05 July 2014

Refleksi Ramadhan hari 6

Apa yang terjadi apabila kita berpuasa???

Perasan tak pada awal-awal puasa badan kita bertindakbalas dengan keadaan kita yang tidak makan dan minum?

Hari pertama puasa, terasa lemah-lemah, lemau dan mengantuk....dan berlanjutan sehingga hari ke 2 atau ke 3.

Selepas seminggu berpuasa, tubuh kita telah dapat mengadaptasi dengan situasi yang tidak makan dan minum tersebut.

PUASA MENGIKUT PAKAR PERUBATAN DUNIA
Kelebihan puasa diperakui oleh mana-mana saintis dan pakar kesihatan dunia. Sebagai contoh, doktor dari Amerika yang dikenali dengan Doktor Mac Fadon, beliau merupakan salah seorang pakar perubatan yang mengakui bahawa puasa merupakan ubat kepada segala penyakit fizikal manusia. Beliau turut mengarang sebuah buku, dan telah mengeluarkan satu kenyataan yang menarik untuk saya bawakan dalam penulisan saya ini : “sesungguhnya semua manusia perlu kepada puasa, sekalipun dia tidak sakit, kerana racun makanan dan ubat terkumpul dalam tubuh, lantas menjadikannya seperti seorang sakit dan memberatkan serta mengurangi kegiatan. Apabila dia berpuasa ringanlah timbangannya dan hilanglah racun itu dari tubuhnya setelah berkumpul didalamnya dan sempurna bersih, dan setelah itu dia dapat mengembalikan berat timbangannya dan memperbaharui tubuhnya dalam waktu tidak lebih dari 20 hari setelah tidak puasa lagi.”

Beliau turut menyebut di halaman yang lain di dalam penulisannya itu : “Sesungguhnya penyakit yang paling besar pengaruh pengubatannya adalah dengan puasa, iaitu penyakit maidah (penyakit mach). Bagi penyakit ini, puasa adalah bagaikan tongkat sihir yang segera menyembuhkan, sehinggakan orang yang mengalami penyakit tersebut menjadi hairan melihatnya; kemudian itu disusuli pula dengan penyakit darah tinggi dan rematik.”

Manakala Dr. Alaxis Carel yang merupakan salah seorang doktor antarabangsa yang memperoleh anugerah Nobel dalam ilmu kedoktoran turut memperakui kelebihan puasa, dimana beliau sendiri merupakan seorang doktor yang menggunakan cara berpuasa sebagai cara mengubati pesakitnya, dan turut mengarang sebuah buku yang bertajuk ‘Al-Insan zalikal Majhul’ yang kira-kira membawa erti ‘Manusia yag penuh rahsia’.

Antara lain beliau menyebut : “Manusia memerlukan puasa pada waktu-waktu tertentu. Setiap agama membawa manusia kepada wajib berpuasa dan mengurangi makanan. Jika pertama kali dia merasa lapar dan kadang-kadang merasa kejang pada saraf, serta diiringi dengan rasa lemah pada badan, disamping itu terjadi pula gerakan yang tersembunyi yang sangat penting, iaitu bergeraknya gula dalam jantung dan bersamanya bergerak pula minyak yang tersimpan dibawah kulit dan menjalari segala anggota dengan madahnya yang khusus untuk mengekalkan kesederhanaan dalaman dan keselamatan hati. Sesungguhnya puasa akan membersihkan pernafasan kita.”

Seorang Profesor dari England, Goerge Teasdale turut mengakui kehebatan puasa. Beliau turut menegaskan di dalam bukunya yang bertajuk ‘Natural Heal’ bahawa puasa adalah satu ubat yang paling mujarab untuk mengembalikan kesihatan kepada orang yang sakit.

Jadinya, apa pula alasan seorang muslim yang sihat tubuh badan untuk tidak berpuasa???

Allahu Ta'ala A'lam

No comments: