31 May 2014

The Mysterious Mount Kinabalu - Part 2

1am - terjaga lagi. Solat hajat dahulu agar perjalanan dipermudahkan dan cuaca yang baik menyebelahi kami untuk membolehkan kami menikmati pemandangan luar biasa di puncak.

130am - bersiap2 dan makan supper. Menu supper pun ada pelbagai. Tapi mampu makan roti, bubur dan makanan yang ringan2 sahaja.
230pm - kami mulakan perjalanan ke puncak dengan doa. Jauhnya perjalanan naik ke puncak adalah 2km.
Kumpulan2 yang lain jua turut memulakan perjalanan masing2. Cuaca amat sejuk pada ketika itu. Nasib baik ade yang meminjamkan baju sejuk yang tebal. Kalau tak Memang terpaksa pakai baju sejuk yang nipis yang dipinjamkan dari member. Dengan keadaan yang gelap, perjalanan kami hanya ditemani dengan lampu kepala (headlamp). Trekking di dalam gelap memberi peluang minda saya untuk "go ahead" ataupun redah sahaja dan teruskan melangkah. Sepanjang perjalanan yang gelap, sangat sejuk dan menaik serta kadang2 mencanak, fikiran tidak dapat berfungsi dengan waras. Sekejap2 dan setiap 10 hingga 15 langkah kaki, saya berhenti sekejap untuk mengatur nafas. Hanya semangat kental menemani perjalanan saya. Kadang2 terasa untuk berhenti sahaja. Namun, berkat doa, dorongan dan semangat dari sweeper2 agung menyelamatkan saya dari putus asa. Sepanjang perjalanan, rasanya tidak dapat saya mengira berapa ramai yang sudah memotong dan melepasi saya. Seorang demi seorang pendaki memotong kami. Perjalanan dirasakan sangat panjang dan memenatkan.

430am - Sehinggalah kami tiba di Pondok Sayat-sayat pada jam 430am. Di pondok sayat-sayat kami mendaftar sebelum meneruskan perjalanan ke puncak. Berehat sebentar di pondok sayat2, kedengaran suara azan subuh dari corong telefon bimbit. Kami teruskan sedikit lagi perjalanan menaik sebelum menemui tempat yang sesuai untuk solat subuh. Pendakian dengan menggunakan tali memang amat memenatkan, lebih2 lagi sepanjang2 perjalanan dari pondok tersebut. Selepas lebih setengah jam mendaki barulah kami menemui tempat yang agak landai untuk solat. Jam menunjukkan sekitar 540am, kami teruskan pendakian ditemani taburan bintang di langit. MasyaAllah...sangat indah ciptaan Allah swt. Angin yang kuat mula bertiup menyapa muka2 kami. Kedinginan mula mencengkam jari2 tangan walaupun memakai sarung tangan. Dalam cuaca yang sangat sejuk ini, dan di ketinggian lebih 3000 meter, pernafasan mula menyingkat dan kebarangkalian diserang AMS juga tinggi. Setiap langkah yang dibuat memerlukan aturan nafas yang teliti dan berhati2. Langkah juga semakin pendek dan singkat. Sekejap2 saya berhenti, untuk mengatur pernafasan.
Sekitar jam 615am, akhirnya kami sampai jua di kilometer 8. Hari semakin terang, matahari terbit di sebalik puncak sangat indah. MasyaAllah. 
Tiada kata yang dapat membayangkan betapa saya kagum dengan keindahan di sekitarnya. Puncak2 gunung Kinabalu tersergam indah dan gagah serta cuaca yang sangat indah menemani pendakian kami. 
Pada jarak 8km saya hampir berputus asa dan ingin berhenti sahaja disitu. Puncak Kinabalu sayup2 kelihatan sekitar 200meter sahaja lagi, namun perjalanan yang landai dan menaik itu sangat "psycho". 
Guide kami memaklumkan lebih kurang 45minit lagi untuk sampai ke puncak. Hanya semangat dan dorongan dari sweeper2 membuatkan kaki saya terus melangkah. "Sikit lagi nak sampai...sikit lagi tu. Sikit je lagi. Dalam 5min je lagi. Dah nampak dah puncak tu. Takkan tengok je. Rugi dah trekking jauh2 tapi tak sampai puncak. Jalan slow2 takpe asalkan terus melangkah" adalah ayat2 yang biasa, tetapi kesannya dan motivasinya amat besar menyentuh hati dan perasaan untuk sampai ke puncak. Bila melihat puncak low's peak yang tinggi itu, perasaan yang amat penat berkata2..."cukuplah sampai di km8 je. Inipun dah kira puncak dah ni ", namun...bila melihat pendaki yang lain berjalan menuju puncak, semangat yang satu lagi mula berkata, "rugiiii nya x sampai puncak! Teruskan berjalan dan mendaki walaupun perlahan!". Makanya saya teruskan pendakian dengan sweeper2 agung.

Lebih kurang jam 715am, saya tiba di Low's Peak Gunung Kinabalu. Alhamdulillah...setibanya di puncak, terus sujud syukur. Yang lain telah lama tiba di puncak dan mereka langsung tidak bergerak turun semata2 menunggu kami yang paling akhir tiba di puncak. Selepas bergambar dan merakamkan video ucapan selamat hari raya, kami mula bergerak turun semula ke Laban rata sekitar 730am.
Perjalanan turun agak santai, pemandangan seluas luasnya. Boleh lari-lari lagi, boleh main bola lagi. Matahari memancar dengan terang dan hari mulai panas. Masing2 dari kami mula membuka baju sejuk. Badan mula terasa panas. 
Nikmatnya tidak terhingga bila angin yang sejuk menyapa muka dan masa yang sama matahari memberi kepanasan yang nyaman kepada kami. 
Perjalanan turun dari low's peak ke pondok sayat2 mengambil masa setengah jam. 
Bila saya menyingkap kembali pendakian menuju puncak, ianya suatu yamg mengkagumkan. 
Pendakian landai dan penuh emosi berakhir dengan pengalaman yang sangat tidak ternilai dan mengujakan...
Nampak dekat...nampak senang...tapiiiii......
Dari pondok sayat-sayat kami mula mempercepatkan langkah memandangkan kami perlu sampai ke Laban Rata sebelum jam 1030am. Minum pagi aka makan tengahari akan berakhir 1030am, begitu juga dengan checkout bilik hostel.
Sepanjang perjalanan turun barulah saya melihat keadaan sebenar persekitaran treking kami. Begini rupanya bila terang dan nampak segalanya. Keadaan curam dan bertali, sesekali landai tetapi trekingnya ditepi ceruman. Boleh kelihatan Kundasang dan kawasan sekitarnya dari puncak dan persekitarannnya.
Di KM6.5 pada ketinggian 3426m.
Memang ada hikmahnya kami mendaki dalam keadaan yang gelap. Minda kami hanya mengikuti cahaya lampu di kepala sahaja tanpa mengetahui keadaan sekeliling kami.

Perjalanan menuruni tangga dan ceruman sekali sekala menyakitkan lutut dan kaki. Kami teruskan jua untuk mengejar waktu. Dalam masa yang sama, kami masih lagi mampu berfoto dan mengambil gambar pemandangan yang sangat menakjubkan. Indahnya syurga dunia yang diciptakan Allah swt ini. Jika keindahan begini sudah memukau mata kita, bagaimana agaknya reaksi ahli2 syurga apabila melihat pemandangan di dalam syurga. Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar!
Treking menurun selama lebih 2jam,akhirnya kami tiba di Laban Rata pada jam 10am. Makan2 dulu dan selepas itu terus packing dan berkemas untuk treking turun ke Timpohon Gate. Masing2 dah penat...tetapi...perjalanan baru selesai separuh. Kami perlu meneruskan dan menamatkan perjalanan ini sehingga ke Kinabalu Park. Bila mengenangkan perjalanan mendaki dari Timpohon Gate ke Laban Rata semalamnya...hati kene cekal. Jika tidak, kaki keberatan untuk melangkah. Jam 1050am kami mulakan perjalanan turun dalam keadaan hujan renyai-renyai.
Perjalanan turun sangat laju berbanding dengan mendaki. Sekali sekala sweeper jauh ke belakang. Adik-adik yang lain berlari laju turun meninggalkan kami yang senior-senior ini.

Jarak perjalanan turun sejauh 6km. Sepanjang perjalanan hujan dan sejuk. Kami teruskan jua perjalanan disamping memanaskan badan kami di dalam hujan, kerna apabila seseorang pendaki berhenti, kesejukan akan mula terasa dan mencengkam tulang belulang.

Kami sampai di pondok layang-layang pada jam 1230pm. Dan di sini, ramai pendaki berhenti untuk makan tengahari dari bekalan yang dibawa. Saya berehat sebentar untuk melepaskan lelah sementara menunggu yang lain tiba. Kebanyakan sepanjang perjalanan turun tersebut saya berseorangan...bahaya sebenarnya!

Perjalanan diteruskan...melalui Yellow pass - simpang trek mesilau-timpohon dan rehat sebentar di dalam hujan renyai2. Beberapa pendaki yang turun melepasi saya sementara saya menunggu yang lain. Ambil gambar sebagai tanda kenangan dan kemudiannya meneruskan perjalanan. Bermula dari yellow pass sehinggalah ke Mempening dan seterusnya ke Timpohon Gate, cuaca berkabus. Sekali sekala saya mendengar derapan tapak kaki. Namun, apabila saya menoleh tiada sesiapa pun di belakang. Saya mula mengetepikan diri. Mungkin ada yang tidak kelihatan berkongsi laluan yang sama.

