Sunday, April 13, 2014

Travellingbie : KL-Jakarta-Bandung-KL Mac 2014 ~ Day 2

Hari ke-2 kami di Jakarta.
Kali ini misi mencari Magnum Cafe dan ke Thamrin City.
Seawal pagi sarapan kami di Hotel sahaja dengan menu lokal. Selepas sarapan dan bersiap kami keluar dari kawasan hotel menuju ke jalan besar. Tak malu-malu bertanyakan bagaimana mahu ke Thamrin City. Setelah mendapat petunjuk jalan, makanya kami teruskan perjalanan dengan:
1) Bas mini Rp3k;
2) Busway dari Mangga Dua ke  Tosari Rp3.5k

Akhirnya sampai di Tosari kami berjalan menuju ke Plaza Grand Indonsia. Di atas jambatan menghubungi ke sebarang jalan, saya membeli topeng kain (mask) memandangkan cuaca di Jakarta tidak berapa nak sehat. Kos 3 topeng kain tersebut = Rp10k.

Hari ini hari ahad dan sepanjang jalan tersebut dari Monas ke Sekitar Tamrin merupakan hari Car Free Day dari jam 7pagi sehingga jam 11 pagi. Masa inilah, kita akan melihat tiada kesesakan lalu lintas di sepanjang jalan. Sungguh de-stress melihat warga berlari, beriadah, bersukan dan berhibur di sepanjang jalan. Ramai juga yang mengambil kesempatan untuk berniaga dan memang lumayan juga berniaga pada hari Ahad di kawasan sekitar Tamrin City. Kami mengambil kesempatan untuk bergambar dan mengambil gambar sekeliling kawasan, sambil menikmati air nyiur. Kos Rp5k seorang.

Setelah hampir sejam berlegar-legar bersama warga Jakarta yang lain menikmati masa Car Free Day, hampir jam 11 pagi, kereta sudah mula menerpa laju memenuhi jalan-jalan tersebut dan bermulalah kemacetan pada hari tersebut. Kami pula teruskan perjalanan ke Plaza Indonesia, mencari-cari Magnum Cafe. Memasuki Plaza Grand Indonesia seumpama memasuk pejabat Petronas Twin Tower. Sebelum memasuki plaza tersebut, beg di imbas terlebih dahulu. Mungkin juga dikhuatiri ada senjata berbahaya. Memasuki ruang legar plaza berkenaan seumpama memasuk Pavillion. Sangat mewah dan jauh dari realiti hidup di luar. Pengunjung-pengunjungnya memakai pakaian, beg dan kasut berjenama. Saya pula hanya memakai bagpack, baju sukan dan kasut sukan. Magnum Cafe berada di tingkat 6 West Side Plaza Indonesia.

Setibanya di Magnum Cafe, masing-masing teruja terutama sekali yang sorang lagi tu. Memang hajat hatinya nak makan di Magnum Cafe. Saya pula, asalnya tidak tahu keistimewaan Magnum Cafe ini...makanya kurang teruja bila hendak ke destinasi tersebut. Sebaik sahaja tiba di tingkat 6...oooooo, rupa-rupanya inilah Magnum Cafe. The One and only Magnum Cafe yang ada di Indonesia. Malaysia pun belum ada lagi Magnum Cafe ini. Penuhhh dengan aiskerim dan memang mengujakan lebih-lebih lagi aiskerim coklat. Hehehhee...feveret tuuuuu




Sehari di Magnum Cafe - menjadikan kami de-stress setelah seharian semalam perjalanan yang pernuh stress. Suasana di luar dan dalam cafe juga menjadi penyebab kepada perasaan de-stress kami. Sangat relaxing dan menggembirakan. Lupa sekejap hal-hal macet di luar sana. Melihatkan menu-menu yang disediakan sudah mencukupi untuk menjadikan hari kami stress free. Lama juga kami meluangkan masa di dalam cafe tersebut, sambil menikmati juadah yang dihidangkan penuh dengan aiskerim. Kos makan kami tidak sampai Rp300k. Saya pula membayar Rp150k. Di Magnum Cafe ini, juga dijual barang-barang cenderahati seperti T-Shirt, Landyard dan lain-lain. Konsepnya seumpama Hard Rock Cafe. Kos membeli cenderamata dari Magnum Cafe = T-Shirt Rp119k dan 2 Landyard Magnum Cafe Rp78k. Keluar dari Magnum Cafe sekitar awal petang, kami berpuas hati dengan juadah yang disediakan cumanya aiskerim perisa coklat sudah awal-awal lagi kehabisan. Tak dapat lagi nak merasa juadah berupa menu coklat pada kali ini. InsyaAllah, diizinkan...akan kembali semula ke sini nanti. Sebelum beredar dari Magnum Cafe, kami memotretkan diri di hadapan pintu depan dan sekitar cafe. Rupa-rupanya, ramai pengunjung yang sedang menunggu di luar untuk memasuki cafe tersebut. Kami bernasib baik kerana datang awal pagi untuk menikmati juadah di sana tanpa sebarang gangguan.


Keluar dari Magnum Cafe kami menuju pula ke Musolla. Musolla di Plaza Grand Indonesia ini memang boleh dipuji dan dijadikan contoh kepada Pusat Membeli Belah mewah di Malaysia. Suasananya sangat bersih dan dijaga. Terdapat seorang penjaga yang menjaga tempat kasut dan telekong. Sekiranya pengunjung musolla tidak membawa telekong masing-masing, penjaga tersebut akan meminjamkan telekong musolla untuk kemudahan awam. Tempat mengambil air wudhu' juga sangat bersih. Penjaga musolla akan memastikan lantai tidak basah dan sentiasa mengelap lantai musolla bagi memastikan kebersihannya. Saya sangat-sangat kagum dengan keadaan yang sedemikian. Di awal waktunya, musolla dipenuhi dengan pengunjung dan solat jemaah dipraktikkan di sini. Sejuk hati apabila memasuki musolla yang sedemikian rupa.

Selesai solat, kami teruskan perjalanan ke Thamrin City yang berada berdekatan dengan Plaza Indonesia. Thamrin City merupakan pusat/gedung membeli belah yang menampilkan fesyen-fesyen terkini negara Garuda ini. Kalau nak cari baju atau kerudung terkini bolehlah ke sini. Thamrin city ini juga disambungkan dengan beberapa hotel untuk memudahkan pengunjung membeli belah. Kami pula terus ke tingkat 5 - bahagian kerudung-kerudung, shawl dan tudung-tudung. Tak ada niat pun nak membelli belah di sini apatah lagi di Jakarta. Memandangkan hari kami berkunjung adalah hari Ahad dan gedung tersebut di tutup lebih awal sekitar jam 5pm, makanya, kunjungan kami ke sini hanya sekejap sahaja. Cukup untuk membeli shawl2 panjang, 1 blouse dan t-shirt sebagai cenderamata.

Keluar dari Thamrin City, kami kembali semula ke Plaza Indonesia untuk solat. Kebetulan pula masuk waktu dan begitu ramai pengunjung yang memasuki musolla. Solat jemaah diadakan silih berganti dan ini menimbulkan rasa cemburu saya memandangkan musolla di negara saya jarang sekali solat jemaah di musolla silih berganti. Selesai solat, kami ke Restoran Padang untuk makan malam. Selera Padang ada pelbagai tetapi lauknya tidak panas. Kalau panas lebih lagi menyelerakan dan sedap. Kos makan kami di Selera Padang ini sekitar Rp92k untuk 2 orang. Dari restoran tersebut, kami mengambil keputusan untuk menaiki Bajai ke masjid Istiqlal dengan kos Rp25k, itupun setelah berlakunya tawar menawar. Menariknya menaiki bajai di malam hari, pemandunya membawa kami menyusuri jalan-jalan yang jarang dilalui oleh kereta biasa dan menunjukkan suasana malam minggu di Jakarta. Ada kecut perut sedikit memandangkan hanya kami berdua sahaja, Alhamdulillah..semuanya selamat. Suasana Jakarta di malam harinya meriah dengan kedai-kedai makan di buka sehingga pagi. Mas supir membawa kami melalui tempat-tempat  makan yang meriah dan selalu dikunjungi oleh pengunjung2 samada dari luar atau dalam Jakarta. Tiba di Masjid Istiqlal, kami turun dan niat untuk memasuki masjid terbantut memandangkan masjid telah ditutup. Heran jugak yang ada di sekitar masjid melihat kami memasuki masjid sekitar jam 9 malam. Di hadapan masjid Istiqlal pula, terdapat sebuah gereja yang tersergam indah. Kami dimaklumkan bahawa pengunjung yang mengunjungi gereja tersebut boleh sahaja meletak kenderaan mereka di dalam masjid dan sebalikya.Lebih kurang 15 minit melihat dan menikmati keindahan masjid Istiqlal dari luar, saya memasang azam untuk kembali ke jakarta dan kali ini, masuk ke dalam masjid dan solat di dalamnya. Jam 930pm kami keluar masjid dan keadaan semakin sunyi. Hanya ada kelihatan beberapa orang lokal yang masih berniaga dan ada yang mula melangkahkan kaki mereka pulang ke rumah dengan membawa barang-barang yang diniagakan. Di luar masjid hanya ada Bajai, setelah berlaku tawar menawar, mas beca berkenaan sanggup menghantar kami ke hotel dengan kadar Rp25k. Sekali lagi kami menikmati suasana malam Jakarta di dalam bajai :). Sekitar Mangga Dua masih lagi meriah dan keadaan macet sedikit. Tiba di luar perkarangan pagar kawasan Harco Mangga Dua, ianya mengambil masa lebih kurang 5minit untuk tiba di lobi hotel. Kami singgah sebentar di kedai mart untuk membeli keperluan dengan kos Rp40k. Hmmmm,,,tak ingat pulak ape la yang dibeli sampai kene bayar banyak tu.

Berakhirlah pemgembaraan kami hari minggu dan keesokannya kami akan menaiki keretapi pula ke Bandung. Overall, Magnum Cafe overules, menghilangkan segala stress di hati, minda, jiwa dan fizikal. Sekiranya anda datang ke Jakarta, jangan lupa ke Magnum Cafe di Aras 5, West Grand Plaza Indonesia dan juga ke Thamrin City. berpinar-pinar mata tengok baju-baju dengan fesyen terkini.
Post a Comment

Most Popular