29 July 2011

Ramadhan Mubarak datang lagi...ALHAMDULILLAH

09 July 2011

BERSIH

Perhimpunan BERSIH telah berlangsung di sekitar KL. 

Sebelum perhimpunan BERSIH yang akan diadakan pada hari sabtu 9 Julai 2011, bermula hari rabu lagi PDRM telah membersihkan jalan-jalan sekitarnya dengan mengadakan roadblock sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk. Yang lebih bagusnya roadblock tersebut diadakan pada waktu bekerja pagi dan waktu balik kerja petangnya…memang bagus dan efektif. Kenapa pulak tidak dibuat roadblock pada waktu senggang, ketika mana ramai yang telah berada di pejabat??? Efektif sangat-sangat…tapi saya berpandangan, Efektif bukan pada tempatnya… 

Saya percaya, orang-orang yang sibuk membuat persiapan utk perhimpunan BERSIH tersebut kebanyakannya bukanlah dikalangan yang paginya sibuk ke tempat kerja dan petangnya sibuk mengambil anak2 atau balik dari kerja. Atau mungkin yang bukan bekerja di kawasan sekitar KL. 

Hari rabu, pagi yang sepatutnya sampai awal ke pejabat, menjadi haru kuning kerana terperangkap di dalam kesesakan lalulintas selama hampir 2 jam. Sampai di pejabat hampir jam 930am. Kaki pun dah lenguh tekan brek…itu baru auto, kalau manual lagi la lenguh. Balik dari kerja pun trafik jam yang teruk, tapi tidak seteruk paginya…sungguh memenatkan bagi kebanyakan pemandu pada hari itu termasuklah saya… 

BERSIH – apa yang mereka cari sebenarnya??? 

Adakah menuntut untuk diberikan kebebasan sepenuhnya dan boleh berbuat apa sahaja. Adapun kebebasan yang mutlak hanya milik ALLAH SWT sahaja. Kita sebagai seorang ISLAM pun tidak bebas di dalam menjalani kehidupan seharian. Ada batas-batas tertentu yang perlu kita patuhi. Ada larangan-larangan tertentu yang kita perlu tinggalkan dan ada kewajipan-kewajipan tertentu yang kita perlu patuhi. 

Mana mungkin kita bebas melakukan apa sahaja di muka bumi ini. Ada kalanya yang waras dan logik pada akal tidak lah betul dari sudut pandangan agama. Adakalanya yang tidak wajar itulah yang sepatutnya dan yang betul dari sudut agama. 

Apa kelebihan ambiga, yang memulakan propaganda BERSIH ini??? Dan siapa sebenarnya AMBIGA??? Yang itu perlulah diketahui terlebih dahulu bagi umat Islam sebelum menurut dan mengikut sahaja aktiviti perhimpunan tersebut. 

Antara yang perlu diketahui memngenai ambiga: 
  1. Beliau adalah orang yang bertanggungjawab menerima memorandum menuntut pelaksanaan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) pada 21 Ogos 2001. Majlis Peguan menerima memorandum untuk menuntut pelaksanaan 14 tuntutan IFC yang jelas bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan; 
  2. Dalam kes Lina Joy yang murtad, Ambiga mempertikaikan pelaksanaan hokum syariah di bawah Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan dengan menyatakan kebebasan beragama turut termaktub kepada semua penganut agama Islam; 
  3. Beliau turut mengadakan forum memeluk agama Islam pada 9 Ogos 2008 yang membincangkan dan mempertikaikan secara terbuka Perkara 121(1A). Biarpun mendapat bantahan orang Islam, Majlis Peguam yang diterajui oleh Ambiga tetap meneruskan forum tersebut; 
  4. Beliau tahu sekiranya sesuatu perhimpunan tersebut tidak mendapat permit polis, maka perhimpunan itu tidak boleh dilakukan, tetapi beliau tetap meneruskan perhimpunan haram tersebut.
Saya berpandangan ramai yang mengikuti perhimpunan tersebut kerana protes kepada kerajaan najib, tapi itu bukanlah pendapat yang muktamad saya. Mungkin juga ada sebab-sebab tertentu ramai yang sanggup menghadapi risiko ditangkap dan dimasukkan ke dalam lokap seperti protes kepada pemerintah, atas tujuan politik, peribadi atau ikut-ikutan dan sebagainya. Tetapi, bagi yang mampu berfikiran waras, akan menyelidiki dahulu sebelum sama-sama berjuang dengan ambiga, fikirkan sejarahnya-kenapa ambiga beriya-ia mengadakan perhimpunan BERSIH ini, apakah tujuannya, apakah tujuan disebaliknya, apakah motif sebenarnya??? Saya pun tidak tahu sebenarnya.

04 July 2011

Malunya pada ALLAH swt

Bila kita bertemu orang tersayang, 
kita berhias diri, 
berpakaian cantek, 
berwangi-wangian, 
degupan jantung berdegup-degup
hati rasa berdebar-debar
hati juga rasa teruja untuk bertemu
bila yang tersayang berkehendakkan sesuatu
cepat-cepat kita usahakan
lantas tidak mahu yang tersayang itu kecewa
tapi...

Bila kita bertemu yang menciptakan kita, 
yang begitu kasih dan sayang pada kita, 
yang memberi nikmat hidup kepada kita,
yang meniupkan ruh kepada kita,
yang begitu belas kasihan kepada kita,
kita berpakaian yang biasa-biasa, 
kadang-kadang dicalitkan sedikit wangi-wangian,
perasan teruja jarang-jarang ada,
malah ada yang berasa berat untuk bertemu
dan ada juga yang tidak mahu bertemu
bila Dia memanggil pun tidak kita sahuti panggilanNya
yang disuruh pun selalu tidak kita penuhi
yang dilarang pun selalu juga kita langgari
sedangkan Dialah yang Maha Menciptakan kita
Dialah yang memegang dan menguasai nyawa kita
Tanpa Dia...
kita tidak punya ruang untuk bernafas di muka bumi

Tidakkah kita malu padaNya
ALLAH Al-Khaliq, Ar-Rahman, Ar-Rahiim???
Perhatikanlah dialog Rasulullah S.A.W dengan para sahabat dalam sebuah majlis.

Baginda bersabda, ”Malulah kepada Allah dengan sebenar-benarnya.” Para sahabat menjawab, ”Wahai Nabi Allah, kami memang malu kepada Allah dan sentiasa memuji-Nya.” Nabi bersabda, ”Bukan begitu yang saya maksudkan. Tetapi, orang yang malu kepada Allah dengan sebenar-benarnya mestilah menjaga kepala dan fikiran yang terkandung di dalamnya. Hendaklah juga menjaga perut dan apa yang dikumpulkan di dalamnya, dan hendaknya dia mengingati maut dan bencana yang akan menimpanya. Siapa yang menginginkan akhirat, maka dia mesti sanggup meninggalkan kegemerlapan hiasan dunia.” (Riwayat Imam At-Tirmizi)

Wallahua'lamuma fi qalbi...

03 July 2011

Cantikkanlah diri bila bertemu dengan ALLAH swt

Seusai solat saya mula bertanya-tanya pada diri saya sendiri, adakah solatku ini sudah sempurna???Cukupkah dengan membersihkan diri dengan wudhu' dan bersolat???Cukupkah juga dengan persiapan zahir dari hujung rambut sehinggalah ke hujung kaki???Bagaimana pula yang di dalamnya???Banyak persoalan yang timbul bilamana selesai solat.Saya hanya mampu berdoa agar solat tersebut diterima ALLAH swt. Aaamin...
Berbicara mengenai solat, muhasabah diri itu penting sekali di dalam mengerjakan sebarang bentuk ibadah supaya saya sentiasa merasakan bahawa setiap ibadah yang dilakukan masih belum sempurna dan perlukan peningkatan dari masa ke semasa. Norma manusia ini memang seperti bola, ada kalanya kuat, adakalanya lemah dan lalai.Oleh itu, perlulah bagi saya untuk muhasabah diri sendiri dan melihat di sudut manakah yang perlu ditingkatkan prestasinya dan diperbaiki. Bagi saya, amat bahaya bilamana saya merasakan sudah cukup sempurna semuanya lebih-lebih lagi dari sudut ibadah saya kepada ALLAH swt.
Adakah saya benar-benar ikhlas???Kerana ikhlas itu perumpamaannya seperti sebutir pasir hitam di atas batu yang hitam di malam yang gelap gelita. Tidak nampak dan tidak dapat diketahui dimanakah pasir tersebut berada. Begitulah Ikhlas...kalau saya merasakan saya sudah cukup ikhlas...adakah saya benar-benar ikhlas di dalam ibadah sedangkan hati saya mengharapkan agar ALLAH swt menerima ibadah saya dan memasukkan saya di dalam syurgaNya. 
Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Agama yang benar. (Al-Bayyinah 98:5

Begitulah selalunya manusia, bilamana melakukan sesuatu akan sentiasa mengharapkan balasan, pun begitu manusia masih berani mengatakan dirinya ikhlas melakukan sesuatu tanpa mengharapkan balasan. - ianya sudah cukup mengetuk kepala saya sendiri...adakah saya benar-benar ikhlas di dalam melakukan sesuatu???Adakah semua yang saya lakukan adalah kerana ALLAH swt semata-mata??? Yang mampu menjawab hanyalah hati. Hati tidak akan berbohong kepada empunya badan. Mulut boleh berbohong tetapi tidak hati.

Berbalik pula kepada solat...seusai solat, hati tiba-tiba tersentak kerana memikirkan persediaan yang telah dilakukan untuk mengadap Yang Maha Pencipta, Yang Maha Agung itu, tidaklah sehebat mana ketika bersiap sedia untuk ke tempat kerja atau ke majlis keramaian. Cukup dengan baju tidurnya atau baju yang biasa dipakai di dalam rumah, dan kadang-kadang dengan secalit wangian attar, itupun selalu terlupa...terus disarungkan telekung dan solat. Kenapa saya tidak berhias dan mencantikkan diri seperti mana hendak menyiapkan diri ke tempat kerja atau bilamana hendak keluar dari rumah? Bukankah bertemu dengan ALLAH swt itu perlu lebih besar dan lebih hebat perasaaannya berbanding bila hendak ke tempat kerja atau bertemu dengan kawan-kawan??? Bukankah bertemu dengan Pencipta saya itu, saya perlu lebih bersedia, perlu lebih rasa "excited" dan seronok, lebih mencantikkan diri dan memakai wangi-wangian lebih wangi lagi dari bertemu dengan sesama manusia??? MasyaALLAH! ada sesuatu yang mengetuk-ngetuk dan memukul-mukul perasaan saya!
Bukankah berjumpa Al-Khaliq itu, perlu lebih persediaannya??? Kiranya saya rasa berdebar-debar sebelum masuk ke bilik temuduga, kenapa perasaan berdebar-debar itu jarang-jarang ada bilamana hendak masuk bertemu ALLAH swt??? Oh!!! masih amat lemahnya iman saya! Rasa terpukul diri sendiri bila mengenangkan begitu lemahnya iman sedangkan kadang-kadang apa yang telah dilakukan itu sudah dirasakan mencukupi...padahal masih jauh lagi dari mencukupi...

Astaghfirullah...Astaghfirullah...Astaghfirullah
"Saya memohon keampunan dariMu Ya ALLAH di atas sifat riya',ujub,takabbur,sombong dan merasa cukup diatas ibadah-ibadah yang akan, sedang dan telah dilakukan."

Mudah-mudahan saya, dan juga anda semua dijauhkan dari sifat-sifat mazmumah yang bisa membatalkan pahala ibadah kita dan sentiasalah mencantikkan diri kita bilamana hendak bertemu dan berhadapan dengan ALLAH swt...InsyaALLAH.

Wallahua'lamuma fi qalbi...