Setiap orang ingin hidup bahagia. Hidup bahagia adalah matlamat utama kehidupan. Ada yang mengukur bahagia dengan kebendaan. Ada juga yang mengukur bahagia dengan spiritual dan ada yang mengukur kebahagiaan dengan kedua-duanya.
Bahagia adalah sesuatu yang sangat subjektif. Banyak perkara yang membuat kita bahagia dan banyak perkara yang perlu kita lakukan untuk menjadi dan hidup bahagia.
Tetapi mengapa ramai yang mengimpikan hidup bahagia menjadi orang yg hidupnya sengsara??? Ataupun ramai yang tidak hidup dalam sengsara, tetapi tidak juga hidup bahagia??? Kebahagiaan tidak diajar di sekolah, mahupun di kolej2 atau universiti. Kebahagiaan yang berpanjangan memerlukan kerja keras!
Ramai diantara kita memberi pilihan pada diri sendiri - sama ada untuk menjadi kaya atau bahagia. Kenapa kita tidak memilih untuk mendapatkan kedua-duanya??? Benar!!! Tidak semua orang kaya mempunyai kehidupan yang bahagia. Tetapi orang yang tidak ber-wang akan selalunya tidak bahagia, sentiasa mengeluh kesah kerana kesempitan wang. Wang hanyalah sebagai pendorong untuk bahagia. Wang bukanlah penentu kebahagiaan, tetapi kita perlukan wang untuk hidup. Ianya menguatkan sikap atau perasaan yangbada dalam diri seseorang.
Contoh paling senang, pasangan yang ingin berkahwin akan berasa bahagia disaat tibanya hari bersejarah mereka. Dengan majlis yang meriah dan besar-besaran bagi kedua-dua keluarga, pasangan ini lupa sementara bahawa majlis gilang gemilang itu terhasil dari pinjaman. Selepas bernikah, nikmat dan bahagia itu semakin berkurang kerna dibebani hutang yang mungkin akan selesai 10 tahun lagi. Dalam masa yang sama, tanggungawab keduanya semakin bertambah dengan kehadiran cahaya2 mata. Tanggungjawab bertambah, hutang juga bertambah. Bahagia pun entah ke mana pada waktu itu jika keduanya tidak pandai menguruskan kewangan.
Sebab itulah, wang boleh menjadi pendorong untuk bahagia, tetapi tidak semestinya bila ada wang, seseorang itu bahagia. Kan dari awal lagi saya katakan..."bahagia itu suatu yang subjektif!"
Tips dari Tuan Azizi untuk mencapai kebahagiaan:
- nikmatilah apa yang anda miliki. Bergembiralah dan dapatkan sebanyak mungkin kepuasan daripadanya. Walaupun anda mengimpikan kereta Wald yang lebih mewah, nikmatilah kereta kecil yang anda miliki dan bergembiralah, kerana tujuannya adalah sama, untuk sampai ke destinasi....
- kejayaan berada di sepanjang perjalanan hidup anda sama ada gagal atau kecewa atau terluka, nikmati setiap minit perjalanan kehidupan anda. 40 tahun perjalanan hidup adalah sangat singkat, mungkin anda akan dapat menikmati kehidupan yang menyeronokkan untuk 20 tahun akan datang atau 1 saat akan datang. Bergembiralah kerana anda masih lagi bernafas untuk menikmati kehidupan. Ambillah masa untuk menikmati pemandangan sepanjang perjalanan kehidupan anda!
- lebih baik sekiranya anda mengasingkan kebahagiaan daripada kebendaan! Kebahagiaan boleh anda bawa ke mana-mana.
- adalah penting untuk kita ketahui apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh wang. Wang boleh memberi keselesaan fizikal dan mental, tetapi ianya tidak dapat memberi kebahagiaan yang berpanjangan.
- jalani kehidupan tanpa memiliki banyak barangan. Mudahkan kehidupan anda. Berani berkata 'tidak' pada seseorang, pelaburan dan peluang-peluang yang ada. Tidak ada peraturan yang mengatakan anda mesti merebut semua peluang yang muncul di depan mata.
- lakukan perkara yang anda seronok dan suka lakukan pada kadar-kadar tertentu. Hidup ini terlalu singkat untuk melakukan hal-hal yang sebaliknya!
- bekerja dan berseronok. Nikmati pekerjaan anda dan berseronoklah di dalam melakukannya
- menyerah kepada ketenangan. Kadang-kadang, kita tidak akan dapat mengubah sesuatu yang berada di luar kawalan kita. Oleh itu, ubahlah diri kita atau kita kene keluar dari kawasan yang tidak akan dapat kita ubah itu. Kesannya, kita akan lebih bahagia, sihat, kaya dan tenteram jiwa.
- nikmatilah kesepian dan rasa berseorangan. Nikmatilah perasaan bersendiri. Apabila anda boleh berasa bahagia bila berseorangan, anda tidak perlukan orang lain untuk merasa bahagia...
Berbahagialah apabila anda menjadi kaya, kerana anda telah membantu mengurangkan seorang miskin di dunia. Dengan kaya, anda boleh membantu yang miskin menjadi kaya, anda boleh melipat gandakan kebaikan berbanding semasa miskin, anda dapat membantu mereka yang memerlukan bantuan...maka berseronoklah sekiranya anda seorang yang kaya atau bercita-cita menjadi kaya kerna banyak kebaikan dan jasa yang boleh anda lakukan semasa hidup di dunia. Akhirnya nanti bahagia di sana tujuan kita yang sebenarnya. Jika kita tidak bahagia di dunia, bagaimana mungkin kita akan bahagia di sana???
No comments:
Post a Comment