Firman Allah SWT : “Makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah telah rezekikan kepadamu, dan syukurilah nikmat Allah, jika kamu hanya kepada-Nya saja menyembah “. (An Nahl :114)
Maka, makanlah yang baik-baik sahaja sepanjang Ramadhan ini. Mudah-mudahan ianya berterusan sehingga selepas puasa.
Puasa kita hari ini merupakan puasa hari ke-5. Dah berapa Bazaar Ramadhan yang kita dah pegi setakat ini? Dah berapa juzuk Quran yang kita dah baca? Dah berapa banyak sedekah telah kita sumbangkan terang-terangan atau sembunyi-sembunyi? Dah berapa banyak makanan kita telah sedekahkan untuk orang yang berpuasa?
Bercakap mengenai makanan,ramai yang teruja untuk ke bazaar ramadhan kerana di sana lah, kita akan dapat melihat dan membeli pelbagai juadah yang jarang-jarang ada ketika bukan di bulan Ramadhan. Tepung pelita, kuih bongkol, bubur pedas dan bubur lambuk adalah antara makanan tersebut.
Sekiranya anda membeli makanan di bazaar dan mendapati tidak menepati selera anda, jangan mengatakan "tidak sedap" di hadapan makanan tersebut. Beradablah dengan makanan. Teringat saya semasa kecil, saya diajar dengan baik oleh kedua ibu bapa mengenai adab dengan makanan. Kalau sekiranya makanan tersebut tidak sedap, diam sahaja. Makanan yang berada di hadapan mata juga perlu dihabiskan. Makanan juga mempunyai jiwa. Bagi tukang masak, masaklah makanan tersebut dengan penuh kasih sayang dan dengan zikir. InsyaAllah berkat. Jangan mengutuk do hadapan makanan tersebut walaupun tidak sedap atau sangat tidak sedap. Diam sahaja dan tinggalkan makanan tersebut. Dalam kita menjamu selera juga kita boleh mendapat pahala yang banyak.
Sungguh...apa sahaja amal baik yang kita kerjakan di bulan barakah ini, insyaAllah akan dilipat gandakan oleh Allah swt pahala perbuatan itu. Maka, tidak mahukan kita merebut peluang keemasan ini? Lakukan buatlah perkara yang baik-baik sahaja sepanjang bulan Ramadhan.
Semoga ibadah kita semua diterima Allah swt. Aameeen.
No comments:
Post a Comment