31 March 2008

Tragedi Gadis Genius...

Tragedi hidup Sufiah

LONDON 30 Mac – Sufiah Yusof, seorang kanak-kanak pintar matematik yang pernah menggemparkan dunia apabila layak memasuki Universiti Oxford pada usia 13 tahun, tidak putus-putus ditimpa nasib malang.

Selepas bapanya, Yusof Farooq dipenjara atas kesalahan melakukan serangan seksual ke atas dua gadis berusia 15 tahun yang mengikuti tuisyen matematik di rumahnya, Sufiah pula kini dilaporkan menjadi pekerja seks.

Antara link berita lain yang berkaitan:
Math prodigy now a £130 hooker claim
Child maths prodigy 'working as a prostitute'
How a child prodigy at Oxford became a £130-an-hour prostitute

Sedih bila membaca kisah Sufiah...dari seorang kanak-kanak genius dan pintar matematik, menjadi seorang yang merendahkan martabatnya, menjualkan dirinya di dalam Internet dengan menggunakan nama samaran Shilpa Lee. Sufiah yang kini berusia 23 tahun kini menjalani hidup yang sama sekali jauh dari ajaran agamanya...

Sufiah menggambarkan kehidupan selama 15 tahun bersama keluarganya merupakan kehidupan di dalam neraka...(physical dan emotionally abused). Sufiah yang pernah berkahwin pada umur 19 tahun kemudiannya bercerai selepas 13 bulan berkahwin...

Dari seorang budak pintar matematik yang berjaya memasuki Oxford pada usia yang begitu muda, Sufiah kini menyara hidupnya dengan melacurkan diri. Sungguh...terbukti Intelligent Quotient (IQ) sahaja tidak menjamin kejayaan di dalam kehidupan seseorang. Sufiah yang pintar ternyata kalah di dalam menentukan arah hidupnya...dia ternyata tersasar jauh dari paksi kehidupannya...

sepintar-pintar Sufiah, beliau gagal mengawal tekanan dan cabaran fizikal dan mental di dalam hidupnya...yang mana semuanya itu adalah ujian yang Allah S.W.T berikan untuk menjadikan hambaNya seorang mukmin yang kuat dan bertaqwa...

sebijak-bijak Sufiah, beliau gagal berfikir bahawa anugerah yang telah Allah S.W.T berikan merupakan nikmat dan sekaligus dugaan untuk pergi lebih jauh lagi menuju kejayaan dunia dan akhirat...

Ternyata IQ sahaja tidak menjamin seseorang berjaya di dunia dan akhirat...tidak menjamin seseorang itu menjadi kaya raya dan hidup bahagia...
Emotional Quotient (EQ) juga belum cukup sempurna untuk menjadikan manusia itu seorang yang benar-benar hebat dari segi tindakan moral dan akhlaknya...
bila IQ + EQ + Spiritual Quotient (SQ) barulah benar-benar seseorang itu hebat kerana mempunyai kemahiran ketiga-tiganya...keupayaan mengawal hawa nafsu - nafsu ammarah, dan pelbagai nafsu syaitan yang lain...hebat sebagai Hamba Allah dan juga hebat sebagai Pemimpin di dunia...

Saya harap...masih ada jalan yang lurus untuk Sufiah...
doa saya, semoga hati Sufiah masih ada sisa-sisa iman dan Islam yang telah diterapkan sejak kecil, semoga Tuhan masih berbelas kepada Sufiah lalu menitiskan cahaya keinsafan di dalam hati beliau untuk kembali ke jalan Allah S.W.T sebelum beliau menutup mata di dunia penuh fana' ini...

Wallahu'alam...

No comments: