26 April 2010

Kenapa aku hilang mood bekerja hari ini?

Aku memang tak suka buat keje separuh jalan atau buat keje orang separuh jalan atau kene habiskan keje orang…habis mood bekerja hari isnin nie….tapi keje aku kene buat jugak, cumanya dengan suasana yang agak tidak menggembirakan hati jer!
Tapi….bila aku fikir-fikir, aku nak marah pun tak guna...
Makin melompat-lompat kegembiraan lah setan-setan durjana…
Istighfar bebanyak, Minta Ampun bebanyak….dan diam itu adalah lebih baik buat masa nie
So, aku dok diam-diam senyap-senyap kat kubikel aku…bila ada panggilan aku jawab, bila kene suruh buat itu ini…aku layannzzz je
Baik lagi macam tu, dari aku meletup…tak pasal-pasal karang setan-setan yang dok bertenggek kat aku nie melompat, berguling kegembiraan lantas menunjukkan diri…kecoh satu offis nanti!

Hmmm….bila fikir-fikirkan, tak payahla nak buat mesyuarat hari isnin…kot jadinya macam nie, orang lain yang susah…walaupun, benda2 macam tu bukan di bawah kekuasaan kita, tapi sekurangnya bila mesyuarat hari selasa atau hari seterusnya…at least persediaan dah dibuat pada hari sebelumnya dan fail utk mesyuarat sudah tersedia di atas meja….hmmmm, mungkin aku yang tak faham hidup orang berkeluarga…kekadang kecemasan macam nie sesekali datang pada masa yang tidak kene. So, nampaknyer aku kene hidup bekeluarga dulu dan merasa ada poket kiri kanan, atau mungkin aku perlu meningkatkan sifat empati aku dan mengurangkan sifat straight aku!

Wallahua’lam…

2 comments:

Anonymous said...

salam..mek tok, nem.. kmek fhm prsaan ktak biah... tp skrg ni mek geram dgn c babeez hutan yg comment kat shoutmix biah tu. klu brani, bagi la nama sbnar. klu x suka baca, xyah la letak komen bodoh mcm tu.. sakit hati mek baca komen nya utk blog biah... grrrrrrrrr

Travellingbie said...

nem, nang ada urang kedak ya
si babeez hutan ya kali perangei nya kedak babeeezz....
kamek dah delete dah shout nya