Monday, September 5, 2016

Travellingbie : Pendakian Gunung Fuji - Menuju Puncak

"Say, [O Muhammad], Travel through the land and observe how He began creation. Then Allah will produce the final creation. Indeed Allah, over all things, is competent." ~ Quran 29:20

"The mountain is calling and i must go"
"I see my path, but I don’t know where it leads. Not knowing where I’m going is what inspires me to travel it." ~  Rosalia de Castro

27 Ogos 2016 - Sabtu
Maka nikmat Tuhan manakah yang hamba-Mu ini dustakan?

Musafir ke negara matahari terbit dimulakan dengan misi pendakian gunung Fuji, Gunung yang tertinggi di Jepun.

Bagi saya, ianya satu kembara yang luar biasa. Persediaan dari sebelum kembara dari menyediakan perancangan / itinerary dan segalanya sehinggalah semasa kembara, banyak mengajar tentang hidup dan manusia.

Permulaan kembara menjejak kaki ke Gunung Fuji, banyak mengajar tentang perjuangan hidup, bagaimana membangkitkan semangat yang hampir patah, berjuang untuk menyelesaikan apa yang dilakukan, adaptasi terhadap masalah dan halangan di dalam mencapai sesuatu, risk mitigation - terima, elak atau lawan dan pelbagai lagi.

Hari pertama mendaki sudah diberi ujian - kami mulakan pendakian pada jam 1 petang. Trek awal agak senang walaupun keadaan hujan dan lembap. Saya bukanlah pendaki yang mempunyai "pace" yang laju. Dakian saya seperti kura kura dan selalu ditinggalkan di belakang oleh rakan rakan pendaki yang lain. Pengalaman mendaki dalam keadaan hujan sepanjang pendakian tidak akan dilupakan, ditambah dengan fizikal yang tidak cukup rehat dan kuat untuk mendaki, hanya semangat sahaja yang menemani hati. Hujan menemani sepanjang pendakian, baju basah walaupun memakai baju hujan, beg disandang bertambah berat, sesekali angin kencang selama lebih kurang 7jam pendakian memang amat mencabar mental saya.

Muka penat giler dan sejuk, tengah tunggu Q naik Fuji. Yang nie tak ingat dah Mountain hut di Stesen ke berapa
Minggu kami mendaki Gunung Fuji, luar biasa ramainya pendaki yang ingin menawan puncak. Ada trek yang dilalui terpaksa beratur untuk mendaki, terutamanya trek berbatu. Menunggu giliran untuk mendaki di dalam hujan dan sejuk pada tahap ketinggian yang lebih tinggi dari Tanah rata membuatkan seseorang itu boleh mengalami AMS atau pening pening, atau mengantuk dan boleh juga menyebabkan perasaan kurang sabar. Bagi pendaki kura-kura seperti saya, menunggu giliran untuk memanjat itu satu nikmat, boleh jugaklah nak atur semula nafas dan pergerakan agar lebih teratur dan tidak huyung hayang, cumanya bila berhenti dan menunggu, kesejukan lebih terasa sehingga ke tulang sum sum. Dikala rakan rakan lain sampai lebih awal di Mountain Hut kami pada ketinggian 3250m, saya masih lagi struggle mendaki sehinggalah jam 7malam. Setibanya di hut, kami dibekalkan beg untuk menyimpan kasut, baju hujan, jaket trekking. Saya terpaksa menukar keseluruhan baju memandangkan semuanya telah basah dan tidak boleh digunakan untuk keesokan harinya. Ini bermakna, beban yang digalas ke puncak lebih berat. Pakaian yang kering dipakai ke puncak dan yang basah disimpan di dalam beg. Di Mountain hut, tidak dibenarkan meninggalkan barangan anda di sana. Sampah sendiri pun perlu dibawa bersama dan dibuang apabila telah keluar dari kawasan Fuji nanti. Sepanjang perjalanan, saya tidak Nampak tong sampah dan jarang kelihatan sampah bersepah sepah sepanjang trail hiking.

