Monday, July 14, 2014

Refleksi Ramadhan malam 17 - Ceramah Nuzul Quran

Ceramah Nuzul Quran - Masjid Jame' Kuching
Ustaz Ridhuan Tee Abdullah

Masa
Masa begitu pantas berlalu
Kita secara tidak sedar menghampiri malam2 lailatul qadar.

Pantasnya masa berlalu
Tapi...yang pentingnya, biar kita penat di dunia,asalkan kita tidak penat di dunia yang abadi di sana.

Biarlah kita berpenat sedikit di dunia, asalkan kita tidak penat di akhirat sana.
Malam ini...malam 17 Ramadhan. Malam turunnya al-Quran. Malam yang sungguh istimewa.
Al-Quran itu dtgnya dari Allah swt, sempurna sifatnya dan petunjuk Allah swt kepada orang2 yang bertaqwa dan bagi orang-orang yang mahu berfikir.
Sesungguhnya Al-Quran itu diturunkan pada malam2 Lailatul qadr. Malam yang lebih baik dari malam2 seribu bulan.
Mudah2an Allah swt memilih kita menjadi hamba2Nya yang terpilih yang mendapat keistimewaan malam lailatul qadr.

Kita buat sahaja ibadah dan lakukan yang terbaik. Buat dengan yakin. InsyaAllah ganjaran akan Allah swt bagi pada hamba-hambaNya yang mukhlis. Buatlah solat, puasa dan ibadah2 yang lain dengan ikhlas dan yaqin. Semoga kita menjadi antara hamba2 Allah swt yang bertaqwa.

Madrasah ramadhan selama sebulan ini seharusnya mengajar kita agar menjadikan kita lebih baik dan lebih taqwanya. Kalau di bulan Ramadhan kita tidak mengumpat, tidak berbalah sesama sendiri, solat berjemaah...sepatutnya selepas Ramadhan, hari raya dan seterusnya tabiat tersebut berkekalan sehingga bila2.

Tetapi janganlah kita mendahulukan yang sunnat dan meninggalkan yang wajib. Solat terawikh kita lebihkan sedangkan solat wajib kita tinggalkan. Solat terawikh adalah solat muakkad, sedangkan solat fardhu adalah solat wajib. Kalau ditinggalkan solat terawikh, tidak perlu diqada'kan kerna hukumnya masih lagi tidak berdosa. Tetapi, sekiranya kita meninggalkan solat fardhu, hukumnya berdosa besar.

Motivasi diri - Anggaplah setiap malam di dalam Ramadhan adalah malam Lailatul Qadr. Dan anggaplah setiap bulan2 Islam itu adalah bulan Ramadhan. Sekiranya kita beranggapan sebegitu, bukankah kita akan sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri kita kerana setiap hari adalah hari Ramadhan dan setiap malam adalah malam Lailatul Qadr. Bukankah kita akan menjadi umat yang terbaik???

Muhasabah diri:
Lailatul qadr ini adalah untuk orang-orang yang terpilih. Semoga Allah swt memilih kita menjadi hambaNya yang istimewa. Semoga kita beroleh malam yang istimewa tersebut. Dan tanda-tanda kita terpilih mendapat Lailatul Qadr, selepas Ramdhan, kita menjadi hamba yang lebih baik sepanjang 11 bulan akan datang sehingga kita bertemu Ramadhan yang akan datang.~Ustaz Ridhuan Tee Abdullah, Masjid Jame' Kuching. Ceramah Nuzul Quran

Semoga Allah swt menjadikan kita hamba-hambaNya yang istiqamah. 
"Fastaqim kama umirtaa"
Allahul musta'aan
Post a Comment

Most Popular