1 down - more books to read...
Terusir, adalah karya Hamka yang mengkritik adat Minangkabau yang membeza bezakan status sosial seseorang.
"Sungguh, sahabatku...barang sesuatu apabila berada di tangan, kecacatannyalah yang tampak, setelah ia lepas dari tangan, barulah kita akan ingat baiknya..."
Azhar seorang Minangkabau mengahwini Mariah dari Betawi. Disebabkan fitnah yang dilakukan oleh keluarga Azhar, Mariah diusir dari rumah dan dipisahkan dengan anaknya yang tercinta.
Disebabkan kejadian tersebut, nasib Mariah yang baik sekali, dari seorang isteri dan ibu yang tinggi darjatnya dan setia, lama kelamaan menjadi perempuan murahan yang hina, diberi gelaran buruk "sampah masyarakat", "kupu-kupu malam", "bunga mengandung racun" dan nama-nama buruk yang lain sehinggalah saat akhirnya, hampir mati di tali gantung atas tuduhan membunuh. Mariah, perempuan malang yang menjadi contoh mangsa yang dijadikan korban adat dan keluarga yang mementingkan suku sakat.
Nasib Azhar pula, suami Mariah yang telah mengusirnya, sehingga ke mati tidak beristeri lagi walaupun telah ramai sekali yang berusaha untuk membuatkan Azhar mempunyai isteri baru yang sepadan kononnya, lebih-lebih lagi keluarganya. Azhar pula cukup dihormati, namun....batinnya makan hati berulam jantung kerana begitu senang percaya kepada fitnah yang telah ditujukan kepada Mariah dulu.
Benarlah, bahawa kesan fitnah apabila ianya tidal diselidiki terlebih dahulu akan memakan jiwa dan memberi sesal serta kesediahan yang berpanjangan sehingga hari demi hari jiwa yang tegar, menjadi rapuh dan memakan diri.
Terusir, sebuah mahakarya Buya Hamka yang penuh emosi dan perasaan mendalam mengenai soal cinta, hati, sosial, fitnah, kehilangan, permusuhan, dengki, sakit hati, dan kasih sayang.
Hanya 129 mukasurat, anda pasti akan dapat menghabiskan karya ini dalam masa 2 jam.
Selamat membaca
No comments:
Post a Comment