07 September 2016

Travellingbie : Musafir Jepun Hari 4 - Kawaguchiko Station - Shinjuku Station - Gyotoku Guest House

“Remember that happiness is a way of travel – not a destination.” – Roy M. Goodman
Tiket bas jam 510pm
Hari kami di Kawaguchiko berakhir petang Isnin. Bas ke Shinjuku bergerak pada jam 510pm. Seawal jam 4 petang kami tiba di Koe House untuk mengambil beg masing-masing, solat dan sebagainya. Sempat lagi tu singgah di 7 Eleven membeli ice cream dan bekalan sebelum kami tiba di guesthouse malam nanti.

Di Jepun, sekiranya jadual bas bergerak adalah 510pm, kita perlu bersedia sebelum 510pm di depan tempat menunggu bas kerana bas akan bergerak tepat jam 510pm. Berbeza dengan Malaysia, di sini ketepatan masa adalah sangat penting. Lambat seminit, mereka akan memohon maaf berkali kali sehinggalah sampai ke destinasi. Entah kenapa, kita tidak mampu praktikkan ketepatan masa tersebut walaupun agama kita sendiri amat mementingkan ketepatan masa dan tidak membazirkan masa. Dan kepentingan masa itu telah disebut di dalam Al-Quran di dalam surah Al-Asr. Namun, masih lagi kita melengah lengahkan waktu dan masa yang kita ada. Dalam bab masa dan etika kerja, contohilah Jepun. :)

Perjalanan kami dari Kawaguchiko Station ke Shinjuku Station mengambil masa lebih kurang 2 jam. Kami sampai di Shinjuku Bas Ekspress Station lebih kurang jam 7 malam. Turun dari bas, masih lagi terpinga pinga dan tercari cari laluan mana yang sesuai dan murah untuk ke Gyotoku Station. Actually, saya dah print kan siap-siap direction dari Shinjuku Station ke Gyotoku Station. Terkejut tengok suasana di Shinjuku station yang sangat besar, kami mencari Information counter untuk bertanya arah. Di Shinjuku Station, terdapat Tokyo Information Centre dan staf mereka boleh berbahasa Inggeris. Setelah mendapat direction dari staf, kami sempat merakamkan foto di dalam Tokyo Information Centre bersama sama staf di sana. :))
Ok, now...dari Tokyo Information Centre, kami perlu keluar dari bangunan tersebut untuk menuju ke Shinjuku Station West Entrance dan menggunakan Marunouchi Line dan Tozai Line. 

Mengambil maklum laluan tren di Tokyo ini yang bersimpang siur dan agak komplikated, sebelum musafir kami, saya assign seorang ahli untuk studi laluan tren tersebut. Lebih kurang dalam 15 minit, kami sampai di Station Shinjukusanchome ke Otemachi menggunakan line Marunouchi. Kami sampai di tren station sedikit basah, tetiba ada shower rain semasa menuju ke stesen. Muka masing-masing dah penat, dengan membawa beban beg yang berat. Kadar tren ke Gyotoku Station = 280 yen. Dari Shinjukusanchome Station - Otemachi, tukar tren ke Tozai Line dan terus ke Gyotoku.

“There is no moment of delight in any pilgrimage like the beginning of it.” – Charles Dudley Warner

Perjalanan menaiki tren mengambil masa lebih kurang 50min. Jauh jugak rupanya guesthouse kami ini. aduii....

Setibanya di Gyotoku station, kami disambut oleh Mus, beliau merupakan pelajar Malaysia yang belajar di salah sebuah universiti di Gyotoku. Kami di bawa ke guesthouse yang terletak sangat dekat dengan stesen Gyotoku. Guesthouse tersebut terletak di tingkat 8 bangunan apartment. Terdapat 3 bilik tidur, ruang memasak, 1 bilik mandi + mesin basuh dan 1 bilik air. 2 bilik tidur mempunyai beranda. Bagi saya sangat selesa untuk 6 orang dan maksima bagi rumah tersebut adalah 9 orang. Disediakan juga comforter extra sekiranya bilangan anda seramai 9 orang. Tapi bagi saya, 9 orang agak sesak dan padat. 6 orang, just nice.

Bagi yang berminat untuk menempah guesthouse ini, bolehlah layari laman web http://www.melancongkejepun.com/penginapan/guest-house-kami/guest-house-gyotoku. 
Kos penginapan kami selama 5 malam di sini termasuk cleaning fee = 94000 yen. Walaubagaimanapun, seorang ahli kami akan berangkat pulang lebih awal, dan maklumkan lewat, nasib baik dapat refund or diskaun untuk 1 malam tersebut sebanyak 3000 yen. Jadinya total penginapan kami hanyalah 15667 yen untuk seorang, termasuk cleaning fee sebanyak 4000 yen. Kalau duduk hostel pun, kos penginapan bagi seorang lebih kurang sama ja. Cumanya guesthouse mungkin lebih selesa sebab bilangan nya agak sedikit dari hostel.
Guesthouse ini, hanya untuk muslim sahaja. Sangat bermakna bagi kami kerana kami tidak perlu ragu ragu untuk menggunakan peralatan memasak dan sebagainya. Dan yang menariknya, portable wifi yang disediakan boleh dibawa keluar dari rumah dan boleh dibawa ke mana-mana sahaja sepanjang perjalanan sehingga kami check out nanti. Jimat kos untuk akses kepada Internet. :))

Bagi yang akan melawat Tokyo, dan masih mencari cari guethouse yang sesuai, saya rekomen Gyotoku Guesthouse untuk keselesaan anda. Jangan lupa hubungi nombor tertera di laman web tersebut. Owner sangat cooperative walaupun beliau berada di Malaysia. Bolehla nak tanya apa2 pun, termasuk tips dan tempat tempat menarik yang boleh dilawati di sana nanti. :)

Selepas selesai meletakkan haversack yang berat, unpack barang barang, membersihkan diri, kaki pun dah penat sanagat, muka pun dah sunburn, masa untuk kami rehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan keesokan harinya. 

Kos:
  1. Tren dari Shinjuku ke Gyotoku = 280 yen
  2. Gyotoku Guesthouse untuk 6h5m seorang = 15,667 yen
Total kos = 15,947 yen = RM637.88

“Life begins at the end of your comfort zone.” – Neale Donald Walsch 

No comments: