30 June 2014

Refleksi Ramadhan : Hari 2

Surat Al-Baqarah [2:220]

فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۗ وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الْيَتَامَىٰ ۖ قُلْ إِصْلَاحٌ لَهُمْ خَيْرٌ ۖ وَإِنْ تُخَالِطُوهُمْ فَإِخْوَانُكُمْ ۚ وَاللَّهُ يَعْلَمُ الْمُفْسِدَ مِنَ الْمُصْلِحِ ۚ وَلَوْ شَاءَ اللَّهُ لَأَعْنَتَكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

fii alddunyaa waal-aakhirati wayas-aluunaka ‘ani alyataamaa qul ishlaahun lahum khayrun wa-in tukhaalithuuhum fa-ikhwaanukum waallaahu ya’lamu almufsida mina almushlihi walaw syaa-a allaahu la-a’natakum inna allaaha ‘aziizun hakiimun

"Tentang dunia dan akhirat. Dan mereka bertanya kepadamu tentang anak yatim, katakalah: “Mengurus urusan mereka secara patut adalah baik, dan jika kamu bergaul dengan mereka, maka mereka adalah saudaramu; dan Allah mengetahui siapa yang membuat kerusakan dari yang mengadakan perbaikan. Dan jikalau Allah menghendaki, niscaya Dia dapat mendatangkan kesulitan kepadamu. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."

Beratnya tanggungjawab menguruskan harta anak-anak yatim. Anak-anak yatim perlu dipelihara dengan baik, keselamatan dan ketenteraman terjaga dan jangan sampai penjaga menganiaya mereka. Bilamana seorang penjaga menjaga dengan baik, itu adalah kebaikan buat mereka. Mengenai perkara yang berkaitan dengan niat seseorang dan apa yang disimpan di dalam hatinya, hanya Allah sahaja yang tahu.

Jika anak-anak yatim perlu dipelihara dengan baik oleh penjaganya, apatah lagi anak sendiri. Semoga ibu-ibu dan bapa-bapa cemerlang di dalam mendidik anak masing-masing yang merupakan amanah besar dari Allah SWT untuk yang bergelar ibu bapa.

Allahu ta'ala A'lam.

No comments: