buka tv atau komputer riba atau radio tetapi anda tidak melihat atau mendengarnya dan anda tidak mampu melakukan apa-apa pun bila mana berada di dalam zon merah.
Anda merasakan anda lemas dan tenggelam. Anda memikirkan sesuatu, risaukan sesuatu dan ada sesuatu yang menyedihkan perasaan anda. Nak mandi pun struggle, inikan pulak nak kemas rumah dan aktif bergerak. Kiranya anda dalam "state of vegetative" kaku dan tidak mampu bergerak.
Itu yang terjadi kepada saya selama 3hari cuti panjang. Yang mampu saya buat hanyalah memaksa diri untuk mandi dan solat. 3 hari tidak keluar rumah walaupun semangat untuk keluar jogging selepas subuh itu tinggi, tetapi akhirnya jogging di atas katil tanpa berbuat apa-apa.
Bagi sesetengah orang yang tidak faham perasaan yang tenggelam atau 'drowning' ini akan menganggap perkara tersebut adalah perkara yang mengada-ngada dan anda membiarkan diri anda dikuasai perasaan yang hiba dan sedih yang terdalam.
Untuk memahami perasaan orang yang berada di zon merah ini adalah suatu perkara yang susah, lebih-lebih lagi ada yang tidak mampu menyatakan masalah mereka atau menceritakan masalah yang mereka hadapi dengan sesiapa kerana kurangnya percaya atau mungkin akan mengalami kekecewaan disebabkan orang yang mereka hendak ceritakan masalah tersebut tidak memahami keadaan mereka. Dan akhirnya masalah tersebut dipendam sedalam dalamnya.
Bagi yang kuat semangatnya, dalam diam mereka mencari kekuatan untuk keluar dari zon merah tersebut walaupun mengambil masa. Ada yang sekejap dan ada yang lama. Dalam situasi saya ini, 3 hari merupakan zon merah, saya cuba dan berusaha untuk keluar dari zon tersebut dengan memaksa diri membuat aktiviti dan pengisian jiwa selepas solat. Berperang dengan diri sendiri adalah perkara yang sangat susah. Anda tengah down dan depress tetapi anda cuba mencari kekuatan dan mencuba untuk bangkit kembali. Nasib baik lah hari ke-4 merupakan hari bekerja walaupun dari rumah. Saya kuatkan semangat dan ianya bukan mudah - keadaan di mana tiba-tiba anda akan menangis adalah perkara biasa bila berada di dalam zon merah. Bangun tidur menangis, dalam tidur pun menangis, dalam solat menangis dan kadang-kadang duduk sahaja pun boleh menangis. OK.....cukup dah rasanya bab menangis.
Antara perkara yang saya buat di dalam mencari kekuatan untuk keluar dari zon merah tersebut ::
- Mencari kuliyyah-kuliyyah yang berkaitan dengan kekuatan jiwa;
- Berusaha untuk keluar dari rumah, tak kisahlah pegi mana-mana pun
- Tanamkan di dalam minda bahawa ianya hanya sementara, dan saya perlu bangkit semula
- Elakkan dari memandang HP terlalu lama dan membuka socmed
- Cari kekuatan untuk buka Quran setiap kali solat dan zikir banyak2
- Sentiasa katakan pada diri sendiri - "Take care of yourself, No one is going to take care of you."
Pengalaman berada di dalam zon merah ini mungkin dihadapi oleh semua orang. Walaubagaimanapun, sekiranya anda kerap mengalami dan terperangkap di dalam zon merah ini, jangan segan-segan untuk mencari bantuan dan pertolongan. Cari rakan-rakan yang boleh anda percaya dan tidak memperlekehkan dan memperkecilkan masalah anda. Berpegang dan percaya bahawa Allah sentiasa bersama anda walaupun secara fizikalnya Allah tidak bisa memeluk dan 'comfort' anda ketika anda berada di dalam zon merah. Baca Quran dan peluklah ia, jika anda tidak punya sesiapa untuk dipeluk bagi meringankan beban jiwa anda. Teruskan berjuang untuk sentiasa berada pada zon hijau kerana saya percaya, hidup itu satu perjuangan yang tidak berkesidahan dan ianya akan berhenti setelah kita meninggalkan dunia. Sabar di dalam semua ujian yang menimpa sama ada ujian fizikal, mental, jiwa dan imaan. Jika anda tersasar dari landasan, cari jalan untuk kembali semula kepada landasan "siraatal mustaqim" kerana di dalam setiap solat kita, kita selalu memohon kepada Allah SWT untuk menunjukkan kita kepada jalan yang lurus. Iblis dan syaitan itu sentiasa ada 24 jam untuk menyesatkan kita, namun pintu taubat Allah SWT itu sentiasa terbuka sehingga kita menutup mata. Berjuang dan terus berjuang. Saya doakan anda semua yang sedang berada di dalam zon merah akan dapat menghadapinya dengan kuat dan sentiasa berjuang untuk keluar dari zon tersebut sepertimana saya. Jangan pernah putus asa dengan rahmat Allah!.
Depression is real gaisss...jangan pernah ambil leka dan sambil lewa sekiranya anda mengalaminya atau orang yang anda kenal sedang menghadapinya.
Kepada Allah SWT kita berserah
Allahul Musta'aan.
No comments:
Post a Comment