27 February 2015

Health: Keputusan Program Malaysian Cohort


Ingat lagi saya pernah post kan di sini mengenai Program Malaysian Cohort?
Saya dah dapat dah keputusan pemeriksaan kesihatan tersebut semalam. Mana-mana yang diluar julat terpaksa diambil perhatian. Hampir semuanya normal kecuali berat, kolesterol dan sodium. Berat dan kolesterol terlebih sedikit, walaupun dah kurangkan banyak KG sejak 2 tahun lepas, nampaknya kene kurangkan lagi 12 kg supaya berat dan kolesterol berada di tahap normal. Sodium pula kurang. Kene makan makanan yang banyak sodium. Ape ye, makanan yang banyak sodium???

Dari maklumat yang saya dapati dari bahan bacaan, kekurangan sodium bermaksud kekurangan garam galian dalam badan. Mungkin kene banyakkan makan sayur bayam, lobak dan makan daging merah.

Indeks vaskular untuk kanan dan kiri tidak sama anggaran umurnya. Apa-apapun keduanya lebih muda dari umur biologikal, Alhamdulillah.

Setelah mendapat keputusan kesihatan ini, banyak lagi yang perlu saya lakukan terutamanya dari segi penjagaan makanana. Kene kurangkan makanan berlemak untuk mengurangkan tahap kolesterol dalam darah, kene kurangkan berat dengan mengurangkan pengambilan makanan berkolesterol tinggi. Banyakkan makanan berserat tinggi dan banyakkan bersenam.

No comments: