26 January 2012

Dirham

Baru-baru ini, ana telah didedahkan dengan lebih lanjut mengenai dinar dan dirham. Sebelum nie acuh tak acuh jer bila ada yang approach, berceriter tentang kepentingan dinar dan dirham di dalam ekonomi umat islam. Tetapi secara literalnya...yang ana faham pada masa itu, beli emas banyak-banyak tapi apa tujuannya??? lebih-lebih lagi barang kemas. kalau nak menunjuk-nunjuk kan dah jadi riya' dan boleh membahayakan di rampok oleh perompak. Kalau disimpan, cukup haul kene bayar zakat emas dan harta. Demikianlah pemahamannya dari ana yang cetek ilmu mengenai kepentingan emas dan perak ini.
Masa kini, semacam satu trend membeli dinar dan dirham. Bukan sahaja di kalangan orang Islam, tetapi juga orang bukan Islam. Di mana keuntungan itu boleh dicapai dan diperolehi mereka akan berpusu-pusu dan mengambil peluang untuk membeli dinar dan dirham.

Rasanya 2 minggu lepas ana didedahkan dengan satu seminar yang begitu menarik mengenai dinar dan dirham ini. Ya...di zaman Rasulullah s.a.w dahulu, penggunaan dinar dan dirham telah berlaku dan berkembang sehinggalah mata wang tersebut diambil alih oleh wang kertas pada masa sekarang. Cumanya fiat money ini nilainya semakin berkurangan dari semasa ke semasa. Dinar dan dirham pula nilainya semakin bertambah dari semasa ke semasa. Kalau antum semua tidak percaya, cuba bandingkan nilai emas dan perak 30 tahun yang lepas dengan nilai emas dan perak pada masa sekarang. Dan cuba juga bandingkan nilai wang kertas RM1 yang ada pada hari ini dengan 30 tahun yang lepas. Adakah nilainya semakin bertambah atau semakin mengecut??? Ana rasa jawapannya ada pada setiap kita semua dan kita menyedari bahawa nilai mata wang kertas kita sebenarnya semakin mengecil dan gaji yang kita terima bulan-bulan itu sebenarnya semakin mengecut dengan kenaikan harga barang, kos sara hidup yang semakin meningkat dan lain-lain lagi.

Dengan kesedaran itu, ana mulakan dulu dengan secara kecil...sangat kecil sebenarnya berbanding dengan yang telah lama menjadi jutawan senyap disebabkan kesedaran yang dipraktikkan untuk membeli dinar dan dirham ini.
  • Kalau belum bermula, tidak terlewat untuk bermula sekarang;
  • Sekiranya tidak punyai pengetahuan di dalam dinar dan dirham, cuba untuk mengisi masa ataupun memperuntukkan masa untuk mempelajari dan mengetahui serba sedikit mengenai mata wang dinar dan dirham ini;
  • Sekiranya tidak mempunyai sumber kewangan yang terbatas, cubalah untuk membeli 1 dinar atau 1 dirham atau membeli dengan kadar yang termampu oleh kita. Jangan disebabkan terlalu ghairah untuk menjadi jutawan dinar dan dirham, kita sanggup berhutang dan mengabaikan kepentingan-kepentingan kehidupan yang lain. Ana juga baru bermula dengan kecil-kecilan, dengan 2dirham :-) seterusnya, kumpullah sedikit demi sedikit;
  • Disamping itu juga, ilmu tentangnya perlu dipertingkatkan. Asalkan tidak membebankan kehidupan sedia ada dan berusahalah untuk mengurangkan hutang sedia ada dahulu sekiranya ada samada hutang jahat ataupun hutang yang baik, ianya tetap hutang.
Bagi ana, mengumpul kekayaan itu amat digalakkan untuk mempertingkatkan ekonomi kita sebagai orang Islam. Akan tetapi, kekayaan tersebut akan kita tinggalkan bila kita mati. Kita tidak akan dapat merasakan faedah dan nikmat kekayaan sekiranya kita gunakan untuk diri sendiri dan kita simpan di dalam peti besi, biarlah kekayaan tersebut dikongsi dengan umat Islam yang lain terutamanya ahli keluarga kita, sahabat-sahabat kita dan umat Islam secara keseluruhannya. Kekayaan dan harta kita haruslah yang memberi manfaat kepada kita semasa kita masih hidup dan lebih-lebih lagi sesudah kita mati.

Wallahua'lam

No comments: