"Travelling - it leaves you speechless, then turns you into a storyteller." ~ Ibnu Battuta
"What you seek is seeking you." ~ Rumi
"What you seek is seeking you." ~ Rumi
Perancangan untuk menawan Puncak Fuji dan kembara musafir di Negara Matahari Terbit bermula. Kami berkumpul di KLIA2 sekitar jam 12 tengahari, selesaikan urusan wrapping bag, check in dan sebagainya, kami teruskan perjalanan pada hari pertama dengan lafaz Bismillah dan doa, bermusafir ke Negara Matahari Terbit.
JUMAAT DAY 1 - 26 OOGOS 2016
Kos di Malaysia hari 1:
JUMAAT DAY 1 - 26 OOGOS 2016
Kos di Malaysia hari 1:
- Tren ERL Putrajaya - KLIA2 RM9.40
- Wrapping beg RM15.90
- Luggage 25kg RM114, share 2 orang ( kalau nak luggage murah, beli terus masa beli tiket. Lebih murah dan jimat RM). Haversack 15kg = RM68.40
Total kos hari 1 = RM93.70
Sunset View above the clouds
Welcome to Haneda Airport
Perjalanan dari KL ke Haneda mengambil masa lebih kurang 7jam. Penerbangan dengan Airasia X D7 522 terbang pada jam 230 petang dan kami sampai di Haneda airport pada jam 1030pm waktu tempatan Tokyo. Alhamdulillah, semua melepasi kastam. Selamat makanan kami dan juga makanan kiriman.
Di Haneda Airport ada disediakan "Prayer room" bagi Muslim di tingkat 3. Sangat mudah dan senang. Sekiranya anda ingin menunggu kedatangan waktu pagi, tidur dan rehat sahaja di kerusi panjang yang disediakan. Jimat RM Jangan pula rehat tidur berdengkur di dalam prayer room, dalam setiap sejam polis akan memeriksa bilik bilik tersebut. Jangan malukan Malaysia OK :))
Di Haneda Airport ada disediakan "Prayer room" bagi Muslim di tingkat 3. Sangat mudah dan senang. Sekiranya anda ingin menunggu kedatangan waktu pagi, tidur dan rehat sahaja di kerusi panjang yang disediakan. Jimat RM Jangan pula rehat tidur berdengkur di dalam prayer room, dalam setiap sejam polis akan memeriksa bilik bilik tersebut. Jangan malukan Malaysia OK :))
SABTU DAY 2 - 27 OGOS 2016
Subuh di Tokyo lebih kurang jam 4pagi. Seawal pagi kami bersiap dan ke kaunter tiket bas untuk ke Kawaguchiko Station. Kaunter bas dibuka jam 5pagi dan terletak di tingkat 2. Bas paling awal pada jam 655am. Walaubagaimanapun, hanya 5 tempat duduk sahaja yang tinggal, sedangkan kami berenam. Setelah berbincang, yang tidak mendaki gunung fuji akan menaiki bas pada jam 1005am. Tiket bas ¥2470 sehala. Sebelum berangkat kami minum pagi dahulu dengan Nasi himpit, serunding dan sambal bilis pedas yang dibawa dari Malaysia. Alhamdulillah kenyang...cukup untuk alas perut sehingga bermulanya ekspedisi mendaki.
Jam 655am, 4orang kami bertolak ke Kawaguchiko dengan menaiki bas highway dan dijangka tiba di Kawaguchiko Station pada jam 930am. Namun, entah mengapa, laluan highway hari ini luar biasa sesak dan kami sampai di Kawaguchiko Station pada jam lebih kurang 1030 pagi.
Arep dan kawan kawan telah sampai di stesen dan ada yang telah bergerak menaiki bas lebih awal ke 5th station dan menunggu kami di sana.
Setelah selesai urusan repacking yang tergesa gesa, simpan beg di "luggage service" untuk 2 hari dengan kos 1000yen, kami bergerak ke 5th station dengan menaiki bas pada jam 1110 pagi. Perjalanan dari Kawaguchiko Station ke 5th station mengambil masa lebih kurang 40min.
Kami membeli tiket bas 2 hala dengan kos 2100yen. Esoknya, tak perlu nak rushing beli tiket kembali ke Kawaguchiko selepas turun dari gunung Fuji. Senang :)
Setibanya di 5th station, hujan semakin mencurah turun, hati semakin risau khuatir sekiranya hujan berterusan sehingga ke malam. Doa kami pĆ njatkan agar perjalanan kami ke Mountain Hut di 8th station selamat sebelum meneruskan perjalanan ke puncak.
Dengan lafaz Bismillahirrahmaanirrahim dan doa, kami mendaki di dalam hujan dan sedikit sejuk.
In the name of Allah, and Praise be to Allah. Glory unto Him Who created this transportation, for us, though we were unable to create it on our own. And unto our Lord we shall return.
KOS HARI 2:
- Tiket bas ekspress sehala ke Kawaguchiko Station 2470yen
- Tiket bas return dari Kawaguchiko station ke 5th station 2100yen
- Simpan Luggage untuk 2hari 1000yen ( kalau bernasib baik, boleh simpan luggage secara percuma di hostel. Tapi kami tak sempat nak jenguk Guesthouse memandangkan kesuntukan masa untuk menaiki bas pada jam 1110 pagi)
- Entrance fee Gunung Fuji 1000yen
- Mountain Hut di 8th Station 9300yen (tempat tidur beserta 2 meal). Kenapa harga mountain hut sangat mahal bila peak hours? Well, mana mana penginapan pada masa peak hours akan mahal dan kadang kadang option hanya pada pakej tidur + 2meal = 9300yen atau lebih. Sekiranya dalam keadaan cuaca buruk dan ramai yang membatalkan trip ke Gunung Fuji, hut di atas gunung tersebut, biasanya akan membuat tawaran lebih rendah dari biasa. Ikut nasib. Dan kalau nak gamble, tak perlu booking hut, walkin sahaja. Untung sabut timbul, untung batu, bersejuk la di luar hut sebelum meneruskan perjalaan ke puncak. Dan kalau nak selamat, mendakilah pada hari bekerja (Isnin - Jumaat). Kadar penginapan di atas lebih murah.
Total Kos hari 2 = 15,870 yen = RM634.80
“The days of life pass away like clouds, so do good while you are alive.”~ Imam Ali
No comments:
Post a Comment