30.03.2018
Serambi Makkah, bumi Nanggroe Aceh, insyaAllah kami datang lagi.
.
Jaulah ke Banda Aceh melihat keindahan pulau dan bumi Nanggroe Aceh ini akan bermula tidak lama lagi inshaAllah.
.
Selain jaulah melawat tempat tempat bersejarah, salah satu aktiviti wajib inshaAllah, menyantuni anak-anak yatim dan faqir di sana.
.
Alhamdulillah, infaq dari rakan-rakan, keluarga dan sahabat handai telah berjaya kami kumpulkan melebihi RM20 ribu. MasyaAllah tabarakallah kepada semua yang telah memberi infaq untuk tujuan zakat, sedekah, akikah dan lain-lain.
.
Banyak atau sedikit itu tidak penting. Yang penting adalah keikhlasan hati pemberi dan kami doakan semoga semua pemberi infaq diterima amalannya dan disediakan istana yang indah di Syurga Allah SWT. Aameeen
.
Surah Al Baqarah: Ayat 245
مَنْ ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافًا كَثِيرَةً ۚ وَاللَّهُ يَقْبِضُ وَيَبْسُطُ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ
"Siapakah yang mau memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan memperlipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nya-lah kamu dikembalikan."
.
No comments:
Post a Comment