18 June 2012

Travellingbie : Warna warni Bandung

Travel Modenya - Backpacking.

Bermalam di hotel kecil di tengah kota. 
Pengangkutan utama kami = Angkutan Kota. 
Makan = di Pasar Baru, Jalan Dago dan Bandung Indah Plaza.
Kos penginapan = IDR600 ribu 2 malam bg 2 orang. 
Kos Pengangkutan Angkutan Kota = kurang IDR100 ribu.
Kos Makan = Kurang IDR200 ribu. 
Rupiah yang selebihnya dibelanjakan di Pasar Baru, Factory Outlet Jalan Dago, Rumah Mode :-). 
Bandung Airport Tax = IDR75k,
Taxi ke airport, lebih ekonomikal jika menggunakan taxi meter. 
Kos taxi dari airport ke Hotel IDR40k. Kos taxi meter dari hotel ke Airport Bandung IDR20k.
Yang di atas nie panduan berbelanja di dalam Rupiah :-)
Hotel kecil kami = Hotel Patradisa di Jalan Watsukencana. Hotelnya strategik. Nak ke Pasar Baru, Jalan Dago, Cihampelas, Shopping Complex dan Rumah Mode memang lah senang. Kalau nak ke Toko Tiga dan Cibaduyut perlu menaiki 2x Angkutan Kota. Kalau hendak ke Tangkuban Parahu dan Hot Spring rasanya perlu ambil tour.
Jika ada kawan-kawan yang sanggup naik Angkutan Kota untuk berulang alik dari rumah tamu ke Pasar Baru >> belanja di Pasar Baru >> balik ke hotel pun dengan Angkutan Kota dengan barang2 yang dibeli, bolehlah menggunakan kaedah ini...:-)
Angkutan Kota ke Pasar Baru >> tunggu di hadapan Bank Indonesia. Lokasinya dalam 150meter dari hotel ke tempat menunggu Angkutan. Dari Pasar Baru ke hotel >> tunggu di kawasan Angkutan Kota parkir dan naik Angkutan Kota yang hendak ke Dago...yang ini memang betul2 berhenti di hadapan hotel :-) Hari Pertama kami, Angkutan kota yang dinaiki untuk kembali ke hotel melalui jalan yang panjang dan kosnya sekitar IDR3k, lepas tu kene berjalan agak jauh ke hotel. Hari terakhir di sana, baru tahu rupernya ada Angkutan Kota yang betul-betul berhenti di hadapan hotel.

Suasana warna warni di Pasar Baru:
Pasar Baru mempunyai masjid di tingkat 8, memudahkan pengunjung untuk menunaikan solat. Begitu juga memudahkan pekerja-pekerja di Pasar Baru untuk solat.
Untuk ke Dago >> tunggu sahaja Angkutan Kota di hadapan hotel. begitu juga sekiranya hendak ke Cihampelas. Untuk ke Rumah Mode, naik angkutan kota ke Cihampelas dan naik satu lagi Angkutan kota ke Rumah Mode, Jalan Setiabudi. Dari situ boleh terus berjalan ke Cihampelas.
Dari Dago pula, sepanjang Jalan Dago tersebut terdapat begitu banyak Factory Outlet dan kami memasuki hampir setiap factory outlet. Di situ juga terdapat Amanda Brownies dan Gedung Kartika Sari yang terkenal dengan Kek Lapis, Brownies nya. Menyusuri sepanjang Jalan Dago ketika mana cuacanya mendung memang tidak memenatkan dan tanpa sedar, kami telah berjalan rasanya lebih 15KM untuk hari kedua. Jika tidak mengenangkan malam yang semakin menebal, sedikit lagi dari jalan tersebut, kami sebenarnya boleh sampai ke hotel...:-)

Jangan terkejut jika mendapati tempat solat/musholla nya bercampur > tidak diasingkan tempat solat muslim dan muslimah. Walaubagaimanapun, untuk solat tidak menjadi masalah di sana kerana hampir setiap tempat yang kami singgah disediakan musholla. di Factory outlet pun ada :-)

Satu hal yang melucukan, di dalam mencari Beg Coach pesanan dari Malaysia, kami sanggup bertanyakan seorang makcik yang sedang membawa Beg Coach yang sedang berjalan di sisir jalan dan bertanyakan di mana beliau membeli beg tersebut...lucu pun ada, malu pun ada bila mengenangkan kejadian tersebut :-))
Kami tinggalkan Bandung dengan 1001 cherita >> kisah menaiki Angkutan Kota, kami jadi orang yang ringan mulut untuk bertanya-tanya jalan dan destinasi Angkutan Kota tersebut. Kami juga menjadi ringan kaki untuk berjalan dan sememangnya cuaca di Bandung membolehkan kami berjalan lebih jauh dengan cuaca mendung berangin sepoi sepoi bahasa. :-) InsyaAllah, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, kami kembali lagi dengan 1001 cheritera lagi.

Allahu Ta'ala A'lam

08 June 2012

Kematian - Muhasabah buat diri

Siapa sangka, orang yang kita kenal meninggalkan kita @
Siapa sangka, orang yang kita cinta meninggalkan kita @
Siapa sangka, orang yang kita sayang meninggalkan kita @
Siapa sangka, orang yang hidup bersama dengan kita pergi meninggalkan kita @
Siapa sangka, orang yang kita benci meninggalkan kita...
dalam usia yang muda
Siapa sangka yang lebih muda dari kita pergi meninggalkan kita sekelip mata.
Itulah yang terjadi kepada salah seorang sahabat sekerja saya. Isteri beliau pergi buat selama-lamanya meninggalkan beliau dengan 2 cahaya hati yang masih kecil. Di saat mereka memerlukan ummi mereka, ALLAH SWT lebih dahulu memanggilnya. Pemergian yang tidak terduga. Sebab kejadian adalah kemalangan jalan raya. Pun begitu, itulah taqdirnya. Pergi di dalam usia yang masih muda. Al-Fatihah

Sewaktu menziarahi rumah keluarga arwah, begitu ramainya sahabat2 dan keluarga yang datang menziarahi buat kali terakhir. Solat jenazah di buat beberapa kali buat arwah. Begitulah tanda-tanda seseorang disayangi oleh ramai kenalan dan keluarga, sehingga hari terakhir arwah di bumi, ramainya yang datang menjenguk buat kali terakhir. Selamatlah beliau semasa hayat di dunya, tiada apa-apa lagi yang perlu dirisaukan, hanya menunggu penghitungan di akhirat sahaja. ALLAH....bagaimana pula dengan nasib kita yang masih hidup di dunya ini. Saya terasa begitu terkesan dengan kehadiran sahabat-sahabat arwah dan kaum keluarga beliau, arwah nampak begitu disayangi. Walaupun hanya mengenali suami arwah di pejabat, saya percaya arwah seorang yang baik budinya. Saya lebih terkesan melihat rakan sepejabat saya itu, sehingga air mata tanpa sedar menitis melihat beliau. Sungguh! beliau diuji dengan ujian yang besar sewaktu muda dan sekiranya beliau bersabar, amat besarlah ganjaran buat rakan sepejabat saya itu...InsyaALLAH.

MATI...ya, MATI...perkataan yang selalu bermain-main di fikiran saya. Bilakah akan sampainya masa saya. Adakah saya matinya nanti di dalam keadaan husnul khatimah??? Saya sendiri tidak tahu...Hanya ALLAH sahaja yang tahu bila saat kematian saya itu.

"Barangsiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya maka dia syahid, barangsiapa yang mati kerana mempertahankan Agamanya maka dia syahid, barangsiapa yang mati kerana mempertahankan darahnya (nyawanya) dia syahid dan barangsiapa yang mati kerana mempertahankan ahli keluarganya dia syahid."~ Hadith riwayat Ahmad, Abu Daud, at-Tirmizi, an-Nasaa-i: