27 April 2017

Travellingbie : Jalan-jalan Cari Makan di Manjung, Perak

Apa ada di Manjung?
Apa pula ada di Lumut?

hmmmm...belum pegi melawat belum tahu :D

Manjung, terletak lebih kurang 252km dari Kuala Lumpur.

Aktiviti 1: Antara tempat yang menarik berdekatan di Manjung yang boleh anda kunjungi adalah:

  1. Pulau Pangkor
  2. Damai Laut
  3. Teluk Batik
  4. Teluk Muroh
  5. Teluk Senangin
  6. Pasir Panjang (Pusat pendaratan dan penternakan penyu)
  7. Tanjung Batu (destinasi memancing)
  8. Pantai Remis (pusat pendaratan hasil-hasil laut)
Aktiviti 2: Makan. Makan merupakan aktiviti yang sangat menggembirakan bagi kebanyakan orang
Di Manjung sekarang ini, surprisingly tempat makan yang sedap semakin banyak. Kali ini semasa saya berkunjung di Manjung, terdapat 3 tempat makan yang saya kunjungi dan cuba di dalam 1 hari. Puas makan dan kenyang. Alhamdulillah :D

What I've enjoyed most, though, is meeting people who have a real interest in food and sharing ideas with them. Good food is a global thing and I find that there is always something new and amazing to learn - I love it! Jamie Oliver

Lokasi makan 1: Hirupiring Kopitiam
Copyright #Travellingbie
Alamat Hirupiring Kopitiam
Lebih sedap bila makan bersama sahabat yang dah lama tak jumpa. Hirupiring Kopitiam terletak di pusat bandar Seri Manjung. Kali pertama datang ke sini, kita cuba dulu makanan ini
Copyright #Travellingbie
Wantan Hong Kong
Copyright #Travellingbie
Float Nescafe
Copyright #Travellingbie
Mee kari special
  1. Wantan Hong Kong - sedap, rasanya pun boleh tahan, serba serbi cukup rasa, mee pulak krispy, bila digaulkan dan disebatikan dengan kuah mee tersebut, it complement each other - krispy dan lembut sebati dalam rasa.
  2. Float nescafe - surprisingly sedap rupernya. Ingatkan rootbeer float je yang sedap, rupernya minuman yang ini pun sedap. Yang suka float, pasti akan sukakan minuman ini.
  3. Mee kari special - dah namanya special, udang pun besar besar sampaikan saya teringat dengan mee udang.
Sekiranya anda ke Manjung, jangan lupa singgah makan di sini. Banyak lagi menu menu lain yang menjadi kegemaran pelanggan di sini. Antaranya, roti goyang, kuey teow kerang, mee kicap dan mee wantan.
Cuba tau, jangan tak cuba

Lokasi makan 2: KopeePaste Cafe & Resto
Copyright #Travellingbie
Memandangkan selepas tengahari tadi telah makan agak banyak, kali ini kita makan yang agak ringan sedikit.
Copyright #Travellingbie
Epal Asamboi
Copyright #Travellingbie
Chicken Pilly
Chicken pilly - burger panjang, berintikan isi ayam potong, cheese leleh, bawang dihiris halus, cendawan dan disertakan bersama wedges dan sos black pepper yang dibuat sendiri. Air pula, air epal asamboi

Yang mencari makanan barat, boleh lah ke cafe ini. Pelbagai makanan barat disajikan. Peminat makanan ber-grill, spaghetti, burger dan makanan barat yang lain, pastikan anda singgah makan di sini dalam suasana santai dan cozy.😁

Waktu operasi - 4pm sehingga 12 tengah malam
Alamat: No 16, Jalan PPMP 3/1, Pusat Perniagaan Manjung Point 3, Sitiawan
There is no sincerer love than the love of food.~ George Bernard Shaw

Lokasi makan 3: Lumut Seaport
Copyright #Travellingbie
Yang teringin nak makan shellout bolehlah ke sini. Makan malam yang santai di hujung minggu dengan makanan yang sedap. Anda juga boleh membuat pesanan menu nasi, seafood dan juga western. Air minuman juga pelbagai. Sambil makan, anda akan dihidangkan dengan halwa telinga dari kumpulan busker yang dijemput khas.
Copyright #Travellingbie

Copyright #Travellingbie

Copyright #Travellingbie

Copyright #Travellingbie

Copyright #Travellingbie

Copyright #Travellingbie
Tema santai menjadi pilihan pengunjung yang datang ke sini.
Jika anda ke Lumut, jangan lupa singgah makan malam di sini.
Copyright #Travellingbie
Persembahan Busker
Copyright #Travellingbie
Waktu operasi Selasa sehingga Ahad, bermula jam 5pm sehingga tengah malam.

Banyak lagi sebenarnya tempat makan yang menarik di Manjung. Sekiranya anda berkunjung di sini, selain dari menikmati angin laut dan kesegaran udara dari laut, anda juga boleh menikmati makanan yang sedap-sedap di sini.

“Part of the secret to success in life is to eat what you like and let the food fight it out inside.” – Mark Twain

No comments: