18 October 2014

Bacaan : Buku Azizi Ali

Saya sarankan anda membeli buku ini. Walaupun murah dan nipis, ianya sangat-sangat padat dengan ilmu :)

#Tips bagaimana nak selesaikan #pinjaman#perumahan anda dalam tempoh 5 tahun atau kurang
#Strategi berbeza, pendekatan pun berbeza dan cara menanganinya pun berbeza.
Anda mungkin membuat pinjaman perumahan untuk kegunaan sendiri. Yang ini memang wajib dilangsaikan hutang secepat mungkin. 
Ada juga strateginya untuk pelaburan. Makanya, pendekatan dan tindakannya juga berbeza dan ianya mungkin dengan cara berlawanan. Sekiranya pinjaman tersebut untuk tujuan pelaburan, anda perlu mendapatkan pinjaman sebanyak mungkin dari #bank atau sebanyak yang kita selesa....
Kenapa strategi bagi keduanya berbeza??? Nak tahu lebih-lebih, kenela beli buku ini. Tak tebal pun, hanya 55mukasurat, tetapi padat dan berisi dan sangat2 murah, RM17 sahaja kalau x silap saya. Kepadatannya seperti bas mini yang penuh,masih juga berhenti dan menyumbatkan manusia di dalam nya untuk mengaut keuntungan.

Dekat mana nak dapatkan buku2 Azizi Ali??? - pergilah ke seminar2 anjuran beliau. Anda pasti akan mendapat buku2 beliau dengan harga diskon @ anda boleh membeli secara atas talian di www.bookplanet.com.my


No comments: