Sunday, June 21, 2015

Ramadhan Journey Day 4

Bersahurlah, walau dengan seteguk air dan sebiji kurma. Begitulah kepentingannya bersahur.

Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: "Hendaklah kamu bersahur kerana di dalam bersahur itu ada keberkatannya".

Amalan bangun sahur ini membezakan antara puasa orang Islam dengan puasa orang Yahudi dan Nasrani (ahli kitab). Hal ini disebut dalam sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, yang bermaksud : “Perbezaan di antara puasa kami dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah adanya makan sahur.”

Sahur adalah satu rahmat dan berkat yang dikurniakan Allah ke atas umat Islam. Anjuran bersahur itu dapat dilihat lagi dalam hadis Nabi bermaksud: “Makanlah sahur, sekalipun dengan seteguk air.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban)

Dalam hadis lain, kelebihan ke atas orang yang bersahur itu ialah seperti sabda Rasulullah bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikatnya mengucapkan selawat (berdoa dan memohon daripada Allah akan keampunan dan keredaan) ke atas orang yang bersahur.” (Hadis riwayat At-Tabrani).

Selain disunatkan bersahur kita juga disunatkan untuk melambatkan waktu bersahur itu kerana amalan itu dilakukan oleh utusan Allah dan sahabat. Imam Ahmad meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sentiasa umatku dalam kebaikan selama mereka mahu bersegera berbuka puasanya dan mengakhirkan makan sahurnya.”

Jadi...apa alasan kita untuk tidak bersahur, sedangkan banyak hikmah dan pahala di dalam nya sekiranya kita bersahur.

Selamat berpuasa
Selamat bersahur
Selamat bersungkei
Selamat bertemu malam lailatul qadr
Selamat semuanya.

Allahul musta'aan
Semoga Allah swt redha.

Post a Comment