Apabila kelihatan pendaki di hadapan dan belakang, derapan tapak kaki tersebut tidak kedengaran dan seterusnyalah sepanjang perjalanan. Sesekali kelihatan tour guide melepasi saya dan porter membawa muatan berat untuk dihantar ke Laban Rata. Porter kinabalu kebanyakan, kuatnya seperti badang walaupun fizikalnya kecil. Mereka mampu membawa muatan berat sehingga 60kg. Pernah jua terserempak dengan porter yang agak berusia dan membawa bebanan berupa kayu panjang seberat 40kg. Saya hanya mampu mengkagumi dalam diam bagaimana seorang yang lebih berusia dan lebih kecil dari saya mampu membawa bebanan tersebut dari Timpohon Gate ke Laban Rata. Kadang-kadang terfikir jua...mereka ini orang ataupun bukan. Memang tabik spring dengan badang-badang Kinabalu ini

1km yang terakhir amatlah memenatkan dan dirasakan perjalanan sangat panjang. Ada di antara kami sudah mula memperlahankan langkah kerana kecederaan. Saya juga mula memperlahankan langkah memandangkan betis telah mula kejang. Hujan sesekali lebat dan membasahi kami. Dapat mandi air terjun sejuk ni sedap ni...
Kami hanya mula berasa lega apabila melalui Carson Fall. Lebih kurang 500meter lagi ke Timpohon Gate. 500m yang terasa sangat perlahan...dan sepanjang2 perjalanan dihidangkan dengan tangga...aduhhh.
Salah seorang porter di Gunung Kinabalu. Bebanan yang dibawa boleh menjangkau 60kg. Sepanjang perjalanan samada naik atau turun, saya amat kagum dengan mereka. Ada yang pernah saya jumpa di sini, seorang makcik yang berumur 55kg dan membawa bebanan seberat 15kg untuk di bawa naik ke Laban Rata. Semasa turun dari Laban Rata pula, terserempak dengan seorang pakcik yang membawa kayu panjang naik ke atas seberat 40kg dalam hujan...memang tabik hormat dengan porter2 dan guide gunung Kinabalu ni. Mereka inilah Badang Malaysia yang sebenar. Mencari rezeki dengan usaha dan kudrat yang sedia ada.
340pm...akhirnya...selepas treking hampir 5jam,kami akhirnya sampai di Timpohon Gate. Alhamdulillah!.
Setibanya di Timpohon Gate...hujan renyai2 masih membasahi bumi. Walaupun berbajukan baju hujan, baju dibasahi juga dengan air hujan dan peluh. Rehat sebentar di pondok sebelum meneruskan perjalanan ke Kinabalu Park. Dari Timpohon Gate ke Kinabalu Park jaraknya lebih kurang 5km dan pendaki2 amatlah bernasib baik kerana disediakan pengangkutan ke Kimabalu Park. Kalau dipaksa berjalan, nampaknya kene tambah sekurang-kurangnya mungkin sejam lebih lagi la perjalanannya.
Setibanya di Kinabalu Park, walaupun sejuk...terpaksa jugak mandi untuk bersihkan diri dan solat. Kasut treking yang sangat2 berjasa terpaksa dikorbankan kerana telah hampir tamat riwayatnya. Tinggallah kasut getah tersebut di Kinabalu Park. Jam 430pm, van sudah sedia menunggu kami untuk menuju ke tempat bermalam kami yang terakhir di Kota Kinabalu. Sepanjang perjalanan turun, Gunung Kinabalu yang misteri itu kelihatan sangat gah dan luarbiasa cantik dari kejauhan. Air terjun Gunung Kinabalu kelihatan seperti helaian-helaian panjang janggut putih seorang tua. Beberapa barang kepunyaan saya tercicir di Kinabalu dan ada juga yang terpaksa ditinggalkan di Kinabalu. Kinabalu yang luarbiasa indah, hanya hati yang cekal dan rendah diri sahaja yang mampu untuk mencapai puncaknya. Sungguh!...kinabalu yang misteri ini seakan memanggil saya untuk datang lagi...insyaAllah, trip kedua, harapnya saya akan lebih bersedia!

I think I mainly climb mountains because I get a great deal of enjoyment out of it. I never attempt to analyze these things too thoroughly, but I think that all mountaineers do get a great deal of satisfaction out of overcoming some challenge which they think is very difficult for them, or which perhaps may be a little dangerous.

No comments: