Monday, April 9, 2012

Kewangan : Anda Melabur di dalam Fixed Deposits? - Bank Rakyat Fixed Deposit

Bank Rakyat menawarkan pelaburan berlandaskan syariah. Berdasarkan maklumat dari pegawai Bank Rakyat, pelaburan Qiradh ini lebih menguntungkan dari simpanan biasa. Yang ini saya memang sedia maklum.

Beliau mencadangkan agar saya membuat pelaburan sebanyak RM50 ribu untuk mendapatkan keuntungan dari pelaburan tersebut sekurang-kurangnya RM450 bagi 3 bulan dan boleh mengambil keuntungan tersebut untuk dibelanjakan atau menambahkan di dalam pelaburan tersebut. Beliau juga mencadangkan agar saya membuat pinjaman peribadi untuk pelaburan....hmmm, saya kurang setuju dengan cara ini. Menambah hutang untuk menambahkan pelaburan. Bagi saya ianya kurang bijak. Bayangkan saya terpaksa membayar hutang sebanyak RM50k + keuntungan bank selama beberapa tahun untuk membuat pelaburan. Sekiranya keuntungan pelaburan saya hanyalah 10% atau kurang, dan kadar keuntungan bank yang perlu saya bayar adalah 4.5%, bukankah keuntungan pelaburan saya sebenarnya hanyalah kurang dari 5%? Secara tidak sedar, bank telah mengambil keuntungan pelaburan saya secara sah.


dan saya hanya tersenyum sahaja mendengar penjelasan panjang lebar dari pegawai bank tersebut...mana la saya ada duit sebanyak itu dan saya tidak sanggup untuk menambah hutang dan komitmen bulanan saya semata-mata pelaburan yang tidak seberapa.

Mungkin cara saya agak kolot berbanding dengan pelabur agressif yang sanggup mendapatkan keuntungan yang cepat. Tetapi saya tidak mahu tidur malam saya terganggu dek disebabkan oleh hutang. :-)

Sekiranya anda mampu, buatlah pelaburan dengan jumlah yang besar kerana keuntungan nya juga besar. Sekiranya anda kurang mampu, anda perlu ukur baju di badan sendiri. Jangan bebankan diri dengan hutang semata-mata ingin membuat pelaburan. :-) dan yang paling penting, pelaburan tersebut wajiblah berlandaskan syariah. Apa guna untung berjuta-juta tetapi duit tersebut tidak diberkati Allah s.w.t. Hidup kaya tetapi hati dan jiwa tidak bahagia. :-)

Saya sertakan bersama maklumat pelaburan dari Bank Rakyat.

AKAUN PELABURAN AM-i QIRADH

Akaun Pelaburan Am-i Qiradh merupakan akaun pelaburan yang mana pelanggan menyediakan modal untuk Bank melabur bagi tempoh tertentu. Bila matang, keuntungan yang diperolehi akan dikongsi di antara Bank dan pelanggan berdasarkan nisbah yang telah dipersetujui bersama.

Konsep
Al-Mudharabah

Kelayakan

  • Individu berumur 18 tahun ke atas
  • Persatuan, Kelab, Koperasi dan Syarikat
Jumlah Pelaburan
  • Minimum RM500 untuk 2 bulan dan ke atas
  • Minimum RM5,000 untuk 1 bulan
Jenis Akaun
  • Akaun Individu
  • Akaun Bersama
  • Akaun Amanah
  • Akaun Persatuan, Kelab, Koperasi dan Syarikat
Keistimewaan
  • Pelabur boleh mengambil keuntungan pada setiap bulan bagi tempoh pelaburan 6 bulan dan berjumlah RM20,000.00 ke atas
  • Auto Renewal - pembaharuan sijil secara automatik
  • Sijil pelaburan boleh digunakan sebagai cagaran pembiayaan seperti Bercagar Sijil Pelaburan-i Al-Mudharabah, Pembiayaan Pendidikan-i Al-Falah dan Pembiayaan Kontrak-i Tijari
Period of Investment (month)Rates (%)
CorporateIndividual
12.903.26
33.053.65
63.103.75
93.203.85
123.254.01
153.254.05
183.304.10
243.454.20
363.504.25
483.604.30
603.704.50
> 603.704.60

QIRADH GENERAL INVESTMENT ACCOUNT-i (MUBEEN)
Qiradh General Investment Account-i (Mubeen) is an investment scheme where profits will be given upfront to the depositors on a monthly basis as declared by the Bank beforehand.

Concept
Bai Al-Inah

Eligibility

  • Individuals aged 18 years and above
  • Associations, Clubs, Co-operatives and Corporations
Investment Amount
  • Minimum RM20,000 for 1 month and above
Investment Period
  • Investments period of up to 60 months and above
Type of Account
  • Individual Account
  • Joint Account
  • Trustee Account
  • Associations, Clubs, Corporations and Co-operatives Account


Period of Investment (month)Rates (%)
CorporateIndividual
12.903.26
33.053.65
63.103.75
93.203.85
123.254.01
153.254.05
183.304.10
243.454.20
363.504.25
483.604.30
603.704.50
> 603.704.60

QIRADH GENERAL INVESTMENT ACCOUNT-i (SENIOR CITIZEN)
Qiradh General Investment Account-i (Senior Citizen) is an investment account especially for senior citizens.

Concept
Al-Mudharabah

Eligibility

  • Individuals aged 45 years and above
Investment Amount/Period
  • Minimum RM10,000 for 3 month and above
Benefit
  • Complimentary Takaful Personal Accident Coverage for investments of 12 months and above

Period of Investment (month)Rates (%)
10.00
33.65
63.75
93.85
124.01
154.05
184.10
244.20
364.25
484.30
604.50
> 604.60

AKAUN PELABURAN AM-i QIRADH (TAQDIM)

Akaun Pelaburan Am-i Qiradh (Taqdim) adalah sejenis pelaburan di mana keuntungan atas pelaburan akan ditentukan terlebih dahulu dan dibayar semasa pembukaan akaun.

Konsep
Bai Al-Inah

Kelayakan

  • Individu berumur 15 tahun ke atas
  • Persatuan, Kelab, Koperasi dan Syarikat
Jumlah Pelaburan
  • Minimum RM5,000 dan dalam gandaan RM1,000 untuk setiap deposit tambahan seterusnya
  • Tempoh minimum pelaburan ialah 1 bulan dan maksimum 6 bulan

Post a Comment

Most Popular