28 Ogos 2016 - Ahad
Hari kedua pendakian ke puncak bermula jam 1pagi, cabaran dan dugaan berterusan dengan cuaca teramat sejuk sehingga ke tulang sum sum, hujan gerimis sesekali menemani sepanjang pendakian dan ketiadaan "headlamp" disebabkan tertinggal di dalam haversack. Umpama orang buta meraba di jalan yang baru. Nasib baik ada yang sudi menemani dan menghulur cahaya lampu sepanjang pendakian. Jam 345 pagi saya akhirnya sampai ke puncak dalam cuaca sekitar 2'c. Alhamdulillah. Masing masing menggigil kesejukan, mulut kebas dan anggota2 badan ada yang sudah mula kejang.
Jam 430am, matahari terbit mula menampakkan diri dan benarlah!, sungguh indah perancangan Allah. Diberi susah dan payah dahulu, sebelum diberikan indah. Rezeki kami dapat melihat salah satu keajaiban yang tidak semua orang merasainya - menyaksikan matahari terbit di bawah lautan awan dan di atas puncak gunung tertinggi di Jepun.

"As I look back on my life, I realize that every time I thought I was being rejected from something good; I was actually being re-directed to something better. You must convince your heart that whatever God has decreed is most appropriate and most beneficial for you."~Imam Al-Ghazali
Puncak Fuji waktu Subuh. Ramai amat manusia di atas puncak Fuji pada masa ni
The ocean of clouds - beautiful MasyaAllah!
Atas puncak ada kedai tau, percayalah! :))
Alhamdulillah, we made it! :)
Sambil menunggu matahari terbit. Sambil bermuhasabah memikirkan kehebatan ciptaan Allah dan betapa kerdilnya diri kita ini sebagai hamba-Nya. Lalu kenapa kita masih lagi sombong, takabbur, bongkak dan mendabik dada dengan apa yang kita ada di dunya sementara ini?


MasyaAllah! This might be the reason why people climb. The view was spectacular, the feeling was undescribeable...
Alhamdulillah thumma Alhamdulillah 
"What is destined will reach you, even if it be beneath two mountains.
What is not destined will not reach you, even if it be between your two lips." ~ Imam Al-Ghazali

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan buat semua rakyat Malaysia. Hargai negara kita, Hargai Merdeka kita, Hargai segalanya. Suatu hari nanti, mungkin apa yang kita ada, akan hilang sekelip mata. Let's celebrate and embrace what we still have.

Salam Merdeka dari kejauhan (catatan kembara 28 Ogos 2016 - Ahad)

Ada yang bertanya, mahal ke nak naik Gunung Fuji.
Jawapan saya....tidak mahal sebenarnya. Entry fee cuma 1000yen. Yang menjadi mahal adalah, sekiranya anda membuat pilihan untuk tidur di mountain hut di 8th station atau station yang lain dan anda mendaki pada hujung minggu. Sekiranya anda sangat fit, mendakilah secara "daypack". Mula mendaki dari 5th station pada sekitar jam 6petang, sampai di 8th station sekitar jam 10 atau 11 malam. Mungkin boleh rehat sejam di kerusi kerusi yang disediakan di luar hut sambil minum minuman panas. Jam 1230am atau jam 1 pagi, mula mendaki ke puncak Fuji. Sekiranya anda ingin berhajat menawan puncak Fuji, rancang perjalanan anda sekitar bulan Julai sehingga pertengahan Ogos, memandangkan di penghujung Ogos, berlaku musim peralihan dan terdapat banyak typhoon yang berlaku di Jepun.

Grup yang mendaki hari Ahad, ada yang tidak sampai ke puncak memandangkan angin kuat dan merbahaya kepada pendaki. Rezeki kami, mendapat pemandangan matahari terbit yang sangat cantik pada pagi Ahad tersebut setelah Allah turunkan hujan dan ujian yang pelbagai sepanjang pendakian pada hari Sabtu. Alhamdulillah!

Tips: Bawa bersama headlamp, baju hujan (set baju hujan baju+seluar untuk mengelakkan kebasahan), walking stick, makanan dan minuman. Untuk solat pula, jangan lupa bawa botol spray yang telah diisi air untuk wudhu dan solat subuh di puncak Fuji. Dan yang paling penting, mendakilah dengan kadar keupayaan anda sendiri. Jangan ikut pendaki yang laju melangkah ke hadapan, ikut "pace" anda sendiri. Anda berkemungkinan akan mengalami AMS / pening2 / muntah / hilang selera makan dan sebagainya sekiranya anda tidak mendengar bisikan keupayaan tubuh badan anda sendiri sepanjang pendakian.
Post a Comment