“Traveling is a brutality. It forces you to trust strangers and to lose sight of all that familiar comfort of home and friends. You are constantly off balance. Nothing is yours except the essential things – air, sleep, dreams, the sea, the sky – all things tending towards the eternal or what we imagine of it.”
"And the end of all our exploring,
Will be to arrive where we started
And know the place for the first time."
- T.S. Eliot
Taiping... From Taiping With LOVE :)
Urusan kerja di Taiping pada bulan Mac yang lepas memberikan saya peluang untuk menjelajah keindahan Taiping. Hmmmm...apa yang ada di Taiping? Rasanya bila di sebut Taiping, saya sendiri tidak pasti apa yang boleh dilakukan di Taiping. Tidak seperti Ipoh, Taiping dikenali sebagai Bandar Warisan. Menarik...mesti banyak tempat-tempat bersejarah di Taiping :)
Perkara pertama terlintas di kepala saya adalah = Taman Tasik Taiping dan Bukit Maxwell :)) Moh..saya bawakan anda 5 tempat yang boleh anda lawat dan jelajah sekiranya anda berada di Taiping :)
Taman Tasik Taiping - Taman Tasik Taiping merupakan kawasan rekreasi bekas lombong bijih timah yang tertua di Malaysia. Taman tasik ini dibuka pada tahun 1880. Zoo Taiping terletak di taman tasik ini. Keluasan taman tasik di bandar Taiping ini, mencapai hingga 62 hektar. (sumber :: Wikipedia). Selesai kerja jam 5 petang di Taiping, saya bergegas ke hotel dan turun semula untuk menjelajah Tasik Taiping. Perasaannya....seperti berada di zaman yang lampau. Suasananya amat berbeza dengan taman tasik Perdana atau Titiwangsa atau di Bandar Permaisuri. Pokok yang merimbun dan ada yang melebihi 100 tahun menyerlahkan suasana misteri serta nyaman. Pemandangan yang luar biasa cantek nya, pada pemandangan saya. Sepanjang larian di sekeliling tasik, kelihatan ramai yang turut serta beriadah di sini. Zoo Taiping juga berdekatan dengan tasik ini. Saya tidak berpeluang untuk mengikuti Night Safari di Zoo Taiping memandangkan kekangan waktu dan ini membolehkan dan memberi saya peluang untuk datang semula ke Taiping, InsyaAllah :) Saya belanja gambar sekitar Taman Tasik Taiping yang menggegarkan jiwa ini :))
Bukit Larut - Bukit Larut atau Bukit Maxwell di Taiping, Perak adalah pusat peranginan tanah tinggi tertua di Malaysia. Nama bukit itu sempena residen British, George Maxwell yang bertugas di kawasan itu pada 1880. Kawasan ini adalah lokasi paling lembap di Malaysia. (sumber :: My Metro). Memandangkan masa yang agak padat dan saya perlu bergegas kembali ke KL, saya mengambil keputusan untuk menjelajah Bukit Larut. Seawal pagi selepas sarapan, saya terus menuju ke Bukit Larut yang tidak berapa jauh dari Taman Tasik Taiping. Ingatkan bolehla nak mendaki. Namun, selepas mendapatkan maklumat mengenai mengenai dakian ke Bukit Larut yang bakal mengambil masa lebih kurang 4 jam dan lebih kurang 2 jam menuruni semula bukit tersebut, saya mengambil keputusan menaiki Land Rover yang disediakan. Nasib saya baik kerana terdapat 1 kekosongan tempat pada jam 9 pagi. Dengan bayaran tiket RM6 bagi perjalanan 2 hala, ianya sangat murah dan seluruh keluarga yang ingin ke puncak Bukit Larut mampu untuk ke sana. Walaubagaimanapun, sekiranya anda mengunjungi Bukit Larut pada hujung minggu, pastikan anda tiba lebih awal, seawal 730 pagi di Bukit Larut untuk membeli tiket tersebut. :)
Saya hanya berkesempatan untuk menjelajah 2 tempat di atas. Antara 3 tempat menarik yang anda boleh lawati di Taiping adalah:
Hutan Eko Pendidikan Paya Larut Matang - Yang ini saya belum ada kesempatan untuk sampai ke sini. Hutan Eko ini juga menarik perhatian saya dan apa sahaja yang berbentuk alam semulajadi, bakal menarik perhatian saya. Hutan Eko ini diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal pada tahun 1906, Hutan Paya Bakau Matang ini berkeluasan kira-kira 40,000 hektar. Ia adalah rizab hutan paya bakau terbesar di Semenanjung Malaysia. Matang kaya dengan pelbagai hidupan liar dan habitat yang tinggal di kawasan paya bakau dan dataran lumpur. Pengunjung juga boleh menaiki bot menyusuri sungai pada waktu malam untuk melihat kelip-kelip atau kunang-kunang. Antara aktiviti menarik lain yang boleh dilakukan di situ ialah melihat kehijauan pokok bakau dan memerhati burung yang pelbagai spesies.Yang ini memang kene lawati bila ada kesempatan nanti. Sekiranya anda ingin menginap di sini, jangan risua kerana ada juga disediakan tempat penginapan :)
Kuala Sepetang - khabarnya Kuala Sepetang terkenal dengan kelazatan Mee Udang. hmmm...memang kene datang lagi ke Taiping nie :)). Antara perkara lain yang ada boleh lakukan di Kuala Sepetang selain dari menikmati makanan yang sedap adalah - Menaiki bot dan melakukan aktiviti nelayan memancing,menangkul kerang,melihat burung, Menjelahi sungai(river cruise) sekitar Kg nelayan, Melihat kelip-kelip jam 0800 mlm ke atas, Lawatan ke Kilang Arang dan Lawatan ke Pusat Pendidikan Hutang Paya Laut Matang;
Makan...adalah perkara yang paling menarik sekiranya saya melawati tempat lain. Antara makanan yang perlu dicuba di Taiping selain dari Mee Udang adalah:
- Doli Kuey Teow Goreng
- Medan Selera Belakang Bomba
- Yong Tau Fu & ABC...
- Cendul
- Bismillah dan Ansari dekat Sekolah St George
- Restoran Yut Sun Jalan Pasar
- Pasar Larut Matang
- Pohpiah Ella, Pohpiah Omar
- Kadir Pasembor
- Mi Combat, ais kacang istimewa
- Restoran Koboi Simpang
- Selera Malam Kamunting
- Restoran Asam Pedas Kamunting
- Sebelah Petronas Kamunting
- Bihun sup dan sate
- Restoran JS Muara
- ketam lembut dan ikan semilang
- Mi Udang
- Mak Jah, Mak Teh Kuala Sepetang
- Salleh Stall Port Weld
- Pak Su Changkat Jering
Ini baru 5 tempat dan perkara yang boleh dilakukan di Taiping. Sebenarnya banyak lagi dan sekiranya anda menyukai sejarah, anda pasti akan menyukai Taiping :)
"The Road goes ever on and on
Down from the door where it began.
Now far ahead the Road has gone,
And I must follow, if I can,
Pursuing it with eager feet,
Until it joins some larger way
Where many paths and errands meet.
And wither then? I cannot say."
- J.R.R. Tolkien, 'The Lord of the Rings'
No comments:
Post a Comment