Thursday, September 8, 2016

Travellingbie : Musafir Jepun Hari 5 dan 6 - Harajuku (Takeshita Street) - Asakusa (Nakamise Street) dan Ueno (Ameyoko Street dan Uniqlo)

Allah berfirman di dalam Surah Al Mulk (67: 15) yang bermaksud: "Dialah yang memjadikan bumi untuk kamu yang mudah dijelajahi, maka jelajahilah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian daripada rezekiNya. Dan hanya kepadaNyalah kamu (kembali setelah) dibangkitkan."

"We travel, we see different culture, we talk different language...the only common things we have are we are the same human being."~uark

Hari 5 - Harajuku - Daiso - Kebab Halal - Outdoor Outlet Mammut, North Face, Jack Wolfskin, Adidas

"Biar betapa jauh hatiku sentiasa di sisimu" - Hatiku di Harajuku. 

Plan asal hari ke-5 kami adalah ke Harajuku - Shibuya - Shinjuku, namun, hari ke-5, kami hanya sempat explore Harajuku dan sekitarnya. Hachiko Status di Shibuya dan Shibuya Crossing pun tak sempat. Sebelum keluar dari rumah, masing masing menyediakan bekalan seharian untuk dibawa dan dimakan sepanjang hari. Jimat sedikit kos perbelanjaan kami memandangkan makanan di Jepun amat mahal.

hmmmm...apa ada di Harajuku? Soalan yang ditanya oleh ahli yang lain. Pertama kali saya ingin ke Harajuku selepas membaca novel Ramlee Awang Murshid, Hatiku di Harajuku. Pertama kali menjejak kaki ke Harajuku pada 2010/2011 kalau tak silap. Terpinga pinga melihat manusia anime di sana. Kali yang ke-2 ini, saya menjejak kaki di sini, ada sedikit perubahan yang berlaku. Dan sekiranya nak tengok fesyen fesyen anime, pop dan yang agak pelik, datanglah ke Harajuku.

Kelihatan dari Harajuku Stesen, Daiso yang besar terletak tidak jauh dari pintu gerbang Harajuku. Hmmm...dah senyum senyum lebar dah jumpa Daiso. Murah kata mereka, well...let's see murah ke tak murah. Berejam jugak kami di dalam Daiso, lebih kurang sejam. Kalau anda mencari souvenir yang murah dan Made in Japan, mungkin di sinilah pilihan yang sesuai. Di tempat lain memang akan ada cenderahati untuk dibawa balik, tetapi tidak semurah di Daiso. Walaupun begitu, tiada banyak pilihan yang ada untuk souvenir di sini. Di Daiso, kami menemui ramai rakyat Malaysia. Rasanya tahun ini ramai Malaysian yang datang ke Jepun. :))
Jumpa lagi grup anak anak muda ni dan hari itu adalah hari terakhir mereka di Tokyo. Terserempak dengan mereka di pintu masuk Kachi Kachi Ropeway di Kawaguchiko Lake, sembang sekejap dan bertukar tukar info mengenai FUjisan memandangkan mereka tidak mendaki Fujisan, sembang  seolah olah seperti dah kenal lama :)) Sempat lagi shopping tu pada hari terakhir mereka di Tokyo :))
Selepas membeli dan membelah Yen kami, kami teruskan perjalanan menyelusuri jalan jalan di Harajuku dan melihat gelagat pengunjung dan lokal di sana. Panjang jalan di Takeshita Street lebih kurang dalam 360meter, pelbagai kedai yang menjual pelbagai barangan ada di sini. 

Dan anda juga perlu berhati hati dengan gagak hitam di situ. Mereka akan mendekati anda dan menawarkan perkhidmatan dot dot dot. Kebiasaannya, mereka akan mendekati kaum lelaki. Yang lelaki...sila berhati hati dan berjaga jaga dan sila kuatkan iman anda. :)) Mahu melihat budaya pop Jepun, datanglah menyinggah di Harajuku. Lama jugak kami di sini, sepanjang hari menyelusuri jalan dari hujung ke hujung sehinggalah ke lorong lorong kecil. 

