Thursday, January 6, 2011

Kita sangka...Kita rasa...

Permulaan kalam dengan Bismillah, semoga bermanfa'at untuk semua...

Kita selalu sangka kita dah cukup baik dengan kawan-kawan, keluarga dan orang di sekeliling kita...tapi kita selalu lupa ALLAH swt terlebih baik layananNYA kepada kita sehinggakan mencurah-curah nikmat kehidupan diberikan kepada kita, itupun kita masih lagi tidak bersyukur...
Kita selalu sangka yang kita dah curahkan sepenuh kasih sayang kepada orang yang kita cinta, kepada keluarga kita, kepada anak-anak kita, kepada sahabat-sahabat kita dan bila mereka lukakan kita, kita rasa sedih yang amat dan bertanya kenapa mereka lukakan dan kecewakan hati kita...tapi kita selalu lupa ALLAH swt lebih luas kasih sayangNYA pada kita, sehinggakan ketika kita derhaka, kufur dan berpaling dariNYA, DIA masih lagi sayang pada kita dengan sifatNya yang Pengasih dan Penyayang (Ar-Rahman dan Ar-Rahiim)
Kita selalu sangka bila kita selalu memberi, makin berkuranganlah apa yang kita ada, cukup-cukuplah apa yang kita beri selama ini, sedekah, derma, ehsan dan sebagainya...tapi kita lupa bahawa ALLAH swt sentiasa memberi dan tidak berkurangan apa-apa pun bagiNYA
Kita selalu sangka, esok masih ada untuk kita...tapi kita lupa bahawa maut itu lebih dekat dari urat nadi kita dan Malaikat Maut sentiasa menunggu saat-saat detik dan masanya untuk mencabut nyawa kita tanpa cepat atau lambat hatta sesaatpun...
Perasaan kita ini jika tidak dijaga, akan sentiasa merasa-rasa dan menyangka-nyangka...akan sentiasa buruk sangka dengan ALLAH swt dan apatah lagi dengan manusia, akan sentiasa mengeluh kesah - komplen sana komplen sini, ada sahaja yang tak kene, disebabkan dalam hati menyangka-nyangka diri sendiri sahaja yang betul semuanya...


Sama-samalah kita menjaga hati dan perasaan kita agar sentiasa kekal dalam Islam dan Iman:
Allahumma inna nas’alukal huda wat tuqa wal ‘afaafa wal ghina.Ya Muqallibal qulub tsabbit qalbi ‘ala diinik, Ya Musharrifal qulub sharrif qalbi ila thaa’atik...Aaamin!
Wallahua'lam
Post a Comment

Most Popular