Wednesday, July 2, 2014

Projek Ramadhan Mubaarak 1435H - TRIP AMAL ACHEH, RAMADHAN 2014

TRIP AMAL ACHEH, RAMADHAN 2014

LATAR BELAKANG
Trip Amal Acheh 2014 adalah hasil dari idea dan inisatif trip amal yang dianjurkan oleh Team Tiket Murah. Trip Amal kali ini merupakan trip amal kali ke 5 selepas Trip Amal Padang pada tahun 2011, Trip Amal Acheh 2012, Trip Amal Padang 2013 dan Trip Amal Acheh 2013.

OBJEKTIF
Trip Amal ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada para peserta merasai nikmat berpuasa dan menyampaikan sumbangan kepada golongan yang miskin dan anak yatim di tempat tempat yang dilawati. Pemilihan Padang dan Acheh di Indonesia adalah kerana signifikan tempat tempat tersebut dengan bencana Thsunami dan gempa bumi yang pernah berlaku pada tahun 2006 dan 2009 dahulu.

PESERTA
Peserta Trip Amal ini hampir 90% merupakan peserta baru. Dan mereka terdiri dari berbagai latarbelakang dan asal usul. Dan para peserta dipilih dengan penyertaan awal. Peserta trip Amal sebelum ini adalah seperti berikut :

i) Trip Amal Padang 2011 – 3 org
ii) Trip Amal Acheh 2012 – 12 org
iii) Trip Amal Padang 2013 – 22 org
iv) Trip Amal Acheh 2013 – 18 org
v) Trip Amal Acheh 2014 – 40 org

TARIKH
Pada tahun ini, 2014 kami akan mengadakannya pada 18 hingga 20 Julai 2014 (Jumaat hingga Ahad)

SUMBANGAN
Setiap peserta digalakkan untuk mencari dana / wang dari rakan taulan, saudara mara atau jiran tetangga serta siapa sahaja yang dirasakan boleh menyumbang sumbangan berbentuk kewangan. Ia akan dikumpulkan dari semua peserta dan akan diagihkan kepada rumah anak anak yatim atau keluarga miskin di tempat tempat yang bakal dilawati.

Sumbangan yang telah kita terima dan agihkan pada misi trip Amal sebelum ini adalah seperti berikut :
vi) Trip Amal Padang 2011 – RM3,500
vii) Trip Amal Acheh 2012 – RM16,800
viii) Trip Amal Padang 2013 – RM5,600
ix) Trip Amal Acheh 2013 – RM4,500
x) Trip Amal Acheh 2014 – 40 org

Rumah Anak Anak Yatim yang bakal dilawati pada tahun 2014 :
1) Pondok Yatim PKPU Putra
2) Pondok Yatim Dayah Nurul Huda
3) Pondok Yatim Catrina 
4) Dan beberapa lagi pondok Yatim yang lain.

Sumbangan juga boleh disalurkan kepada akaun berikut : 
Sebarang pertanyaan, boleh hubungi En. Zairi Suboh selaku penyelaras program Trip Amal Acheh 2014 ditalian 014 - 2305654 
Semoga Allah memudahkan segala urusan trip amal kali ini dan semoga Allah memberkati dan gandakan rezeki semua penyumbang, peserta dan mereka yang menjayakan trip Amal Acheh 2014 ini InsyaAllah.

InsyaAllah, tahun ini saya bakal mengikuti trip amal ini. Semoga dipermudahkan Allah SWT bagi kami semua. Allahul Musta'aan
Post a Comment

Most Popular