Thursday, January 15, 2015

Travellingbie : Musafir Bajet ke Krabi

First time pegi Krabi, dengan tiada persediaan, kali ini, ikut sahaja kawan-kawan yang rancangkan.

Tiket pergi dan balik dah siap-siap beli tahun lepas. Itu pun kawan yang belikan masa promosi. Dapatla return tiket dalam RM100++

Hotel pun kawan yang tempah untuk 7 orang 3 hari 2 malam = RM113++

Sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Krabi, kami menggunakan kenderaan dari airport. = 1050Bhat. Kalau backpackers dan tidak ramai, boleh menggunakan bas ke Ao Nang dengan kadar 150Bhat seorang. Masuk dalam van, terkejut pulak kami melihat keadaan di dalam van. Terasa artis disebabkan van sangat besar boleh memuatkan 10 orang penumpang tidak termasuk pemandu. Terasa rugi pula memandangkan kami hanya berlima.
Sebelum tiba di hotel, pemandu membawa kami ke pejabat beliau. Ini memang trick pemandu, membawa penumpang ke pejabat dan disogokkan dengan pakej2 dari travel agensi tersebut. Night Market 300Bhat seorang, Phi Phi Island tour 1280Bhat seorang dan Tranfer ke Airport 600Bhat untuk 1 van. Itupun setelah berlaku tawar menawar dengan agen. Sekiranya anda ke Krabi, lebih baik anda mengambil pakej di Ao Nang dan mungkin akan mendapat tawaran lebih murah. Saya sebenarnya malas nak fikir. Ikut sahaja. Total bayaran semua untuk seorang adalah 1700Bhat.

Kami bermalam di KL Ao Nang Guest House, sangat selesa walaupun agak jauh dari pantai. Tapi yang penting penginapan selesa dan murah. Tempat makan pun senang kerna kebanyakan makanan halal mudah didapati walaupun agak mahal.
Krabi terkenal dengan pancake. Di mana-mana ada sahaja warung yang menjual pancake pelbagai perisa. Namun, harga makanan di sini agak mahal. Begitu juga dengan kenderaan kerana petrol di sini mahal.
Selepas check in, solat dsb, kami jalan-jalan sebentar disekitar kawasan sambil meninjau-ninjau keadaan sekeliling. Jam 6 pm, kami dibawa van ke Pasar Malam Krabi di bandar. Macam-macam yang ada. Sekiranya anda ingin membeli souvenir, belilah di pasar malam memandangkan di sini lebih murah dari di Pantai Ao Nang. Banyak gerai-gerai muslim di pasar malam ini, dan tak lupa juga makanan eksotik yang banyak dijual di sini. Tengok je la sebab ragu-ragu nak makan walaupun berasaskan tumbuhan. Kami hanya makan di gerai makanan Islam sahaja.

Dari jam 7malam sehinggalah jam 930malam, rasanya masa lama sangat dihabiskan di pasar malam Krabi. Kami selesai ronda-ronda sekitar jam 830malam. Kebetulan di seberang jalan terdapat restoran Islam Abdullah. Makan malam dulu di restoran tersebut.
Jam 930 malam tepat, van sudah menunggu untuk menghantar semula ke Guest House. Keesokan pagi nya jam 830am, tuk tuk sudah bersedia menunggu untuk membawa kami ke pantai.

Tour Phi Phi Islands meliputi 7 pulau di sekitarnya. Cuaca amat baik sekali dan panas. Habislah muka....melihat keindahan alam semulajadi ciptaan Allah SWT memang mengujakan. Nikmat manakah lagi yang kita dustakkan? Biru langit, air jernih dan tidak tercemar...segalanya terpelihara di sini.

Itenary Island tour tidak mengikut susunan dan makan tengahari kami disediakan oleh restauran Islam:
  1. 1st Stop Bamboo Island. Wonderful desert island with superb beach and excellent coral reef to explore by snorkelling
  2. 2nd Stop Hin Klang, Phi Phi’s No. 1 snorkelling reef in the open sea, where the most coral fish are to be found
  3. 3rd Stop Monkey Beach. Well-sheltered bay on Phi Phi home to all kinds of marine life and even some beach monkeys !
  4. 4th Stop Tonsai Bay. Delicious Thai buffet lunch at beachside restaurant - Sempat menyembang dengan pekerja restauran. Kebanyakan dari pekerja datang dari Pattani dan Golok dan memang pandai kecek kelate. Kita pun rancak je menyembang dengan pekerja di restauran tersebut berkenaan banjir di Kelantan, ada yang terkesan dengan banjir tersebut memandangkan ada yang tinggal di sekitar sungai Golok. 
  5. 5th Stop Viking Cave. Brief tour of the cave with ancient wall paintings, where birds nests are collected for soup.
  6. 6th Stop Phi Phi Leh Bay. Hidden sea lagoon of outstanding beauty with high limestone cliffs on all sides
  7. 7th Stop Loh Samah Bay. Colourful snorkelling in clear, calm and shallow waters just off a small, quiet beach
  8. 8th Stop Maya Bay. Relax and admire the remarkable scenery from 'The Beach' movie.

Lauk pauk kami sepanjang berada di Krabi. Harga makanan di sini memang mahal. Sepingga nasi boleh mencecah RM16, lebih kurang 160Bhat. Baguette Daging pula berharga 60Bhat. Serba Serbi mahal. Yang murah nya adalah perkhidmatan massage seperti Thai Massage, Aromatherapy Massage dan lain-lain.
Hari terakhir kami, sempat mengunjungi Masjid Krabi. Solat Zohor dan Asar di sini. Masjid ini khabarnya dibina menggunakan sumbangan wang dari rakyat tempatan dan tidak mendapat peruntukan dari Kerajaan Thailand. Beruntunglah negara kita Malaysia kerana masjid-masjib dan surau-surau di negara kita mendapat sokongan dan bantuan kerajaan. Sewaktu kami menjejak kaki di masjid ini, masih lagi terdapat pembangunan di sekeliling masjid. Walupun tidak siap keseluruhannya, masjid ini telah digunakan untuk penduduk2 Islam di sini menunaikan solat. Beruntunglah bagi mereka yang menyumbang serba sedikit bagi pembangunan masjid seperti ini.
Jam 3pm waktu Krabi, kenderaan sudah sedia menunggu kami untuk menghantar ke lapangan terbang. Sebelum itu, pemandu membawa kami ke pusat cenderahati. Kami hanya window shopping sahaja memandangkan harga lebih mahal dari kawasan pantai Ao Nang.

Jumlah belanja keseluruhan bagi trip kali ini tidak sampai RM400, tidak termasuk penginapan dan tiket kapal terbang yang telah dibeli lebih awal.

Bagi yang ingin melancong tetapi hendak berjimat cermat, beli tiket kapal terbang dahulu. Selepas itu buat tempahan hotel. Dan yang seterusnya, kumpullah duit untuk belanja semasa trip nanti secara bulanan. Tidak semua dari kita mampu untuk melancong dengan gaya mewah. Tetapi kita boleh melancong dan melawat tempat yang kita ingin tuju dengan membuat perancangan dan hemah dalam berbelanja.

"For once you have tasted flight you will walk the earth with your eyes turned skywards, for there you have been and there you will long to return."~Leonardo da Vinci

"Your net worth to the world is usually determined by what remains after your bad habits are subtracted from your good ones."~Benjamin Franklin
Post a Comment