Sebut saja Warehouse Sale, pasti ramai yang teruja dan ramai juga yang mengintai-intai peluang untuk berkunjung ke Warehouse Sale, tidak kira apa sahaja samada barangan sukan, kosmetik, barangan bayi, perabot, pakaian dan sebagainya.
Baru-baru ini saya berpeluang untuk mengunjungi beberapa Warehouse Sale yang diadakan pada hujung minggu yang lepas.Sekadar ingin melihat-lihat dan mengintai-intai produk-produk yang ditawarkan dengan harga kilang. Ramai yang tidak mengetahui lokasi kilang-kilang tersebut menyebabkan tidak ramai yang mengunjungi Jualan Gudang tersebut.Sekiranya dibuat di pasaraya atau gedung-gedung perniagaan, saya pasti ramai yang berhimpit-himpit dan berebut-rebut untuk mendapatkan barangan yang jauh lebih murah dari hari-hari biasa.
Hujung minggu nie, saya berpeluang untuk mengunjungi 3 Jualan Gudang. Yang pertama di Atria - jualan gudang pakaian-pakaian berjenama seperti Adidas, Jeans dan sebagainya. Tidak ramai pengunjung dan mungkin juga lokasinya tidak begitu strategik serta bangunan kompleks yang agak usang menyebabkan tidak ramai pengunjung di sana. hmmmm...bukanlah dinamakan jualan gudang sekiranya pakaian2 berjenama tersebut tidak mempunyai diskaun. Ada yang ber-harga tetap dan ada juga yang diskaun nya lebih 50% dan ada juga pakaian-pakaian berjenama tersebut seperti stok-stok lama. Tidak banyak pilihan saiz yang ada. Mungkin juga ingin menghabiskan stok-stok lama yang ada.
Yang ke-2 nya, jualan gudang Crocodile di Petaling Jaya. Jalannya berlekuk-lekuk menyebabkan kesukaran mencari lokasi gudang tersebut. Sampai di lokasi, tidak ramai pengunjung dan kebanyakan kilang-kilang di kawasan tersebut tutup pada hari ahad. Bagi pengguna tegar Crocodile, peluang sebegini memang dinanti-nantikan. Diskaun pada semua barangan berjenama Crocodile dari baju, t-shirt, kasut, beg bagasi dan sebagainya. Tapi, bagi yang bukan penggemar barangan Crocodile mungkin tidak banyak benda yang menarik yang boleh dibeli di sana.
Yang ke-3, di Wisma EIG TTDI Jaya. Sebelumnya, saya menelefon dahulu pada nombor yang tertera bertanyakan jalan untuk ke sana. Di dalam minda memang telah terbayang bangunan tersebut kerana pernah terserempak beberapa kali ketika berada di kawasan TTDI dan sekitarnya terutamanya Shah Alam. Yang ini memang diadakan pada distribution office yang mengedarkan barang2 berjenama kepada kompleks-kompleks membeli belah, salun kecantikan dan sebagainya. Barangan seperti Clinelle, Bioxil, Adidas, Nike, Puma, Googles, BeeBees dari pakaian dewasa sehingga kanak-kanak dijual secara harga gudang disitu. Bagi yang ingin mendapatkan barangan anak-anak memang akan rambang mata. Bagi yang mencari pakaian sukan dan jeans juga akan rambang mata. Bagi pengguna yang memakai kosmetik Clinelle, Averine dan sebagainya juga akan rambang mata melihat harga yang ditawarkan. Saya juga rambang mata melihat tawaran-tawaran tersebut...:-) Tetapi, nasib baik juga akal masih menguasai nafsu. Bagi barangan kosmetik, saya perhatikan dulu tarikh luputnya dan seperti yang dijangka, tarikh luput adalah pada pertengahan tahun hadapan ataupun hujung tahun ini. Mungkin itu juga adalah sebabnya kenapa harga menjunam turun sehingga lebih 90%. Bayangkan produk berharga RM48.90 menjadi RM5 sahaja. Mungkin juga syarikat ingin menghabiskan stok-stok lama dan bagi mengelakkan kerugian yang lebih besar, dan kerana itulah diadakan jualan gudang.
Saya dimaklumkan bahawa syarikat yang sama akan mengadakan Jualan Gudang atau Clearance Sale di SSTwo Mall - kompleks membeli belah yang baru dibuka di SS2 Petaling Jaya bersempadan dengan Kelana Jaya pada minggu hadapan. Dan di kawasan tersebut terdapat gerai-gerai durian yang membenarkan pelanggannya makan durian sehingga kenyang yang teramat dan juga air kelapa dengan hanya RM10 seorang. Selepas nie, mungkin boleh ajak kawan-kawan ber-pesta durian di sana :-)
Saya dimaklumkan bahawa syarikat yang sama akan mengadakan Jualan Gudang atau Clearance Sale di SSTwo Mall - kompleks membeli belah yang baru dibuka di SS2 Petaling Jaya bersempadan dengan Kelana Jaya pada minggu hadapan. Dan di kawasan tersebut terdapat gerai-gerai durian yang membenarkan pelanggannya makan durian sehingga kenyang yang teramat dan juga air kelapa dengan hanya RM10 seorang. Selepas nie, mungkin boleh ajak kawan-kawan ber-pesta durian di sana :-)
Bagi yang begitu ghairah untuk mengunjungi Jualan Gudang, saya mungkin boleh memberi tips agar melihat dulu tarikh luput produk berkenaan. Kita tidak mahu kerugian semata-mata ingin mendapatkan harga yang jauh lebih murah dan akhirnya produk tersebut tidak dapat digunakan kerana tarikh luput tamat produk berkenaan telah tiba...:-) dan periksa juga kondisi produk yang kita hendak beli itu terutamanya pakaian, alatan kosmetik dan makanan :-)
Wallahua'lam.
3 comments:
i used to like durian...but ot anymore as i grew older..dah tak berahi mcm dulu..sekadar leaps seulas dua, sudah..nk menghabiskan sebakul mcm dulu, tak mampu..dulu, sarapan durian, mkn tengahri durian, hatta sampai kepatang dan mlm serta dinihari pun durian..sedap sungguh durian waktu tengah mlm sambil minum kopi o masa budak2 dulu..
i used to like durian...but ot anymore as i grew older..dah tak berahi mcm dulu..sekadar leaps seulas dua, sudah..nk menghabiskan sebakul mcm dulu, tak mampu..dulu, sarapan durian, mkn tengahri durian, hatta sampai kepatang dan mlm serta dinihari pun durian..sedap sungguh durian waktu tengah mlm sambil minum kopi o masa budak2 dulu..
sekarang nie...hidup dah makin singkat dah, tak buleh nak makan banyak dah :-))
Post a Comment