31 March 2011

Betul dianggap Pelik...

Benarlah! kita sudah berada di akhir zaman, bila yang betul dianggap pelik, yang sempurna dianggap kolot...

Lewat tengahari ahad 27 Mac 2011, merupakan perjalanan balik ke KL…perjalanan yang dirasakan amat meletihkan selepas sebuah perjalanan yang panjang. Semasa hendak memasuki perut pesawat firefly…(syukur, penerbangan tidak lambat dari yang dijadualkan), kelihatan 2 akhawat berniqab di dalam barisan yang sama untuk memasuki perut pesawat. Kedua-duanya berpakaian serba hitam dan memakai niqab. Ramai yang melihat keduanya dengan pandangan yang pelik. Di sebelah yang lain pula, kelihatan kumpulan artis-artis Malaysia yang akan menaiki pesawat yang sama, dengan pakaian yang trendy dan up-to-date juga menjadi perhatian ramai, tetapi tidak dengan pandangan yang pelik walaupun pakaian artis wanitanya tidak sempurna.
Mungkin, inilah dikatakan-yang betul menjadi kepelikan dan keanehan dunia akhir zaman ini…yang sempurna menutup aurat dianggap pelik, yang menutup aurat tapi Nampak seperti telanjang dan yang tidak menutup aurat berpakaian tidak cukup kainnya dianggap trendy dan mengikuti zaman.

Mudah-mudahan kita tidak menjadi sebahagian besar hamba-hamba yang menyangka yang betul itu satu kepelikan dan keanehan kerana di zaman yang penuh dengan fitnah ini,kadang-kadang kita sering ditipu dengan oleh pandangan mata dan fikiran kita.

No comments: