Perhimpunan BERSIH telah berlangsung di sekitar KL.
Sebelum perhimpunan BERSIH yang akan diadakan pada hari sabtu 9 Julai 2011, bermula hari rabu lagi PDRM telah membersihkan jalan-jalan sekitarnya dengan mengadakan roadblock sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk. Yang lebih bagusnya roadblock tersebut diadakan pada waktu bekerja pagi dan waktu balik kerja petangnya…memang bagus dan efektif. Kenapa pulak tidak dibuat roadblock pada waktu senggang, ketika mana ramai yang telah berada di pejabat??? Efektif sangat-sangat…tapi saya berpandangan, Efektif bukan pada tempatnya…
Saya percaya, orang-orang yang sibuk membuat persiapan utk perhimpunan BERSIH tersebut kebanyakannya bukanlah dikalangan yang paginya sibuk ke tempat kerja dan petangnya sibuk mengambil anak2 atau balik dari kerja. Atau mungkin yang bukan bekerja di kawasan sekitar KL.
Hari rabu, pagi yang sepatutnya sampai awal ke pejabat, menjadi haru kuning kerana terperangkap di dalam kesesakan lalulintas selama hampir 2 jam. Sampai di pejabat hampir jam 930am. Kaki pun dah lenguh tekan brek…itu baru auto, kalau manual lagi la lenguh. Balik dari kerja pun trafik jam yang teruk, tapi tidak seteruk paginya…sungguh memenatkan bagi kebanyakan pemandu pada hari itu termasuklah saya…
BERSIH – apa yang mereka cari sebenarnya???
Adakah menuntut untuk diberikan kebebasan sepenuhnya dan boleh berbuat apa sahaja. Adapun kebebasan yang mutlak hanya milik ALLAH SWT sahaja. Kita sebagai seorang ISLAM pun tidak bebas di dalam menjalani kehidupan seharian. Ada batas-batas tertentu yang perlu kita patuhi. Ada larangan-larangan tertentu yang kita perlu tinggalkan dan ada kewajipan-kewajipan tertentu yang kita perlu patuhi.
Mana mungkin kita bebas melakukan apa sahaja di muka bumi ini. Ada kalanya yang waras dan logik pada akal tidak lah betul dari sudut pandangan agama. Adakalanya yang tidak wajar itulah yang sepatutnya dan yang betul dari sudut agama.
Apa kelebihan ambiga, yang memulakan propaganda BERSIH ini??? Dan siapa sebenarnya AMBIGA??? Yang itu perlulah diketahui terlebih dahulu bagi umat Islam sebelum menurut dan mengikut sahaja aktiviti perhimpunan tersebut.
Antara yang perlu diketahui memngenai ambiga:
- Beliau adalah orang yang bertanggungjawab menerima memorandum menuntut pelaksanaan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) pada 21 Ogos 2001. Majlis Peguan menerima memorandum untuk menuntut pelaksanaan 14 tuntutan IFC yang jelas bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan;
- Dalam kes Lina Joy yang murtad, Ambiga mempertikaikan pelaksanaan hokum syariah di bawah Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan dengan menyatakan kebebasan beragama turut termaktub kepada semua penganut agama Islam;
- Beliau turut mengadakan forum memeluk agama Islam pada 9 Ogos 2008 yang membincangkan dan mempertikaikan secara terbuka Perkara 121(1A). Biarpun mendapat bantahan orang Islam, Majlis Peguam yang diterajui oleh Ambiga tetap meneruskan forum tersebut;
- Beliau tahu sekiranya sesuatu perhimpunan tersebut tidak mendapat permit polis, maka perhimpunan itu tidak boleh dilakukan, tetapi beliau tetap meneruskan perhimpunan haram tersebut.
Saya berpandangan ramai yang mengikuti perhimpunan tersebut kerana protes kepada kerajaan najib, tapi itu bukanlah pendapat yang muktamad saya. Mungkin juga ada sebab-sebab tertentu ramai yang sanggup menghadapi risiko ditangkap dan dimasukkan ke dalam lokap seperti protes kepada pemerintah, atas tujuan politik, peribadi atau ikut-ikutan dan sebagainya. Tetapi, bagi yang mampu berfikiran waras, akan menyelidiki dahulu sebelum sama-sama berjuang dengan ambiga, fikirkan sejarahnya-kenapa ambiga beriya-ia mengadakan perhimpunan BERSIH ini, apakah tujuannya, apakah tujuan disebaliknya, apakah motif sebenarnya??? Saya pun tidak tahu sebenarnya.
1 comment:
sy suka bersih..sy tak suka kotor-kotor
Post a Comment