Marion Crepe terkenal di kalangan Malaysian
Singgah makan sekejap di Kebab Halal di Harajuku, Food testing Marion Crepes yang terkenal, makan ice cream dan membeli belah KitKat yang murah di salam sebuah kedai di situ. Kalau dahulu, banyak kedai Perfume yang murah di sini, kali ini, saya dapati kedai perfume susah ditemui dan harga nya sedikit mahal, atau barangkali tukaran wang RM kepada Yen semakin mahal. :)) 

Sekiranya anda peminat barangan outdoor, outlet Adidas, Jack Wolfskin, Mammut, dan sebagainya ada terdapat di sekitar Harajuku, namun agak mahal di sini. H&M yang besar juga ada di sini, sebelum anda sampai ke Omotesando Mall. Barangan berjenama memang banyak di sekitarnya. Sediakan duit sahaja.

Pokok epal di pejalan kaki, terujanya tengok. Tapi tak boleh petik :))
Hari ke-5 kami, dihabiskan di Harajuku dan sekitarnya. Mungkin masing masing masih lagi penat selepas perjalanan yang panjang dari Kawaguchiko ke Gyotoku Guest House.
Total Damage:
  1. Tren dari Gyotoku Stesen ke Harajuku 440 yen
  2. Makan = makan bekal yang dibawa :)
  3. Belanja Souvenir di Daiso = xxxx yen :))
  4. Beli buah otw balik guesthouse 211 yen
  5. Beli pewangi tandas untuk guesthouse 108 yen
  6. Tiket tren Harajuku - Gyotoku Stesen 440 yen
Total : 1,199 yen = RM47.96
Sekiranya anda membeli souvenir yang banyak, maka banyaklah kos perbelanjaan anda. Saya memilih untuk tidak menyatakan berapa kos tersebut. :))

Balik ke guesthouse, semua dah penat, masak makan malam dulu, ade yang mandi, basuh baju, masak, solat dan seterusnya rehat untuk menyambung perjalanan keesokan harinya.

Actually, ada cadangan apa yang boleh kita lakukan di Harajuku seperti di bawah. Yang no. 1 tu rasanya semua orang yang sampai di Harajuku akan lakukan. :))

 “Nobody can discover the world for somebody else. Only when we discover it for ourselves does it become common ground and a common bond and we cease to be alone.” – Wendell Berry

Hari 6 - Asakusa - Nakamise Street - Halal Ramen at Naritaya - Euno - Uniqlo, Book Off, Ameyoko Street
Hari ke-6 kami seperti dinyatakan di atas. Cuaca hari ke - 6 sangat bagus dan matahari memancar dengan gagahnya. Tiada tanda tanda typhoon akan melanda seperti hari hari kami tiba di Tokyo dan mendaki Fujisan.

Dari Gyotoku Stesen kami ke Asakusa = 280 yen

Setibanya di Asakusa, kami terus ke Information Centre untuk bertanyakan mengenai peta kawasan. 

Kelihatan abang abang sado berdiri di tepi tepi jalan membuat promosi. Rupa rupanya mereka merupakan penarik beca dan membawa pelancong bersiar siar. Selepas memberi penerangan mengenai tempat tempat menarik di Asakusa, pegawai informasi menyarankan kami agar naik ke tingkat 8, Observation deck untuk melihat pemandangan sekitarnya. 


Di ruangan observation deck, anda boleh melihat pemandangan Asakusa dari atas. Kelihatan Tokyo Tower rasanya dari kejauhan. Apa lagi...sesi foto pun bermula. Lebih setengah jam kami berada di observation deck, kami pun turun ke bawah dan mula menyelusuri Nakamise Street. 


Sepanjang jalan Nakamise, bagi yang kaki shopping, berhati hati dengan Yen anda, kebarangkalian untuk dompet anda menipis dan Yen anda semakin kurang itu tinggi. Nakamise Street, menjamu pandangan mata anda dengan pelbagai barangan cenderamata untuk dibawa pulang. 
Dari fridge magnet yang tidak kurang mahalnya sehinggalah ke pedang Samurai yang boleh mencecah ribuan RM ada di sana. 


Di sini juga anda berpeluang untuk bergambar dengan pelancong dan lokal yang memakai Yakuta dan pakaian ninja. Lama jugak kami di Nakamise Street (Kaminarimon) sehinggalah perut kami mula berkeroncong. Kawasan Asakusa ini merupakan salah satu tempat pengunjung yang mesra Muslim. 

Terdapat beberapa cafe/restoran yang menyediakan makanan halal dan tempat solat seperti Naritaya Halal Ramen yang sangat berdekatan dengan Nakamise Shopping Street. 
Cafe pertama yang kami jumpa adalah Naritaya. Singgah Naritaya, solat, sembang sembang dan makan. 

Sedap, tapi ada yang cakap Halal Ramen Uoka Tokyo lagi sedap. Kene terai nih :))
Menu yang disediakan seperti biasa - Ramen dsb. Tapi yang paling sedap yang saya rasakan pada masa itu adalah Karaage = Ayam goreng. :)). Selesai makan dan solat, kami berpatah balik ke Nakamise Street untuk ke tren station dan menujuk ke destinasi seterusnya.

Dari Asakusa kami ke Euno Hirokoji untuk ke Euno dan Ameyoko Street. Di Euno, kami tidak mengambil masa yang begitu lama seperti di Asakusa memandangkan malam hampir tiba. Singgah sekejap di Book-Off untuk melihat barangan secondhand yang dijual. Tak banyak pun pilihan di sini dan kebanyakannya adalah buku dalam bahasa Jepun. :)). Kemudiannya kami ke Ameyoko Shopping Street. Hmmm...rasa macam menyesal pulak tidak ke sini dulu. Datang ke sini boleh juga menyebabkan dompet kurus kering :)). Macam macam barangan ada, ikutlah kesesuaian masing masing. Dari kasut berjenama, kasut sukan, perfume, barangan outdoor, beg branded, jam dan lain lain, sekiranya anda tidak punya hati yang tegar, banyak benda boleh beli di sini. Saya alah kepada perfume. Berhabis jugaklah di sini membeli perfume memandangkan harganya agak murah dari tempat lain. Peminat outdoor - North Face, Mammut, Adidas dan lain lain, boleh dapatkan barangan di sini dengan harga diskaun. Yang pastinya lebih murah dari outlet. Di sini ada juga kawasan menjual barangan basah seperti buah buahan, ikan dan sebagainya. Walaupun berada pada kawasan yang sama, namun kebersihan kawasan terjaga. Tak sempat nak explore kawasan ikan ikan besar yang dijual. Di Ameyoko shopping street ini juga terdapat 2 kedai Kebab halal. Harga ditawarkan dari 500yen ke atas bagi 1 jenis kebab. Kalau orang di sini, 500 yen tu lebih kurang macam RM5, tapi bagi kami, ianya bersamaan dengan RM20. Mahal :))

Di Ameyoko Shopping Street, saya hanya memberi masa lebih kurang 1 jam lebih untuk explore dan shopping. Kene bagi tempoh masa, takut terlajak seperti di tempat lain. Inipun ada lagi beberapa tempat yang masih belum sempat dilawati. Dan bagi yang ingin mendapatkan barangan sedikit murah dari tempat biasa, bolehlah datang ke sini.

Dari Ameyoko, kami menyelusuri jalan Euno sehinggalah ke Uniqlo. Uniqlo di sini merupakan antara Uniqlo yang terbesar di Jepun, setinggi 7 tingkat. Bagi peminat Uniqlo, memang lah rambang mata. Tapi bagi saya, sepanjang dalam Uniqlo, ada yang berkenan tetapi harga sedikit mahal dari Uniqlo Malaysia. Memang tak jadila membelinya. :))

Keluar dari Uniqlo, kami teruskan perjalanan balik ke Gyotoku dengan beberapa persinggahan. Kaki masing masing dah terasa kejang. Ikutkan hati, boleh lagi nak berjalan ke Akihabara dan yang berdekatan tu. Tapi, kaki kata nak rehat...kita bagi peluang pada kaki untuk berehat sebelum memulakan perjalanan yang panjang keesokan harinya. :))

Total Damage:
  1. Tren Gyotoku ke Asakusa = 280 yen
  2. Souvenir = xxx yen
  3. Ice cream = 160 yen
  4. Halal Ramen + Karaage share 2 orang = 1000 yen / 2 = 500 yen
  5. Tren Asakusa ke Euno Hirokoji 170 yen
  6. Shopping perfume = xxxx yen
  7. Kebab = 500 yen
  8. Tren Euno Hirokoji ke Gyotoku = 280 yen
Total = 1,890 yen = RM75.60
Hari ke-6 kami berakhir dengan senyuman. Ada yang telah mendapat apa yang dihajati...malam ni boleh tidur dengan senyuman yang panjang. :))

Rehat dulu :))
“Take only memories, leave only footprints.” – Chief Seattle

“When overseas you learn more about your own country, than you do the place you’re visiting.” – Clint Borgen

Post a Comment