Marah...
Kadang-kadang kemarahan kita ada sebabnya
kadang-kadang kemarahan kita juga disebabkan orang lain
kadang-kadang juga kemarahan kita juga disebabkan kita kecewa dengan keadaan persekitaran kita, kita kecewa dengan orang, kita kecewa dengan diri sendiri
selalunya kemarahan kita disebabkan kita gagal mengawal nafsu marah kita ke atas orang lain, kita marah sebab orang lain betul,kita marah sebab kita tidak dapat mengakui kesalahan kita, kita marah sebab kita tidak mampu mengawal keadaan mengikut acuan kita, kita marah sebab orang lain tidak mengikut acuan dan telunjuk kita, kita marah sebab keadaan tidak memihak kita, kita marah sebab taqdir tidak memihak kita...
Bersabarlah wahai hati...
kita kene didik hati kita agar memperbanyakkan sabar
walaupun kita betul,tak semestinya kita perlu marah kepada orang yang salah...
cuba lihat muka kita ketika marah...hodoh kan :-)
maka sentiasalah bersenyum-senyum selalu agar muka kita sentiasa manis dan awet muda
orang senang melihat kita dan hati kita juga InsyaAllah akan dipenuhi dengan senyuman
Kita perlu marah bertempat...marahlah pada orang yang mempersendakan Aqidah dan Islam, apabila melibatkan maruah agama Islam kita yang suci...marahlah di atas sebab kerana mempertahankan agama dan aqidah.
Dikisahkan bahawa pada suatu ketika ada seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah S.A.W
, ‘Amalan apakah yang disukai Allah, walaupun sedikit tetapi mampu menghantarkan pelakunya ke syurga’ Lalu Rasulullah mengatakan, ‘La taghdab (jangan marah).’
Demikian juga dalam al-Quran, Allah menegaskan: ‘Orang yang menahan kemarahannya dan orang yang memaafkan kesalahan orang. (Ingatlah), Allah mengasihi orang yang berbuat perkara yang baik.’ (Maksud Surah Ali Imran ayat 134).
Sabda Rasulullah S.A.W ini: ‘Bukanlah orang yang kuat itu hebat berkelahi. Tetapi orang yang kuat adalah orang yang mampu menahan dirinya pada saat dia marah.’ (Hadis Muttafaqun ‘Alaihi ).
Diriwayatkan bahawa pada suatu ketika ada seorang berjumpa Nabi dan bertanya, “Wahai Rasulullah, berilah wasiat kepadaku?’ Lalu Nabi berkata: ‘Janganlah marah.’ (Hadis dicatat oleh Bukhari ). Pesan Nabi lagi, ‘Sesungguhnya marah berasal daripada syaitan dan syaitan diciptakan daripada api. Hanya air yang mampu memadamkan api. Maka apabila ada antara kamu yang marah, hendaklah dia berwuduk.’ (Hadis riwayat Abu Daud ).
Peringatan untuk diri sendiri jua...:-)
Allahu Ta'ala A'lam
No comments:
Post a Comment