Ada kawan-kawan tanya camner nak buat Pie Daging...resepi dah bg, ada dekat notes FB dan dalam blog.Yang ni cara nak buat dgn gambar sekali.
Bawang besar.sebiji je.yg ni sebabnye nak buat 2 loyang
Bawang besar di potong dadu
kentang - agak-agak la utk 1 loyang dalam 6-7 biji bersaiz sederhana, kalau kentang besar dalam 5-6 biji. kentang di potong dadu dan di rebus sehingga lembut
daging kisar - untuk 1 loyang, guna 1 paket jer. gaulkan daging kisar tersebut dengan serbuk cukup rasa, mixed herbs, rosemary, lada putih, lada hitam dan sedikit garam (garam bukit - lebih sedap)
okeh, inilah herba-herbanya yang diperlukan untuk menyedapkan daging dan kentang lenyek tersebut...:-)
kentang yang telah direbus lembut, dilenyekkan
masukkan mayonaise secukup rasa...lebih kurang 1 1/2 sudu utk 1 loyang atau 3 sudu besar utk 2 loyang - gaulkan rata. Kalau tak boleh makan mayonaise, mungkin boleh guna susu segar utk melembutkan kentang lenyek tersebut
masukkan segala jenis herba-herba dan lada putih - gaulkan rata
panaskan butter dan sedikit minyak zaitun/sunflower di dalam kualibutter tu agak2 la banyaknya, lebih kurang 1 sudu besar atau 1/6 butter tersebut. Setelah butter cair dan panas, masukkan bawang besar (bawang bakung) ke dalam kuali dan masak sehingga layu
Masukkan daging kisar. Masak dengan api sederhana dan gaul rata bersama bawang besar. Masukkan sos cili dan gaulkan bersama daging kisar tersebut. Sentiasa kacau rata daging tersebut sehingga masak. Sekiranya inginkan rasa herba yang lebih, bolehlah masukkan mixed herbs, oregano, biarkan masak selama lebih kurang 15 minit
masukkan daging yang telah dimasak di dalam acuan (loyang segiempat ke, loyang bulat ke, tak kisah) dan sama ratakan...
selepas itu, masukkan kentang lenyek di dalam acuan dan ratakan
Selepas itu, taburkan Italian herbs di atas kentang tersebut...
masukkan di dalam oven selama lebih kurang 20minit dengan 150'C...
Inilah rupernya Pie Daging yang telah masak...tapi sebelum tu, tugasan tak habis lagi...
nak kene kemas dapur, basuh semua peralatan, lap dapur dan kemas sehingga bersih
so, kalau dari mula sehingga la selesai tugasan memasak pie nie, akan mengambil masa lebih kurang 3 jam...:-)
Selamat mencuba ;-)
No comments:
Post a Comment