Semalam sebelum maghrib, ana didatangi soalan dari seorang sahabat yang bertanyakan pendapat mengenai satu perkara. Berat juga soalannya yang berbunyi begini:
"Assalam, just nak tanya, ada orang kata perempuan yang tak bertudung itu, solatnya tidak diterima oleh Allah. Ada terbaca yang orang forwardkan kat fb, antara sebab-sebab solat tidak diterima, tapi takde dalil. Betul ke?"
Hmmmm....berat soalan tu sebenarnya, dan ana yang sedang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja berfikir-fikir bagaimana untuk memberikan jawapan yang boleh diterima oleh sahabat yang bertanyakan soalan tersebut tanpa menyinggung perasaan atau menurunkan motivasi beliau untuk meneruskan 'ibadah solat dan yang paling sukarnya adalah...ana bukanlah orang yang layak untuk memberi pandangan yang berdasarkan mana-mana dalil atau hadith. Berat-berat....soalan nampak seperti boleh dijawab dan ada jawapannya, tapi ana kurang pasti, takut-takut terbagi pandangan yang tidak betul dan jelas. Nyata sekali masih cetek ilmu pengetahuan ana...dan tidak lah layak untuk membangga diri di dalam kehidupan ini. Satu muhasabah juga untuk diri ana sendiri. Jawapan ana:
"sekejap ye, tgh drive. esok ana tanya ustaz. kene ada dalil yang sahih bagi kenyataan tersebut. tak boleh main cakap je. Secara hukumnya mendedahkan aurat itu berdosa tapi disebabkan mendedahkan aurat itu solat tidak diterima itu ana kurang pasti. nanti ana tanya ustaz dulu"
Tak sempat nak memikirkan dengan sedalam-dalamnya lagi. Ana perlu menjenguk sahabat ana yang baru sahaja kehilangan bondanya. Mudah-mudahan jiwa nya tenang dan redha dengan pemergian bonda tercinta.
Hari nie, selepas kuliyyah pagi lupa pulak ada ceramah khas. hmmm...nak tanya kat ustaz mana pulak nie. nasib baik jumpa ustaz yang memberi kuliyyah pada hari ahad. Terus sahaja bertanyakan kepada ustaz berkenaan soalan sahabat ana itu. Bila ustaz dengar, dia senyum...dan menyatakan tidak ada sahih yang mengatakan perkara sedemikian. Bagi orang kebanyakan seperti ana, Allahu Ta'ala A'lam. Sekiranya ustaz yang dipercayai dah mengatakan perkara sedemikian tidak ada hadith sahih..titik. Jawapan dia senang difahami oleh kebanyakan orang:
"Tidak ada sahih yang mengatakan bahawa solat seorang perempuan itu tidak akan diterima kerana dia tidak menutup aurat, kecuali dia melakukan syirik kepada Allah Ta'ala. Macamana kita tahu solat seseorang itu tidak diterima oleh Allah sedangkan solat kita sendiri belum tentu lagi diterima oleh Allah. Dalam bab tidak menutup aurat itu, memang confirm dia berdosa, solat kene tetap solat. Macam tu jugak dengan orang yang solat tetapi mengumpat dan mengadu domba. Solatnya diterima atau tidak itu Allahu Ta'ala A'lam, tetapi dia berdosa kerana perbuatan mengumpat dan mengadu domba itu."
Bagi ana, jawapan yang ustaz beri itu terang dan jelas. Solat itu tiang agama. Jika solat tidak dilaksanakan oleh seseorang yang mengaku dia Islam, dilahirkan di dalam Islam, hidup dalam keluarga Islam...maka runtuhlah tiang agamanya. Rapuhlah kehidupannya dan lebih mudahlah kerja syaitan untuk menyesatkan dan memasukkannya di dalam kesesatan/dholaalah.
"solat kita diterima ataupun tidak, itu haq Allah untuk tentukan. Manusia manapun tidak ada haq menyatakan solat seseorang itu tidak diterima Allah sedangkan diri sendiri tidak tahu apakah solat diri sendiri itu diterima Allah ataupun tidak. Cumanya terdapat kelebihan bagi Muslimah yang menutup aurat kerana terhindar dari dosa mendedahkan aurat. Manakala yang tidak menutup aurat selamanya selagi mana dia mendedahkan aurat selagi itulah dia menghimpunkan dosa tidak menutup aurat. Begitu juga dengan orang yang mengumpat, selagi mana dia mengumpat, selagi itulah dia berdosa walaupun solat dilakukan dengan sebaik-baiknya. walaubagaimanapun, kaifiyah dan adab serta tertib solat itu perlulah dijaga dengan sebaiknya untuk kita memastikan bahawa solat kita itu tidak batal dan sempurna sekaligus InsyaAllah diterima Allah. Kalau tak tahu kene berguru coz amal yang membuta tuli tanpa ilmu adalah sia-sia. Kalau kita masih rasa tak tenang selepas solat, yang tu kene muhasabah diri sendiri kenapa jadi macam tu. mesti ada something wrong...masa solat itulah masa kita nak ber-dating dengan Allah, masa solatlah kita nak melahirkan rasa syukur di atas segala nikmat yang Allah telah,sedang dan akan berikan pada kita, masa kita nak mengadu dengan Allah, mohon pertolongan dan petunjuk padaNya bila dah takde orang boleh tolong kita, bila kita tak jupe jalan keluar dari masalah dan sebagainya."
Ana baca forward berkenaan, hadith yang dipaparkan di dalam forward berkenaan adalah mengenai solat dan ana tidak 'arif adakah hadis berkenaan solat tersebut adalah hadith sahih, hasan, dhaif dan sebagainya. Ana kene berguru dulu baru boleh komen. kalau ada sesiapa yang 'arif mengenai ilmu hadith, bolehlah maklumkan. Ana bukan ustazah, apatah lagi alim ulama, Hadith 40 pun masih belum hafal, apatah lagi Al-Quran. Itulah pandangan dari ana yang cetek ilmu.
Ana teringat Surah Al-Maa'un ayat 4-6 yang bermaksud:
4. Neraka Wil untuk orang2 yang sembahyang
5. Iaitu orang-orang yang lalai dari solatnya
6. Dan juga mereka yang riyak dalam ibadat dan bawaannya
Mudah-mudahan kita semua dipelihara dari melakukan 'ibadah yang sia-sia. Ana mohon perlindungan dari Allah s.w.t agar sentiasa dikurniakan istiqamah dalam 'ibadah, dilindungi i'badah yang dilakukan dari perasaan riya', 'ujub dan takabbur dan ana berdo'a agar ibadah yang kita lakukan sentiasa diterima Allah s.w.t...Aaamin.
Sekiranya ada kesilapan atau salah faham, mohon diperbetulkan...InsyaALLAH.
Wallahu Ta'ala A'lam
No comments:
Post a Comment