11 July 2014

Refleksi Ramadhan hari 13

Salam Ramadhan...

sedar tak sedar, hari nie dah pun masuk hari ke-13 kita berpuasa
begitulah cepatnya masa berlalu dan umur kehidupan kita semakin mendekatkan kita kepada satu alam yang lain...

Rasulullah s.a.w bersabda :
“Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala daripada Allah, dosanya yang telah lalu telah diampuni (oleh Allah)”
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Iman – no: 38)
Imej
(Kredit gambar dari http://www.amanpalestin.net/)

Dan sudah hari ke-13, Gaza diserang lagi oleh Zionis dan yahudi. Dan yang sentiasa melaung-laungkan "humanity" hanya mendiamkan diri. Negara-negara Arab apatah lagi....

Apa pula peranan kita di dalam membela nasib mereka yang seagama dengan kita? Allahu Allahu Allahu...
Mereka di sana berjuang untuk mati syahid, kehidupan mereka ditemani aluan bom dan meriam silih berganti, manakala anak-anak kita di sini pula sibuk membakar mercun samada yang dibeli atau buatan sendiri. Saban malam kedengaran bunyi dentuman. Cuma bezanya, dentuman di sini sangat-sangat berbeza dengan dentuman di Gaza. Di sini dentuman demi dentuman seumpama anak-anak membakar wang ibu bapa mereka dan hasilnya hanya 0. Manakala, dentuman di Gaza sekiranya mereka syahid, hasilnya InsyaALLAH ke syurga.

Sedarlah wahai diri kita...beruntungnya mereka di Gaza. Jihad, Syahid berada di hadapan mata. Manakala kita di Malaysia, belum tentu lagi syahid nya.

Nabi s.a.w bersabda dalam hadis yang sangat popular :-
Erti : Sesiapa yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mencegah dengan tangannya, barangsiapa yang tidak mampu, cegahlah dengan lisannya (perkataan dan tulisan), barangsiapa yang tidak mampu, cegahlah dengan hatinya (iaitu dengan rasa benci)"

Allahu Allahu Allahu. Marilah kita insafi diri, marilah kita sama-sama berdoa agar kita dan mereka di beri kekuatan untuk berjihad dan mengejar syahid serta syurga Allah swt. Mereka di sana lebih kuat dari kita di sini. Dan kita pula, sering dilekakan dan dialpakan dengan dunia. Berdoalah dan menyumbanglah dengan apa yang kita ada, kiranya kita tiada pilihan untuk berperang dan jihad mengangkat senjata seperti saudara-saudara kita di Palestine.

Usaha kita pula, pilihlah:
  1. Dengan berdoa - bacalah doa qunut Nazilah setiap kalli solat dan bila-bila masa sahaja. 
  2. Berdoalah di setiap sujud di dalam solat kita dan di waktu-waktu doa yang maqbul
  3. Bantulah dengan harta jika kita berkemampuan
  4. Bantulah dengan tenaga dan diri sendiri sekiranya kita berupaya untuk sama-sama berperang, menghantar bantuan kemanusian dan sebagainya secara fizikal.
  5. Solat hajat - lakukanlah banyak solat hajat dan berdoalah dengan banyak di bulan Ramadhan ini
  6. Dengan apa jua cara yang sesuai dengan kemampuan kita samada menulis, boikot produk Zionis dan sebagainya.

اللّهمّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُورِ أَعْدَائِنَا ، ونَعُوذُ بِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ
اللّهمّ مُنْزِلَ الكِتَابِ، وَمُجْرِيَ السَّحَابِ، وَهَازِمَ الأَحْزَابِ، اِهْزِمْ اليَهُودَ الغَاصِبِيْنَ المحُتَلِّيْنَ، وَانْصُرْناَ عَلَيْهِمْ وَزَلْزِلْهُم. اللّهُمّ بَدِّدْ شَمْلَهُم وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، و شَتِّتْ كَلِمَتَهُم , خَالِفْ بَيْنَ قُلُوبِهِم، ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُم , وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْباً مِنْ كِلاَبِكَ يا قهار , يا جبار و يا مُنْتَقِمَ , اللهم أَنْزِلِ بِهِم بَأْسَكَ الَّذِيْ لايُرَدُّ عَنِ القَوْمِ المُجْرِمِين.

Erti :
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami menjadikan-Mu sebagai pendinding (kepada musuh2) kami, dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka.

Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan yang menurunkan al-Kitab (al-Quran), dan wahai yang menjalankan awan, dan wahai yang menghancurkan tentera al-Ahzab, hancurkanlah Yahudi perampas dan penjajah dan bantulah kami ke atas mereka dan goyankanlah mereka.

Wahai Tuhan kami, binasakanlah kesempurnaan mereka, dan pecah-belahkanlah jemaah/kesatuan mereka, dan gagapkanlah perkataan mereka (melalutkan kereka), pecah belahkanlah hati-hati mereka, goyahkanlah pendirian mereka, dan hantarkanlah anjing ke atas mereka dari anjing-anjing suruhanMu, wahai Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Maha Berani, wahai Tuhan Yang Maha Berdendam, wahai Allah tuhan kami, turunkanlah ke atas mereka kemarahan dan kesakitan dariMu yang tidak mampu ditolak oleh kaum yang berdosa. 

اللهم اُنْصُرِ المُسْلِمِيْنَ وَالمُجَاهِدِينَ عَلىْ اليَهُود..اللّهم انْصُرْناَ عَلَيْهِم فِي كُلِّ مَكَانٍ..اللّهمّ أَرِناَ فِيْهِمْ عَجَائِبَ قُدْرَتِكَ .. اللّهمّ أًحْصِهِمْ عَدَداً وَاقْتُلْهُمْ بَدَداً وَلاَ تُغَادِرْ مِنْهُمْ أَحَداً..اللّهمّ اجْعَلْهُمْ غَنِيْمَةً لِلْمُسْلِمِيْن..اللّهمّ اجْعَلْ سِلاَحَهُمْ فِي صُدُوْرِهِمْ وَكَيْدَهِمْ فِي نُحُورِهِمْ وَتَدْبِيْرَهِمْ تَدْمِيْراً لهَمُ , اللّهمّ اْجْعَلْ الملائكةَ تُعِيْنُ المسلمين ..اللّهمّ سَدِّدْ رَمْيَهُمْ .. اللّهمّ سَدِّدْ رَصَاصَهُمْ

Erti : Ya Allah, bantulah muslimin dan pejuang Islam dalam petempurannya dengan Yahudi, Ya Allah bantulah kami untuk mengalahkan mereka di mana-mana sahaja, Ya Allah tunjukkanlah kepada mereka keajaiban kuasaMu, Ya Allah jadikanlah mereka boleh dibilang, dan bunuhlah mereka sebinasanya, dan janganlah engkau lepaskan mereka walau seorang. Ya Allah jadikanlah senjata dan harta mereka sebagai harta rampasan di tangan kaum Muslim, Ya Allah jadikanlah senjata mereka mengenai dada mereka sendiri, dan helah mereka mengenai tengkuk mereka, dan perancangan mereka penghancur mereka sendiri, Ya Allah jadikanlah para Malaikat membantu kaum Muslimin, Ya Allah tepatkanlah tembakan dan lontaran mereka

(dipetik dari http://zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/789-palestin-cuba-di-jajah-bantuan-kita-a-qunut.html)

Mudah-mudahan usaha kita yang sangat kecil ini diberkati dan diterima Allah SWT. Semoga Allah SWT menurunkan tentera-tentera-Nya dan membantu rakyat Palestine di dalam memperjuangkan Islam. Semoga kita semua diberik kekuatan yang sama dari dekat dan jauh. Semoga Allah SWT mengampuni dosa-dosa kita, hambaNya yang tidak berupaya ini. :(

Allahul Musta'aan

No comments: