16 January 2015

Dugaan : Niat Berkahwin

Niat penting dalam melakukan segala urusan terutama ibadah kepada Allah berdasarkan hadis: “Sesungguhnya setiap amalan ada niatnya, setiap seorang dinilai mengikut niatnya...” (Riwayat Bukhari dan Muslim) Hadis masyhur ini bukan hanya khusus untuk amal ibadah sahaja, tetapi turut melibatkan amalan atau pekerjaan yang melibatkan orang Islam.
Dipetik dari :
http://baei.blogspot.com/2012/04/niat-berkahwin-boleh-mengikat-kasih.html?m=1

Pernah kah anda berniat untuk berkahwin dan tiba-tiba peluang untuk berkahwin, Allah swt datangkan di depan mata? Tetapi....kadang-kadang yang datang melamar bukanlah orang yang kita idam-idamkan atau lelaki/perempuan pujaan kita? Kadang-kadang, bila kita sudah mula pasang niat, banyaknya calon yang didatangkan di depan mata kita dan banyak juga calon-calon yang tidak sesuai. Begitu banyak dugaan untuk menuju gerbang perkahwinan tersebut...dan...akhirnya kadang-kadang kita akur bahawa ketentuan Allah swt jualah yang terbaik. Kita mungkin tidak mendapat lelaki/perempuan pujaan kita, tetapi orang yang kita nikahi itulah yang terbaik buat kita. Dan kadang-kadang kita langsung tidak mendapat calon yang sesuai daripada senarai calon tersebut. Makanya, sabar dan redha sahaja dengan apa jua yang telah berlaku kepada kita selepas kita berusaha.

Let me tell you a story of a friend of mine:
Tahun 2015, beliau berazam untuk menamatkan zaman bujang...berkahwin dengan izin Allah swt. Sejak menanam niat dari tahun lepas, beberapa insiden dan dugaan terjadi. Ada kawan yang kenalkan beberapa orang calon tetapi suami orang. Kenal-kenal dulu katanya. Nak kenal macamana tu? Itu mencari nahas namanya bila berkenalan dengan suami orang. Calon-calon yang menawarkan diri kebanyakannya masing2 telah beristeri. Suami orang tersebut dikhabarkan sangat baik, tapi....haaaa, ada tapinya. Mushkil kawan ni, kalau baik kenapa nak kenalkan. Ada baiknya definisi baik itu, tidaklah perlu dicemarkan. Kalau suami itu baik, dia perlulah baik dengan isteri dan anak2nya. Tidak perlu mencari yang lain. Ada juga yang merisik2 bertanya secara terang-terangan untuk diri sendiri, tapi empunya diri sudah berpunya. Kesimpulannya, dugaan risikan semuanya datang dari suami orang. Sehinggakan beliau bertanya, tiadakah calon yang masih bujang di dalam dunia ini? Hampir tergelak saya bila diajukan soalan2 seperti itu. Soalan yang saya juga akan tanya kerana perkara tersebut pernah terjadi pada saya. Sekiranya pun jodoh telah ditetapkan dengan suami orang, biarlah permulaannya baik dan pengakhiran juga baik. Mana ada isteri yang sanggup bermadu...kalau ada dan redha, memang luar biasa. Suami-suami orang ini, perlulah tahu bahawa tidak akan pernah berlaku adil bagi suami yang mempunyai 2 atau 3 atau 4 isteri. Walaupun berlaku adil di dalam menyediakan keperluan fizikal, hati isteri 1, 2, atau 3 atau 4 hanya Allah swt sahaja yang tahu. Pengalaman saya, ada juga suami orang yang melamar saya, saya bagitau, biarlah isteri dia yang melamar saya dan saya pasti memang tidak akan terjadi perkara luar biasa ini. Manakala, yang masih bujang pula terlebih muda dan tidak komitted...atau saya dah terlebih matang dan terlebih umur untuk berkahwin :))

Pendapat seposen saya, jodoh adalah ketentuan Allah swt. Tetapi kita sebagai hambaNya, perlulah berusaha untuk mencari jodoh kita, jodoh yang terbaik buat kita yang boleh membimbing kita ke syurga. Selalunya mata cinta kita akan buta, bila orang yang kita cinta itu tidak mencintai kita. Mata cinta dan hati kita yang telah buta memaksa diri kita untuk terus mencintai seseorang walaupun dia telah berpunya ataupun dia tidak mencintai kita. Selalu orang kata "mencintai tidak semestinya memiliki". Ya...kerna sifat memiliki itu adalah kepunyaan Allah swt sahaja. Apa yang ada pada kita hanyalah pinjaman sahaja hatta perasaan kita. Kita sendiri sebenarnya perlu sentiasa berdoa agar hati kita tidak dibolak balikkan dan tetap teguh dalam Iman dan Islam dan berdoa juga agar mendapat pasangan yang dapat membimbing kita ke syurga dan redha Allah swt. Sekiranya orang yang kita cinta tidak mencintai kita semula, anggaplah dia bukanlah yang terbaik buat kita dan Allah swt telah pun selamatkan kita dari bencana hati. Teruskan kehidupan dengan hati yang tenang dan redha serta teruskan berdoa. Sekiranya memang jodoh telah ditakdirkan dengan suami orang, awal lagi saya katakan, biarlah permulaan pertengahan dan pengakhirannya baik baik belaka. Dugaan dan ujian dari Allah swt datang dalam pelbagai bentuk dan rupa. Dugaan orang yang masih bujang lain dengan yang sudah berkahwin. Dugaan-dugaan tersebut, dan macam2 dugaan lagi menunjukkan tandanya Allah swt masih sudi memandang kita dan menegur kita. Apakah kita masih tidak mahu melihat dan mengerti dengan mata hati bahawa setiap apa yang berlaku adalah ketentuan  dari Allah swt dan natijah di atas perbuatan kita sendiri? Maka pilihlah jalan yang benar dan lurus. Jika terpesong,cepat-cepat kembali ke pangkal jalan. Redha adalah kata kuncinya. Sekiranya sudah ditakdirkan menjadi isteri ke-2, ke-3 atau ke-4, setelah menempis segala dugaan tersebut, redha sahaja kerna Allah swt Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya. Tetapi perlu diingatkan, jangan mencari nahas atau menempah maut sendiri mencari2 calon di kalangan suami orang. Itu barulah dikatakan "perampas" dan saya sendiri pun tidak mahu menempah jalan penuh liku dan berduri sepanjang hidup dilabelkan sebagai "perampas suami orang".

"Life is a series of choices. Choose wisely."~uark

No comments: